ME : 24

215 28 3
                                    

BIBIR aku kemam sekuat hati untuk mengelakkan tawaku daripada terletus. Lenguh pipi aku mengawal diriku daripada mengeluarkan sebarang suara yang boleh mendatangkan kemarahan. Aku jeling kerusi sebelah sekali lagi. Nampak sahaja apa yang dicari, aku memang tidak boleh menahan lagi. Akhirnya tawaku terletus juga.

"Apa kau gelak-gelak? Sukalah tu aku kena marah dengan papa?" Soal Mien dengan nada tidak puas hati. Air mata yang mengalir sedikit di hujung mata akibat ketawa terlalu banyak aku seka dengan hujung jari telunjuk sebelum menjawab.

"Bahagian yang tu kelakar lah juga. Tapi yang buat saya ketawa tu, muka Mien sekarang ni!" Aku sambung ketawa lagi melihat mukanya yang semakin cemberut. Nampak sungguh wajah terpaksanya ketika ini.

"Entah apa kau hasut dekat papa sampai dia marah aku suruh ikut kau ni!" Mien mendengus kasar. Aku gelengkan kepala perlahan sambil tersenyum. "Eh, apa pasal pula saya yang kena? Papa yang suruh saya teman Mien untuk appointment Mien hari ni eh? Jadinya patutlah saya yang marah Mien sebab tak pasal-pasal saya Kene ikut sekali." Balas ku dengan ketawa. Aku lihat bibirnya mencebik di sebalik jambangnya yang lebat itu. Pastinya saja dia tidak puas hati dengan aku. Sebab itu sahajalah dia cari gaduh dengan aku di dalam kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi papa untuk menuju ke hospital.

"Ada aku suruh? Kau boleh je tolak cakap kau tak nak. Tapi menggedik tak tolak!" Ewah, ewah, dah lebih dah mamat ni. "Hey hello Mr. Damien, manalah tahu awak amnesia ke apa semalam, tapi tak apa. Saya ingatkan semula ya? Mulai semalam tepat jam 8:07 pagi bersamaan dengan waktu sarapan semalam, saya dah rasmi jadi babysitter ops maksud saya adultsitter Mien sampai Mien sembuh okay?"

"Aku bukan budak kecik lah nak ada penjaga semua ni bagai! Aku dah besar okay? Pandai-pandai lah aku jaga diri sendiri!" Mien mendengus kasar. Aku paksa diri untuk berhenti ketawa. Sakit jugalah pipi aku kerana ketawa tanpa henti tadi. Kalau orang tengok aku saat ini, pasti mereka menganggap aku tidak waras.

"Memanglah Mien bukan budak kecik. Tapi Mien sendiri sedarkan keadaan Mien. Awal-awal eh saya cakap, saya bukan nak menghina Mien. Tapi dengan keadaan Mien sekarang ni, Mien perlukan bantuan seseorang untuk jaga Mien tau. Mien tu bukannya bujang, tapi dah ada anak, kembar pula tu. Kalau Mien tak nak orang bantu, Mien kenalah bangkit untuk sembuh. Kalau Mien dah sembuh nanti, kira kerja saya settle. Itu je. Saya dah tak jaga Mien lepas tu. Jadi cepat-cepatlah sembuh." Bebelku panjang lebar. Susah betul cakap dengan orang tua yang terlampau sensitif macam Mien ini. Buat darah aku naik je.

"Dah 2 tahun pun aku jaga Mia dengan Mizal tu dengan keadaan aku macam ni. Elok je mereka hidup. Yang masing-masing nak kecoh ni apasal? Ingat aku ni cacat sangat ke sampai anak sendiri pun tak boleh nak jaga?" Allahuakbar... memang menguji kesabaran betul lah Mien ni. Punya panjang aku membebel, satu apa pun tak meresap dalam otak dia? Berapa eh umur dia ni sebenarnya?

Eh, kejap. Aku memang tak pernah tahu pun umur Mien. Boleh jadi dia ni lagi tua daripada aku. 30 ke eh umur dia? Tertanya-tanya pula aku.

"Umur Mien berapa tahun ni?" Mien memandangku dengan riak pelik. Pastinya pelik kerana aku tiba-tiba menyoal umurnya. "Sibuk apahal?" Amboi amboi amboi, bukan main kasar bahasa kau! Jangan sampai aku buka pintu kereta ni dan tolak kau sampai terjatuh keluar dari kereta ni! Pedulilah kereta ni bapak kau yang punya pun. "Jawab je lah. Susah sangat ke? Ke tak faham bahasa Melayu? Nak saya tanya dalam bahasa apa? English? Korea? Boleh je. How old are you Mr. Damien? Kalau Korea pula, 몇 살이에요?( myeot sal-i-e-yo? ) Nak bahasa apa pula? French? Bole–" Belum sempat aku tunjukkan kemahiran berbahasa aku, Mien dengan pantas mencelah.

MIEN ESMERAYWhere stories live. Discover now