BAB 27

4.5K 244 10
                                    

Pandangan Elyna teralih ke arah luar tingkap kereta. Sayu matanya memandang pemandangan dari luar tingkap kereta itu. 'Betul ke keputusan aku ni?? Bercerai dengan Kasyaf Uqasha?? Adil ke untuk dia?? Dia cintakan aku sepenuh hati. Tapi aku??'

'Sejujurnya selama sebulan aku berkahwin dengan dia, timbul satu rasa yang aku sendiri tak jangka. Yaa aku cintakan dia'

'Aku tak boleh macam ni. Aku kena lepaskan dia. Lagipun cinta tak boleh dipaksa. Ramai lagi perempuan yang baik yang layak untuk dia. Dia lelaki yang baik. Tak layak untuk perempuan macam aku'

'Selama sebulan aku kahwin dengan dia, dia banyak ajar aku tentang agama. Dia selalu kejutkan aku bangun solat subuh, selalu ingatkan aku tentang solat tapi aku?? Sentiasa mengelat. Ada saja alasan. Period la, nanti la'

'Betul cakap Zack, Qasha lelaki yang baik. Tak layak untuk perempuan macam aku. Dah tiba masanya untuk aku undur diri. Maafkan I Qasha sebab gagal jadi isteri yang baik' bisik hati Elyna.

Air matanya yang mengalir itu dikesat kasar. Memori bersama suaminya itu tiba tiba terlintas difikirannya.

'Balik je daripada Melaka, aku akan tuntut cerai. Aku akan tinggalkan dia. Mungkin dia pun akan ceraikan aku. Mesti dia bencikan aku bila dapat tahu perkara yang sebenar. Tapi takpe. Lepas je habis idah nanti, aku akan pergi Tokyo. Aku akan mulakan hidup yang baru dekat sana' bisik hati Elyna lagi.

Zakwan mengerling sekilas ke arah Elyna. Bukannya dia tidak tahu rakan baiknya itu sedang menangis. "Lyn" panggil Zakwan.

"Apa??"

"Boleh tak kau jujur dengan aku?? Apa yang ada dalam otak kau sekarang ni?? Apa yang kau cuba sembunyikan dari aku??" soal Zakwan bertubi tubi.

Dahi Elyna berkerut. "Sembunyikan?? Mana ada aku sembunyikan apa apa. Cepat la bawa kereta tu. Nanti lambat pula sampai" selindung Elyna.

Zakwan memberhentikan keretanya di bahu jalan. "Kau dah kenapa berhenti ni?? Kita dah lambat tau tak" marah Elyna.

"Pergi mampus la dengan kau punya shoot tu. Sekarang ni aku nak kau jujur dengan aku. Cakap sebetul betulnya. Betul ke kau dah minta izin Qasha sebelum kita datang Melaka ni??"

Elyna tidak menjawab. Dia hanya memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Keluhan kecil kedengaran dari mulut Zakwan.

"Aku tak tau nak cakap macam mana lagi dengan perempuan degil macam kau ni. Kau tau tak berdosa kalau seorang isteri keluar tanpa izin suami. Nak jadi isteri derhaka ke?? Seronok sangat nak masuk neraka??"

Elyna tercegang. "Boleh tahan ehh mulut kau. Kau tak payah nak ajar aku la Zack. Kau pun 2×5 je. Kalau tak, kau tak bawa aku datang sini sebab kau tau aku ni isteri orang"

Zakwan ketawa sinis. "Kau nak salahkan aku?? Nak aku ingatkan balik siapa yang ajak aku datang sini?? Konon kononnya nak buat review tapi ternyata dusta semata mata. Kau cakap suami kau sibuk, tak boleh temankan kau buat review tapi sebenarnya kau sengaja nak gantung dia tak bertali kan?? Seminggu Elyna. Seminggu dah kau buat perangai macam ni. Apa nak jadi dengan kau ni??"

Elyna terdiam. "Kau tau tak suami kau macam orang gila cari kau dekat merata rata tempat. Bertapa risaunya dia pada kau. Kau ada fikir tak perasaan dia??" kata Zakwan lagi.

"Okay fine. Kau nak tau sangat kan?? Aku nak balas dendam aku. Malam tu dia mengaku yang dia terlampau cintakan aku. Dia sanggup buat apa sahaja untuk aku. Jadi mengikut perancangan aku, bila dia dah luahkan perasaan dia dekat aku waktu tu la aku seksa dia. Yep aku nak bercerai dengan dia" kata Elyna.

Zakwan menggeleng perlahan. "Astaghfirullah halazim. Jin apa yang rasuk badan kau ni?? Sampai tahap macam tu sekali kau berdendam dengan dia?? Aku ingatkan bila kau dah kahwin dengan dia, dendam tu dah hilang. Rupanya aku salah. Kau masih simpan dendam kau tu lagi??"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now