BAB 31

4.3K 227 36
                                    

Mata Elyna tertumpu ke arah Uqasha yang sibuk mengemas pakaian mereka ke dalam bagasi. Terus dia menghampiri suaminya itu. "Amboi seronok nampak"

Uqasha mengangkat wajahnya lalu berkerut dahinya. "Seronok?? Apa yang seronok??"

"Seronok la kan nak duduk dengan adik tiri hubby tu?? Kenapa la sweetie kena duduk sebumbung dengan dia??" Muncung Elyna.

Uqasha tersengih. "Nak buat macam mana. Dah baba yang suruh kan?? Takkan kita nak larang. Lagipun sweetie yang suruh hubby berbaik dengan baba kan?? Kalau hubby halau automatik bergaduh balik la"

Elyna mendengus. "Apa apa je la. Tapi sweetie tetap takkan berbaik dengan perempuan muslimah tu. Menyampah. Acah acah baik padahal hati tu dah hitam macam bontot kuali"

"You know what, sweetie tahu dia ada perasaan dengan hubby. Mata dia tu asyik pandang hubby je dekat hospital haritu. Langsung dia tak hormat sweetie sebagai isteri hubby. Sakit tau hati sweetie ni. Kalau ikutkan hati nak je sweetie gayang gayang dia dengan batang penyapu"

Uqasha ketawa. "Comel la isteri hubby ni cemburu. Makin jatuh cinta hubby dibuatnya" kata Uqasha sambil mencubit pipi isterinya itu.

Elyna menepis. "Tak payah nak ambik hati sweetie ehh. Sweetie tengah sakit hati ni"

Uqasha tersenyum lebar. Dia membetulkan kedudukannya. "Hubby janji hubby takkan gedik gedik dengan perempuan tu. Lagipun satu satunya perempuan yang bertakhta di hati hubby adalah Nur Elyna Farisha seorang sahaja"

"Janji??" Uqasha mengangguk laju. "Okay. Sweetie percaya. Sekarang ni, hubby kemas la baju baju ni. Siapa suruh beria sangat nak tinggal dengan baba kan?? Sweetie nak turun bawah buat air. Sweetie nak minum apa??"

Uqasha sekadar menggeleng. "Hati hati"

Elyna mencebik. "Hati hati bendenya?? Pergi dapur je pun. Over"

Uqasha sekadar tersengih. "I love you!!"

Elyna menoleh ke arah suaminya semula. Dengan selamba dia menjelirkan lidahnya ke arah suaminya sebelum melangkah menuju ke dapur.

Tangannya mula mencapai cawan kaca. Kakinya melangkah menuju ke singki. Tiba tiba kepalanya berdenyut denyut membuatkan langkahnya terhenti. Kepalanya juga dipicit. Tiba tiba badannya rebah ke lantai.

Uqasha terdengar bunyi kaca pecah dari dapur, terus dia bergegas mencari kelibat isterinya itu. "Sweetie??"

"Sweetie??"

Panggilan Uqasha langsung tidak bersahut. Sebaik sahaja Uqasha tiba di dapur, terbutang matanya apabila melihat isterinya sudah terbaring di lantai. Lantas dia mendekati isterinya itu.

"Ya Allah, sweetie. Kenapa ni?? Sweetie??" kejut Uqasha. Namun Elyna masih tidak memberi sebarang reaksi.

•••

Sufiyya melangkah keluar dari sebuah kedai runcit. Tiba tiba bahunya berlanggar dengan bahu seseorang. "Maaf" ucap Sufiyya sebelum melangkah meninggalkan kawasan itu.

"Ehh kejap. Ini anak Natrah kan??"

Sufiyya merenung lama wajah wanita tua dihadapannya itu. "Makcik ni kawan mak kamu dulu. Kawan baik juga la dikatakan. Kamu apa khabar?? Kerja apa sekarang ni??"

"Ohh yeke?? Saya sihat je. Sekarang ni jadi cikgu dekat sebuah sekolah ni. Alhamdulillah, rezeki kan" lembut Sufiyya menjawab.

"Kamu masih tinggal dekat rumah mak tiri kamu tu ke??" korek wanita tua itu. Lambat lambat Sufiyya mengangguk. "Jadi kamu la mewarisi misi mak kamu tu"

Dahi Sufiyya berkerut. "Misi?? Apa ni?? Saya tak faham la, makcik"

Wanita tua itu mengeluh kasar. "Haihh kamu tak tau ke pura pura tak tau?? Bukan ke dulu mak kamu tu pemburu orang kaya?? Sekarang dia takde kamu la mewarisi kan?? Takkan la kamu nak biarkan mak kamu mati sia sia je. Takkan kamu tak berdendam dengan keluarga tu"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now