AKU setia bermain dengan Cahaya. Pulang sahaja daripada hospital, aku terus menuju ke Teratak. Punya tak sabar nak main dengan Cahaya.
Mata Cahaya yang bulat itu memandang tidak berkedip. Alahai, comel nya lah mata dia! Aku mencium pipinya sekali. Wangi.
Bagaimanalah agaknya kalau aku ada anak sendiri nanti? Mesti comel kan? Ikut aku tu.
"Kak Mawar!" Jehan, Uwais, Tisha dan juga Yaya serentak ke arah aku. Mereka baru balik sekolah. Mereka duduk mengelilingi Cahaya. Semua seakan terpesona melihat Cahaya.
"Kak Mawar, ni siapa?" Soal Uwais dengan teruja.
"Ni adik baru kita. Nama dia Cahaya." Aku perkenalkan diri Cahaya pada mereka.
"Yaya nak main dengan Cahaya, boleh kak?"
"Jehan pun!"
"Uwais sekali!"
Hanya mereka bertiga. Tisha hanya kekal diam. Langsung tidak menyelit kata-kata mereka bertiga. Tisha lebih tua daripada mereka. Tisha berumur 8 tahun, Uwais 7 tahun, manakala Jehan dan Yaya 5 tahun. Mungkin kerana faktor usianya yang lebih tua itulah yang membuatkan Tisha lebih matang.
Walaupun Tisha tidak memberi respon, tapi aku tahu yang dia berminat untuk main dengan Cahaya. Aku nampak pandangan matanya yang memandang Cahaya dengan penuh minat.
"Boleh, tapi semua kena mandi dulu. Dah wangi-wangi, baru main dengan Cahaya okay?" Aku memandang mereka berempat.
"Okay!" Terus Jehan, Uwais dan Yaya bangkit dan berebut untuk mandi. Aku tersenyum melihat gelagat mereka bertiga. Tisha pula setia di sisi aku, memerhatikan Cahaya.
"Tisha?" Aku memanggilnya perlahan. Tapi wajah itu setia menunduk. Aku yakin ada sesuatu yang Tisha sembunyikan daripada aku. Aku memusingkan badan aku menghadapnya. Dagunya aku pegang dan aku dongak kan sedikit ke atas supaya dia memandang aku.
Tergamam aku melihat mata Tisha yang berkaca.
"Kenapa ni Tisha? Tisha sakit?" Soalku penuh risau. Tisha memang rapat dengan aku. Nak dibandingkan dengan semua orang di sini termasuk umi, Tisha lebih rapat dengan aku. Bila aku datang saja, memang Tishalah orang yang terawal datang kepadaku.
"Kak Mawar..." Tisha mula menangis. Nangisnya tiada bunyi. Air matanya saja yang lebat. Melihatkan itu, aku angkat Tisha dan dibawa duduk pada pangkuan aku yang sedang bersila. Aku peluk badannya erat dan mengusap belakangnya lembut.
Lepaskan apa yang Tisha rasa.
"Salah Tisha ke sebab mama buang Tisha?" Suara itu bergetar, jelas menahan esakan daripada kedengaran.
"Ya, Allah, kenapa Tisha cakap macam tu?"
"Tadi, dekat sekolah, kawan Tisha ejek Tisha sebab Tisha tak ada mama. Diaorang kata mama buang Tisha sebab Tisha nakal, selalu susahkan mama..." Allah, begitu sekali anak-anak di sekolah menyakiti Tisha? Baru umur 8 tahun dah ada mulut lancang macam tu? Astagfirullahaladzim.
"Tisha, hei sayang..." Aku panggil nya dengan lembut.
"Bukan salah Tisha... Tisha mana nakal. Tishalah budak paling baik yang kak Mawar pernah jumpa. Tisha selalu tolong kak Mawar uruskan adik-adik. Tisha ingat tak apa kak Mawar cakap?"
"Mama tinggalkan Tisha dekat sini sebab mama nak Tisha ada ramai adik. Jadi Tisha tak sendirian." Aku dan Tisha berkata serentak. Tisha ingat kata-kata aku itu.
"Kak Mawar selalu pesan kan? Doa untuk mama selalu, jangan benci mama. Mama sayangkan Tisha tau." Pesanku lagi.
Tisha menjauhkan dirinya sedikit daripada aku. Muka aku ditilik dengan wajahnya yang basah dengan air mata.
YOU ARE READING
MIEN ESMERAY
Roman d'amourONGOING || SLOW UPDATE Mawar Esmeray. Dia hilang ingatan. Dia tak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia mulakan hidup sebagai orang baru tanpa mengetahui hidupnya yang dulu. Dia terpaksa tinggal di rumah kawan ayahnya selama sebulan. Hidupnya berubah...