BAB 21

6.6K 265 24
                                    

Bingkai gambar keluarga mereka dicapainya. Bibirnya mengukir senyuman sambil jarinya mengusap lembut gambar arwah isterinya itu. Jujur dia amat merindui wanita itu.

"Sayang...alhamdulillah along dah selamat menikah petang tadi. Kalau sayang ada tadi, mesti sayang gembira kan?? Menantu kita cantik sangat. Mereka berdua nampak sepadan"

Encik Khusyairi cuba menahan sebak. "Abang harap sangat. Bila dia dah berumahtangga, masalah yang along hadapi takkan sama macam kita. Abang taknak along rasa apa yang kita rasa sayang"

"Harap harap tiada yang iri dengan mereka berdua. Abang yakin Elyna boleh jadi isteri yang baik untuk along"

"Macam sayang. Isteri abang dah cukup baik. Tapi abang yang bodoh. Sanggup duakan sayang sedangkan sayang yang banyak berkorban untuk keluarga kita"

Encik Khusyairi gagal menahan sebak. Dadanya yang sesak itu dipegang. Sedaya upaya dia menahan sakit di dadanya itu. Entah mengapa semakin hari semakin kerap pula dadanya sakit. Punggungnya direbahkan ke atas katil sebelum matanya dipejam.

•••

"Jemput la masuk" pelawa Sufiyya sebaik sahaja dia melihat Adriana berada di hadapan pintu rumahnya itu.

Dengan senyuman manis terukir di bibir, Adriana melangkah masuk ke dalam rumah itu. Punggungnya juga direbahkan ke atas sofa.

"Riana dari mana?? Cantik cantik ni. Mesti baru lepas keluar dating kan??" usik Sufiyya. Nama Riana digelarnya pada gadis itu sempena nama penuh Adriana. Sesuai dengan perwatakan Adriana yang lemah lembut itu.

"Tak la. Saya baru je balik dari majlis kahwin kawan saya. Ehh suami dia tu...Kasyaf Uqasha tau. Diorang tak jemput awak pergi majlis tu ke??" hairan Adriana.

Sufiyya tersentak. 'Along...dah kahwin??' bisik hati Sufiyya. Terus dia mengukir senyuman kelat. "Ad..ada cuma saya sibuk sikit harini. Tengah tanda kertas exam budak budak. Itu yang tak pergi tu" tipu Sufiyya.

Hakikatnya dia langsung tidak tahu menahu tentang majlis pernikahan abang tirinya itu. Mungkin kerana Uqasha masih lagi membencinya. Sejak daripada Encik Khusyairi menikahi dengan ibunya, Uqasha sentiasa bersikap dingin dengannya. Jadi tidak hairanlah jika Uqasha tidak menjemputnya ke majlis perkahwinan itu.

"Jadi macam mana majlis tu?? Best?? Ramai tak orang datang??" Sufiyya mula menceriakan suasana. Sedaya upaya menutup rasa sedih dihati.

"Ramai sangat wak. Makanan pun semuanya sedap sedap. Awak nak tau tak Kasyaf harini nampak handsome gila. Apatahlagi bila dia pakai baju melayu. Cair teruk. Elyna lagi la. Macam bidadari. Lawa teruk. Nampak serasi sangat bila diorang berdua duduk dekat atas pelamin tu"

"Haa saya ada ambik gambar diorang tadi tapi dari jauh je la. Segan la nak ajak bergambar berdua. Nii tengok la" Telefon pintarnya dihulurkan ke arah Sufiyya.

Terus berubah riak wajah Sufiyya. Hatinya seakan akan rapuh apabila melihat gambar perkahwinan Uqasha. Sejujurnya dia mencintai lelaki itu dalam diam sejak pertama kali mereka bertentang mata.

Setiap hari dia berdoa agar Allah mudahkan urusannya dalam mendekati Uqasha. Tidak sangka jodoh tidak berpihak pada mereka berdua.

"Bertuah Kasyaf dapat isteri cantik, baik. Harap sangat rumah tangga diorang berkekalan hingga jannah"

Adriana tersentak. "Ermm awak. Saya kan sebenarnya ada cerita. Sebenarnya saya tak boleh cerita dekat sesiapa tapi disebabkan saya percayakan awak. Dan saya rasa awak ni baik, jadi saya cerita je la dekat awak tapi janji jangan bagitau sesiapa"

Dahi Sufiyya berkerut. "Kenapa??"

"Sebenarnya diorang kahwin kemungkinan disebabkan rancangan jahat Qairina. Dia nak hancurkan hidup Elyna dan dia libatkan Kasyaf atas sebab tercabar dengan Kasyaf"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now