BAB 14

5.2K 281 28
                                    

Kedua dua belah pipi ibunya dikucup sebaik sahaja mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. "Lyn, nanti dah sampai Langkawi, call mama okay?? Mama bukannya apa, mama risau. Lyn je la satu satunya anak yang mama ada. Mama dah takde sesiapa" pesan Puan Puteri.

Elyna mencebik. "Mama, Lyn pergi Langkawi je pun. Bukannya pergi London ke, Eropah ke. Lagipun Lyn pergi 3 hari je tau. Bukannya 3 tahun"

"Entah la. Mama rasa macam tak sedap hati. Mama rasa berat sangat nak lepaskan Lyn pergi Langkawi. Kalau boleh mama nak ikut sekali" sayu Puan Puteri.

Elyna memetik jarinya. "Haa!! Apa kata mama ikut je Lyn. Ala sambil bekerja sambil bercuti. Tak gituew. Jom la mama. Lagipun kita dah lama tak bercuti kan??"

"Mama banyak kerja dekat butik tu. Nak harap Lyn?? Lambat lagi kan??"

Elyna tersengih. "Ala mama ni. Macam la Lyn tak pernah tolong mama dekat butik tu. Ada kan Lyn tolong??"

Puan Puteri tersenyum. Pipi Elyna diusap lembut. "Jaga diri ye sayang?? Ingat pesanan mama. Jangan buat bende yang bukan bukan. Dan mama harap akan ada lelaki yang baik dan boleh bimbing kamu. Mama sayang anak mama ni"

Dahi Elyna berkerut saat mereka berdua berpelukan. "Mama ni..over la. Langkawi je pun. Bukannya jauh mana pun. Okay la Lyn pergi dulu. Sayang mama"

"Mama pun sayang anak mama jugak. Jaga diri ye. Mama tunggu Lyn balik"

Laju Elyna mengangguk. "Janji ehh??"

"Janji" jawab Puan Puteri.

Terus Elyna melambai ke arah ibunya sebelum melangkah masuk ke dalam lapangan terbang itu. Teragak agak juga la dia untuk melangkah. Entah mengapa hatinya terasa berat untuk meninggalkan ibunya.

Tiba tiba pandangannya teralih ke arah seorang lelaki yang serba hitam. Dari topi sehinggalah kasut. Berkerut kerut dahinya memandang lelaki itu. Macam pernah nampak.

Lantas dia mendekati lelaki itu. Mulutnya sedikit melopong saat melihat wajah lelaki dihadapannya itu. "Zack??" sapa Elyna.

Zakwan terus menanggalkan headphone dikepalanya lalu tersengih. "SUPRISE MY BESTIE!!!"

Dahi Elyna berkerut. "Kau nak pergi mana ni?? Dengan bagasi bagai. Ke kau balik London?? Haa?? Kau tak bagitau aku pun" pelik Elyna.

"Haa ini la aku nak bagitau kau. Aku akan ikut kau pergi Langkawi"

Terus mulut Elyna melopong besar. "Haa?? Ehh kejap kejap. Siapa yang bagitau kau yang aku nak pergi Langkawi ni?? Rasanya aku tak bagitau kau pun kan??" hairan Elyna.

"Itu la kau. Semua bende nak rahsia dengan aku. Mama kau la yang bagitau aku. Lepastu aku cepat cepat booking tiket. Aku kan tak boleh berenggang dengan kau" selindung Zakwan. Hakikatnya Puan Puteri tidak memberitahu apa apa tentang penerbangan Elyna ke Langkawi.

Dahi Elyna masih berkerut. "Habistu kerja kau macam mana??"

"Kan ladang kuda tu aku punya. Takde hal la. Lagipun aku ada pekerja yang boleh urus semua kuda kuda aku" jawab Zakwan lagi.

"Tak maksud aku kerja kau dengan Qasha?? Kau kan kerja dengan dia"

Zakwan mengosok lehernya. "Ermm...minta cuti" tipu Zakwan. Takkan dia mahu memberitahu kerjanya yang sebenar. Pasti nanti Elyna akan menjauh dengannya.

Elyna mengangguk faham. "Haa dah lama aku nak tanya, kau kerja apa ehh dengan Qasha?? Sebab aku tak rasa yang kau kerja dekat resort tu. Kau bukannya suka kerja kerja macam tu kan??"

Terus Zakwan mengerling ke arah jam tangannya. "Ehh jom. Kita dah lambat ni. Kang tak pasal pasal tertinggal flight" Dengan selamba Zakwan menarik tangan Elyna mengikut langkahnya.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now