BAB 25

5K 246 18
                                    

Azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu Subuh. Uqasha mengeliat kecil apabila telinga sudah terdengar bunyi azan dari luar rumah.

Pandangan teralih ke arah Elyna yang masih nyenyak tertidur di atas dadanya. Uqasha tersenyum lebar. Dadanya kini seumpama tempat kegemaran isterinya itu. Setiap kali tidur pasti kepala isterinya itu direbahkan di atas dadanya.

Uqasha mengalihkan kepala isterinya itu dengan penuh berhati hati. Takut pula jika dia menganggu tidur isterinya itu. Kakinya mula melangkah masuk ke dalam bilik air.

Selang beberapa minit, Uqasha melangkah keluar dari bilik air itu. Songkok yang terletak di atas meja solek isterinya dicapai sebelum kakinya melangkah menghampiri isterinya yang masih nyenyak tertidur.

"Sweetie, wake up. Dah masuk waktu subuh ni. Nanti terlepas pula" kejut Uqasha.

Elyna mula mengeliat kecil saat terasa tidurnya diganggu. Matanya turut dipisat pisat. "Hmm 5 minit" Meleret Elyna berkata sambil matanya masih terpejam rapat.

Uqasha ketawa kecil melihat karenah isterinya itu. "Mana boleh macam tu sweetie. Subuh waktu dia singkat je. Tak macam waktu Isya'. Lagipun tak elok tau melengah lengahkan solat"

Elyna bangun daripada baringannya lalu mengeliat kecil. Lehernya juga digaru. Tiba tiba terlintas satu idea jahat difikirannya. "Hmm you mandikan I boleh??" goda Elyna.

Uqasha tersentak. "Mana boleh. Hubby dah ada wudhuk la. Cepat bangun. Jangan nak mengelat"

Elyna tersenyum sinis. Tangannya mula menyentuh lengan suaminya itu namun laju Uqasha mengelak. "Sweetie jangan la. Hubby ada wudhuk!!"

Elyna ketawa besar. Semakin Uqasha mengelak, semakin suka Elyna mahu menyentuh suaminya itu sehinggalah kakinya terbelit dengan selimut menyebabkan Elyna hampir terjatuh.

Nasib baik la Uqasha sempat menyambut. Uqasha membawa Elyna ke dalam pelukannya. "Hmm dah alang alang wudhuk hubby dah batal. Apa kata hubby mandikan sweetie sekarang??" goda Uqasha lalu mengerdipkan mata kirinya.

Elyna menjerit kecil. Lantas kepala Uqasha dipukul dengan bantal sebelum kakinya berlari masuk ke dalam bilik air itu. Terus dia menghembuskan nafas lega.

Nasib baik sempat melarikan diri. Kalau tidak, pasti menjadi mangsa terkaman suaminya itu. Sudah lah bahagian dadanya sedikit terdedah sebentar tadi.

Selesai sahaja Elyna membersihkan dirinya, mereka mula menunaikan solat subuh berjemaah. Suasana sepi itu membuatkan Elyna sedikit sebak. Apatahlagi apabila mendengar bacaan doa daripada suaminya itu. Terus laju air matanya mengalir.

Selepas sahaja mereka mengaminkan doa, Elyna masih terkaku. Entah mengapa hatinya terasa tenang. Itu la ketenangan yang dicari selama ini. Semakin lebat air matanya itu mengalir.

Uqasha menoleh apabila terdengar esakan dari arah isterinya itu. Terus tubuh isterinya itu dipeluk. "Why sweetie??"

Elyna mengangkat wajahnya. "I...I ternanti nantikan saat ni. I...rindu sangat nak solat Qasha. Dah lama I tinggal solat. I malu sangat" jawab Elyna dalam esakan.

"You rasa Allah akan ampunkan dosa dosa I ke?? Ye la I ni kaki clubbing. Minum arak. I teruk Qasha" kata Elyna lagi.

Kepala Elyna diusap lembut. "Allah tu maha pengampun. Selagi pintu taubat masih terbuka selagi itu la kita masih ada peluang untuk berubah. Sweetie pun dah tak buat semua bende tu kan??"

Elyna mengangguk laju. Tangan suaminya itu dicapai lalu dikucup lembut. "Terima kasih sebab sudi jadi imam I"

"Sweetie..." Tangan Elyna diusap lembut. "Sudi tak sweetie jadi makmum hubby sehingga hujung hayat hubby??"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now