BAB 47

6.4K 257 33
                                    

"Cerai??"

Suara Zakwan memecah suasana restoran itu. Elyna memandang sekeliling. Hampir semua pengunjung memandang ke arah mereka. "Zack, cakap la slow sikit"

Zakwan memicit dahinya. "Kau dah kenapa Elyna?? Kita dah sampai Malaysia baru kau nak bagitau aku tentang hal ni??"

"Dan aku tak faham. Kenapa tiba tiba kau nak bercerai dengan Kasyaf ni?? Bukan ke kau masih sayangkan dia?? Kenapa, Elyna??" soal Zakwan.

Elyna mengeluh kecil. "Kau tak faham, Zack. Aku yang lalui semuanya. 5 tahun Zack kita tinggal dekat Jepun tu. Aku yang bersusah payah membesarkan Kayla. Kau sendiri nampak kan??"

"Tapi kau tak kesian dekat anak kau ke?? Dia tu baru jumpa ayah kandung dia tau. And sekarang ni kau nak pisahkan dia dengan ayah kandung dia semula??"

Elyna merenung lama wajah Zakwan. "Tak, Zack. Aku akan bagi hak penjagaan anak pada Kasyaf. Aku...aku takkan jaga Kayla lagi"

Mulut Zakwan melopong. "Kerja gila apa kau buat ni Elyna??"

"Satu hari nanti kau akan faham kenapa aku buat macam ni. Anak aku, dia berhak hidup bahagia. Dan kebahagiaan dia adalah ayah dia. Bukan aku. Aku tak boleh nak tunaikan apa yang dia nak. Aku bukan ibu yang baik Zack"

Zakwan mengeluh kecil. "Apa yang merasuki fikiran kau sebenarnya??"

Elyna terdiam. "Lyn, kau sanggup berpisah dengan anak kau??"

Elyna tersentak. "Takde ibu yang sanggup berpisah dengan anak sendiri"

"Lepastu??"

Elyna menggeleng laju. "Kau tak faham. Kau takkan faham"

"Okay now fahamkan aku"

Elyna hanya merenung lama wajah Zakwan. Hanya kepalanya digeleng perlahan. "Satu hari nanti aku akan bagitau kau. Dan aku harap kau, Qasha, semua orang akan faham pengorbanan aku"

"Ini semua demi kebaikkan anak aku. Aku taknak Kayla hidup susah. Lagipun aku tau, Qasha boleh jaga Kayla dengan baik"

Zakwan hanya merenung lama wajah Elyna. Dia tahu pasti rakan baiknya itu sedang menyembunyikan sesuatu. Dia sangat kenal raut wajah Elyna itu. Pasti ada yang tidak kena
Dari riak wajah Elyna, dia sudah tahu berat untuk Elyna melepaskan Kayla.

Selepas sahaja Elyna melangkah keluar dari restoran itu, destinasi Elyna menuju ke rumah Encik Khusyairi. Dia perlu berbincang dengan Uqasha tentang status mereka.

Selepas sahaja Elyna bertemu dengan Uqasha di Mekah bulan lalu, Uqasha masih lagi tidak memberi kata putus. Setiap kali ditanya pasti Uqasha akan menjawab, 'belum sedia'.

Sehinggalah dia pulang ke Malaysia, Uqasha masih memilih untuk mendiamkan diri. Macam susah sangat nak lafazkan cerai padanya.

"Ibu, kita dekat mana ni??" suara Kayla membuatkan lamunan Elyna terhenti.

"Kita dah sampai rumah atok. Kayla happy tak??"

Mulut Kayla melopong. "Haa?? Kayla ada atok macam kawan kawan lain juga ke?? Yeayy!! Bestnya ada atok. Jom la ibu cepat kita keluar"

Elyna tersenyum lebar. Wajah Kayla direnungnya. 'Macam mana aku nak berpisah dengan anak aku nanti??' bisik hati Elyna.

"Ibu...cepat la"

Elyna tersentak. "Jom!!" Kakinya mula melangkah keluar dari kereta itu. Rumah Encik Khusyairi hanya dipandang lama.

Perlahan lahan kakinya melangkah menuju ke pintu hadapan rumah itu. "Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Encik Khusyairi membuka pintu rumahnya itu. Bibirnya terus mengukir senyuman ke arah Elyna. "Ya Allah, menantu baba"

Elyna terus mengucup lembut tangan bapa mertuanya itu. "Baba, ini anak Lyn dan Qasha. Kayla Eryna. Kayla, salam atok"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now