BAB 7

6K 292 9
                                    

Sufiyya melangkah keluar dari bilik doktor lalu menuju ke kaunter ubat. Sambil sambil itu matanya meliar memandang sekeliling sehinggalah pandangannya teralih ke arah seorang lelaki tua.

Mereka berdua tergamam. "Ba..baba??"

"Sufi??"

Sufiyya tersenyum lebar. "Sufi buat apa dekat sini?? Kenapa tak bagitau baba yang kamu dah tinggal dekat KL?? Diam je"

Sufiyya tersengih. Bukannya dia tidak mahu memberitahu cuma lebih kepada segan dan malu. Apatah lagi dengan perbuatan jahat yang ibunya lakukan dahulu, membuatkan dia sedikit segan dengan keluarga itu. Lagipun keluarga itu terlalu banyak membantunya sewaktu dia berada di madrasah dahulu.

"Sufi bukan taknak bagitau cuma segan la baba. Lagipun Sufi boleh uruskan diri Sufi sendiri. Sufi kan dah besar"

"Sufi buat apa dekat sini??" soal Encik Khusyairi.

"Migraine. Kepala ni rasa macam berdenyut denyut je. Itu yang datang sini, ambik ubat"

Encik Khusyairi mengangguk faham. "Baba pula buat apa dekat sini?? Tak sihat ke??" Matanya mula meliar memandang sekeliling. "Along dengan adik mana??" soalnya lagi.

Encik Khusyairi tersenyum. "Baba sihat. Macam ni la. Orang tua la katakan. Tapi baba datang sini bukan sebab baba tak sihat. Tapi sebab adik. Kausar dah selamat bersalin semalam"

"La yeke?? Alhamdulillah. Mesti anak dia comel kan?? Iye la mak pun cantik" kata Sufiyya lalu ketawa kecil.

"Sufi nak pergi jumpa adik dengan anak anak dia tak??"

Sufiyya tersentak. Ikutkan hati dia mahu bertemu dengan adik tirinya itu, namun apa yang ditakutkan adalah abang tirinya, Kasyaf Uqasha. Lelaki yang sentiasa berpewatakan dingin dengannya.

"Takpe la Sufi..."

"Sufi takut along halau Sufi??" potong Encik Khusyairi. Bukannya dia tidak tahu perang dingin antara Sufiyya dan Uqasha.

"Jangan risau. Along takde. Baru je keluar pergi cafe. Lagipun dia dah nak balik kejap lagi. Jangan risau. Baba ada" pujuk Encik Khusyairi. "Lagipun takkan Sufi tak rindu pada adik??"

Sufiyya tersenyum kelat. "Baik la. Sufi pergi jumpa adik kejap. Lepastu baru Sufi balik"

Encik Khusyairi hanya tersenyum senang. Kaki mereka mula melangkah menuju ke wad Kausar. Teragak agak juga Sufiyya ingin melangkah. Dalam hatinya sudah berdoa agar tidak berlaku apa apa antara dia dan keluarga itu.

Pintu bilik wad itu dibuka. Thaqif baru sahaja mengendong anaknya itu, mula mengangkat wajahnya memandang ke arah mereka berdua. Kausar turut tergamam melihat Sufiyya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, kak Sufi??"

Sufiyya sekadar mengukir senyuman. "Tadi baba terserempak dekat bawah. Itu yang baba ajak kak Sufi jumpa kamu" terang Encik Khusyairi.

Kausar mengangguk faham. "Kak Sufi sihat??"

"Migraine sikit. Tapi dah ambik ubat nanti baik la tu"

Kausar mengangguk perlahan. "Kenalkan ini suami adik, Thaqif. Abang, ini la kakak tiri saya, Sufiyya. Waktu abang kenal saya, abang tak pernah terserempak dengan dia kan??"

Thaqif sekadar mengangguk. "Jabir, pergi salam makcik" pinta Thaqif.

Jabir menggeleng laju. "Nak mama" Lantas Jabir berlari naik ke katil lalu memeluk tubuh Kausar dengan erat.

Kausar ketawa kecil. Manja seperti bapanya. Memang bapa borek anak rintik. "Maaf la kak. Jabir ni memang susah sikit nak suaikan diri dia dengan orang yang dia tak kenal. Tapi lama lama okay la tu. Macam sepupu abang Qiff dulu pun macam tu. Sekarang, bukan main rapat lagi"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now