PROLOG

29.1K 506 28
                                    

SEBELUM BACA STORY NI, PLEASE BACA STORY PEMILIK HATI ENCIK DUDA DAHULU‼️

Pengumuman daripada pramugari Malaysia Airlines menunjukkan para penumpang dari Tokyo akan mendarat di bumi Malaysia.

Para penumpang sudah bergegas melangkah menuju ke lobi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu. Masing masing tidak sabar untuk pulang ke kediaman mereka.

Elyna dengan lagak divanya, turut melangkah menuju ke lobi lapangan terbang itu. Tiada satu senyuman terukir di bibirnya.

Mana taknya. Pulang ke Malaysia bukanlah satu impiannya. Jika tidak dipinta oleh ibunya berkali kali, memang tidak dia mahu menjejakkan kakinya di tanah airnya sendiri.

Bukannya lupa daratan tetapi baginya sudah tiada perkara menarik lagi di situ. Apatah lagi apabila pujaan hatinya sudah diambil orang.

Thaqif Jabar. Lelaki yang dipuja dari kecil lagi. Kini sudahpun berstatus suami orang. Lelaki itu memilih untuk mengahwini pengasuh anaknya sendiri.

Asalnya memang Elyna seperti baik baik sahaja. Namun hakikatnya hatinya siapa sahaja yang tahu?? Memang sukar untuk dia melupakan lelaki itu apatah lagi mereka berdua adalah sepupu rapat.

Genap setahun dia menetap di Tokyo. Banyak perkara dia dipelajarinya termasuklah soal cinta.

Harini juga adalah hari kelahirannya yang ke 30 tahun. Sudah tentu soalan makcik makcik bawang adalah bila nak kahwin?? Boring.

Dia masih lagi belum menjumpai lelaki yang betul betul tulus dalam bercinta. Kalau ada pun, mungkin suami orang.

Lagipun zaman sekarang, banyak suami isteri yang berpoligami dan bercerai. Sudah seperti trend semasa. Ini membuatkan dia lebih takut untuk bercinta. Lebih baik dia tumpukan perhatian pada dirinya sendiri.

Dalam Elyna melangkah menuju ke lobi lapangan terbang, tiba tiba bahunya dilanggar seseorang. Barang barang yang dipegang oleh lelaki itu juga sudah jatuh ke lantai.

Elyna membantu lelaki itu mengutip barang barangnya itu. "Thanks. Lain kali kalau nak berjalan tu, tengok orang sama ehh" ucap lelaki itu sebelum melangkah meninggalkan Elyna seorang.

Dahi Elyna berkerut. Mulutnya turut melopong. "Ehh you!! Dia yang langgar orang. Cakap orang yang langgar dia" omel Elyna.

Bibirnya turut mencebik sebelum pandangannya teralih ke arah lantai. Dahinya berkerut semula sebelum mencapai beberapa keping kad perniagaan yang bertaburan di lantai itu. Pasti lelaki itu yang punya.

Kasyaf Uqasha Bin Khusyairi

Elyna memuncungkan bibirnya. 'Macam pernah dengar je nama ni. Tapi dekat mana ehh??' Elyna berfikir sejenak.

"Ahh peduli apa aku?? Siapa suruh cicirkan?? Memang jawapannya dalam tong sampah la"

Lantas dia menghampiri tong sampah lalu membuang kad perniagaan itu. Dia kembali melangkah menuju ke lobi lapangan terbang itu.

Bibirnya mengukir senyuman saat melihat pemandu peribadinya sudah menunggunya di lobi lapangan terbang itu.

"Pak Mat" sapa Elyna.

"Selamat pulang, Cik Elyna dan selamat hari lahir. Semoga Cik Elyna punya telinga semakin kebal mendengar bebelan Puan Puteri" ucap Pak Mat.

Elyna ketawa kecil. "Itu Pak Mat jangan risau. Telinga I ni dah cukup kebal dengar bebelan mama tu. Dah takde apa apa kesan dah pun"

Pak Mat ketawa. "Mari balik. Puan Puteri dah tunggu Cik Elyna dekat rumah. Rasanya harini Puan Puteri ada masak makanan kegemaran Cik Elyna"

"Haa?? Yeke?? Mesti sedap kan?? Dah lama tak makan masakkan mama. Tak sabarnya nak sampai rumah" Lantas Elyna melangkah masuk ke dalam kereta itu.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now