BAB 20

7.7K 298 26
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba. Hari ini dia bakal menjadi isteri kepada Kasyaf Uqasha. Bagaikan tidak percaya, sekelip mata dia bakal menjadi isteri orang.

Perasaan gemuruh mula membuak buak. Padahal bukannya dia yang akan melafazkan akad itu. Kakinya mula melangkah ke hulur ke hilir untuk menghilangkan rasa gemuruh dihati.

Nafas Elyna mula laju apabila kakinya melangkah keluar dari bilik tidurnya itu. Apatah lagi apabila melihat tetamu sudah memenuhi ruang rumahnya itu.

Elyna mengambil tempat duduknya di atas pelamin. Sempat matanya mengerling ke arah Uqasha. Bukannya dia tidak perasan, lelaki itu asyik memandang ke arahnya sahaja.

"Boleh kita mula??" Uqasha mengangguk. Jujur dia sendiri turut berasa gemuruh. Mengigil gigil tangannya menyambut tangan tok kadi itu.

"Bismillahirrahmanirrahim, Kasyaf Uqasha Bin Khusyairi"

"Ye saya"

"Aku nikahkan kau dengan Nur Elyna Farisha Binti Othman dengan mas kahwinnya RM1000 tunai"

"Aku terima nikahnya Nur Elyna Farisha Binti Othman dengan mas kahwinnya RM1000 tunai"

"Sah??"

"Sah"

"Alhamdulillah" Para tetamu mula menandah tangan mengaminkan doa. Elyna di pelamin itu sudah pun banjir dengan air mata. Tidak sangka kini dia sudah bergelar isteri kepada Kasyaf Uqasha.

Pandangannya teralih ke arah Zakwan. Sempat Zakwan mengerdipkan matanya ke arah Elyna. Sedaya upaya lelaki itu cuba menutup rasa sedih dihati. Perit memang perit tapi dia harus terima. Elyna bukan untuknya.

Uqasha menghampiri Elyna. "Assalamualaikum, bidadariku"

Elyna tersentak. Pandangannya teralih ke arah Uqasha. Salam Uqasha langsung tidak dijawab. Hanya senyuman kelat terukir di bibirnya.

"Mehh tangan sweetie. I nak sarungkan cincin dekat jari manis you"

Tangannya dihulurkan ke arah Uqasha. Lantas cincin itu disarungkan ke jari manisnya. Tersengih sengih Elyna memandang ke arah cincin itu. Cantik.

Uqasha berdeham membuatkan Elyna sedikit tersentak. Terus Elyna tersengih sebelum mengucup lembut tangan suaminya itu.

"I love you, sweetie pie" bisik Uqasha.

Elyna memutarkan bola matanya. "Gedik" Uqasha tersengih.

Majlis itu disambut dengan begitu meriah sekali. Para tetamu juga mula menikmati makanan yang disediakan. Ada yang sempat bertegur sapa, berbual kosong. Termasuklah Uqasha dan Elyna.

Tangan Uqasha tidak lekang memegang erat tangan isterinya itu. Takut betul isteri dia hilang dari genggamannya itu.

Elyna mengeluh kecil. Perutnya dari tadi berkeroncong. Dari tadi dia tidak sempat menjamah satu makanan pun. Matanya memandang ke arah suaminya yang seronok berbual. Sedikit pun tidak memperdulikan dia disitu.

Bola matanya diputar. 'Mamat ni tak lapar ke?? Aku ni kalau dah lapar, orang depan mata pun aku telan tau. Tolong la bawa aku pergi makan' omel Elyna.

Uqasha memandang ke arah Elyna. "Are you okay, sweetie??"

Elyna sekadar mengangguk dan tersenyum paksa. 'Okay sangat. Rasa macam nak telan kau dekat sini je' gumam hati Elyna.

Tangan Elyna ditarik tanpa arah tuju. "Qasha..."

Uqasha menoleh. "Yes sweetie"

"I dah penat la. Boleh tak I naik bilik?? Kepala I pun rasa macam pening sangat" bohong Elyna. Mulutnya juga dimuncung.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now