BAB 35

4.2K 220 29
                                    

Mata Sufiyya mula meliar memandang sekeliling. Air liurnya juga diteguk berkali kali. Melihat keadaan suram di hutan itu membuatkan hatinya rasa gerun.

"Biar betul tempat macam ni bomoh tu duduk??"

Puan Shamimi mencekak pinggangnya. "Kamu ni tak pernah tengok drama melayu ke?? Bomoh mana ada tinggal dekat rumah flat, kondo, banglo. Takde. Hutan ni je la tempat diorang"

Sufiyya mencapai lengan Puan Shamimi. "Taknak la pergi. Takut la. Jom la balik" desak Sufiyya.

"Ehh kamu yang setuju kan nak ikut makcik datang sini?? Lepastu nak balik pulak. Tau tak berapa jauh tempat ni?? Buat penat je datang. Makcik tak kira. Kita dah sampai. Jom kita masuk"

Laju Puan Shamimi menarik lengan Sufiyya mengikuti langkahnya. "Makcik, makcik. Takpe la tak payah la. Sufi rasa macam tak sedap hati la. Lagipun sihir sihir ni berdosa. Apa kata kalau kita guna cara lain??"

Puan Shamimi mencekak pinggangnya. "Habistu kamu nak hancurkan rumah tangga orang, tak dikira berdosa ke??" sinis Puan Shamimi. "Makcik tak kira. Kita dah sampai dah pun. Depan rumah dah. Jom masuk"

Pintu rumah itu terbuka secara tiba tiba membuatkan Sufiyya menjerit ketakutan. "Ada apa menjerit depan rumah aku ni??" kata lelaki tua yang baru sahaja melangkah keluar dari rumah itu sambil memegang tongkat.

"Ermm tok tam dah lupa saya ke?? Saya la. Mimi. Saya kan pernah minta barang dekat tok tam"

Tok Tam itu merenung lama ke arah Sufiyya yang asyik menunduk. "Hmm masuk la" kata Tok Tam lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya itu.

"Mengerunkan je muka dia. Jom la balik makcik" pujuk Sufiyya lagi.

"Sekarang ni kamu nak ke tidak Kasyaf Uqasha?? Kamu kena ingat Kasyaf Uqasha tu milik Sufiyya Zulaikha, bukannya Elyna Farisha. Kalau kamu tak buat cara macam ni, gelak besar la perempuan tu. Makin seronok dia dapat kenakan kamu nanti"

Sufiyya menghembus nafas berat. Berat kakinya untuk melangkah masuk ke dalam rumah usang itu. Sempat matanya meliar sekeliling rumah itu.

Boleh dikatakan rumah usang itu gelap dan dipenuhi dengan beberapa ketul tulang rangka. Entah betul ataupun palsu pun dia tidak tahu. Hanya lilin yang menerangi rumah itu.

"Dah lama kamu tak datang sini. Nak minta barang baru ke??"

Sufiyya tersentak. Pandangannya teralih ke arah Puan Shamimi. "Ehh mesti. Tapi kalini bukan untuk saya tapi untuk si cantik ni. Tok Tam ingat tak kawan saya. Ala Natrah. Dulu kan dia pernah minta barang dekat Tok Tam juga kan??"

Tok Tam itu hanya mengangguk faham. Matanya mengerling sekilas ke arah Sufiyya. "Nama dia Sufiyya Zulaikha. Cantik kan??"

Tok Tam mengangguk lagi. "Jadi apa kamu nak aku buat??"

Puan Shamimi menyiku lengan Sufiyya. Terus Sufiyya tersentak. "Seb...sebenarnya saya cintakan seorang lelaki ni. Tapi dia dah pun bergelar suami orang. Tapi saya tahu hati dia terseksa. Dia tak cintakan isteri dia pun. Jadi saya minta sangat..."

"Buat lelaki tu jatuh cinta pada dia" laju Puan Shamimi memotong.

Tok Tam ketawa. "Boleh tapi kau tak boleh langgar pantang larang. Dan aku akan bagi kau barang tu" Terus Sufiyya tersenyum lebar.

•••

Zakwan melemparkan wajah kelat. Matanya mengerling ke arah Elyna yang tersengih. "Kau suruh aku datang sini untuk buat bende ni je?? Jerung dengan gagak pun boleh buat. Tengok tu"

Elyna tersengih. "Ehh bukan tu je tau. Aku nak kau datang sini sebab nak celebrate Qasha sama sama. Iye la sempena kejayaan dia menaikkan resort tu. Lagipun kan korang bertiga pekerja dia. Mestilah nak celebrate juga kan??"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now