BAB 24

5K 259 23
                                    

Elyna tersedar daripada tidurnya apabila terasa dirinya sudah lama terlelap. Matanya dipisat pisat sebelum pandangannya meliar memandang sekeliling. Kelibat suaminya juga sudah tiada disebelah.

Lantas tangannya mencapai telefon pintarnya itu. Terus terbeliak mata apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. "Dah pagi??"

Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Poyo la Elyna. Cakap nak kejut suami solat subuh. Nak solat sama sama. Last last terbabas juga. Bila la aku nak betul betul solat ni??" omel Elyna.

Tangannya mula mencapai tuala lalu melangkah masuk ke dalam bilik air itu. Sedang menggosok giginya itu, tiba tiba terlintas sesuatu difikirannya. 'Baru aku teringat, suami aku hilang ke mana eh?? Selalunya dia yang kejut aku, ini diam je' bisik hati Elyna.

Selesai Elyna membersihkan dirinya, kakinya mula melangkah menuju ke arah dapur. Mana la tau suaminya disitu. Matanya tertumpu ke arah suaminya yang sedang membersihkan pinggan.

"Dah sihat ke??" tegur Elyna.

Uqasha tersentak terus menoleh ke arah isterinya itu. "Ehh sweetie dah bangun?? Lapar ke?? Tu hubby ada masakkan nasi lemak. Tapi hubby tak tau la sweetie suka ke tak. Hubby nak kejut tadi tapi rasa bersalah pula. Ye la semalaman sweetie jaga hubby. Sian isteri hubby ni"

Elyna mencebik. "You dah sihat ke??"

"Dah sihat dah. Apatah lagi bila nampak isteri depan mata. Terus cergas hubby"

Elyna menjeling. "Bertenaga la sangat. Semalam bukan main lagi lembik. Macam orang nazak pun ada" sinis Elyna.

"Ishh apa pula sweetie cakap macam tu. Tak baik tau. Hubby kan suami sweetie. Patutnya sweetie kena la doakan yang baik baik. Betul tak??"

Bola mata Elyna diputar. Menyampah. Nasi lemak dihadapannya dicedok masuk ke dalam pinggan suaminya itu lalu dihulurkan pada Uqasha. Selepas itu baru nasi lemak itu dicedok masuk ke dalam pinggannya.

"Sweetie, hubby ingat nak pergi pasar la kejap lagi. Banyak barang yang dah habis. Sweetie nak ikut??"

Elyna tersentak. 'Pergi pasar?? Tempat kotor tu?? Eyyuww memang tak la. Dah la busuk, geli. Sepanjang aku lahir aku tak pernah jejakkan kaki aku dekat tempat tempat macam tu. Kalau pasar raya takpe lagi' bisik hati Elyna.

"Sweetie??"

Elyna tersentak lagi. Dia berdeham kecil. "Ermm pergi pasar?? I tak ikut kot. I boleh je duduk rumah sorang sorang"

"Ala hubby baru ingat nak bawa sweetie. Mana la tau boleh dating nanti"

Dahi Elyna berkerut. "Dating dekat pasar??"

Uqasha ketawa kecil. "Sweetie, dekat mana mana pun boleh dating. Sekarang pun kita tengah dating la kiranya kan" kata Uqasha lalu mengerdipkan mata kirinya.

Elyna mencebik. "Tapi kan Qasha. I tak biasa pergi tempat tempat macam tu"

"Takpe hubby biasakan. Janji sweetie ikut. Kan kita dah pernah janji, tempat sweetie di sisi hubby. Jadi kemana hubby pergi disitu sweetie kena ikut"

Elyna menjeling tajam. "Bila masa I janji??"

"Selepas terlafaznya akad kita" jawab Uqasha dengan tenang.

Elyna tersentak. Terus dia mengeluh kecil. "Okay I ikut tapi if jadi apa apa pada I, you kena bertanggungjawab"

"Sweetie memang tanggungjawab hubby pun. Jadi hubby takkan biarkan apa apa pun berlaku pada sweetie. Sweetie seumpama nyawa kedua hubby. Hilangnya sweetie, hilanglah nyawa hubby" ayat Uqasha.

Elyna mencebik. "Iye la tu. Entah entah satu hari nanti I hilang, you buat tak tau je. Entah entah pandang sebelah mata pun tak. Maklumlah dah jatuh cinta pada perempuan lain"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now