BAB 46

6.4K 289 35
                                    

Kelmarin adalah hari terakhir mereka di Madinah. Jadi destinasi mereka hari ini adalah ke Mekah Al-Mukarramah. Kayla salah seorang yang paling tidak sabar hendak keluar dari bas itu.

Elyna menggeleng kepalanya perlahan. Sebaik sahaja mereka membersihkan diri, mereka menunggu jemaah yang lain untuk ke Masjidil Haram. Itu salah satu impian Elyna selama ini. Menjejakkan kaki ke Masjidil Haram.

"Kalaulah satu hari nanti kita berdua terpisah, hubby harap sangat Allah pertemukan kita semula dekat pintu Masjidilharam"

Elyna mengesat air matanya yang mengalir itu. 'Hubby, sweetie dah sampai. Tapi mana hubby??' bisik hati Elyna.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke Masjidil Haram, mata Elyna tidak lekang memandang Kaabah. Bagaikan tidak percaya dia sudah berdiri di hadapan kiblat seluruh umat Islam. Bibirnya tidak lekang dengan zikir.

'Walaupun aku sedikit cemas dengan keadaan sesak disini, aku masih lagi teruja untuk menunaikan ibadahMu. Disini aku dapat lihat banyak jemaah dari seluruh negara. Pelbagai jenis warna kulit datang untuk menunaikan ibadahMu'

'Ya Allah, kau kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan kau jauhi la kami dari seksaan api neraka. Terimalah amalan dan doaku. Aminn... ' bisik hati Elyna.

Selesai sahaja mereka melakukan tawaf, mereka mula bergegas untuk melakukan sa'i antara Safa dan Marwah. Bertakung air matanya itu apabila teringatkan sejarah Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah mencari air untuk dirinya sendiri dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s. menurut perintah Allah SWT.

'Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat dengki, iri dan segala sifat yang akan menjauhkan kami dari terus mencintaiMu. Terangilah hatiku dalam melakukan segala ibadahMu'

'Kau ampunilah segala dosa dosaku dan jauhkanlah aku daripada segala seksaan nerakaMu. Amin...' doa Elyna.

Zakwan menghampiri Elyna sebaik sahaja selesai melakukan sa'i. "Lyn, jom kita pergi makan. Kau mesti lapar kan?? Jom la makan dulu. Aku taknak kau sakit nanti. Kau tu dah la ada gastrik. Lepastu ubat tak bawak. Maklumlah budak degil"

Elyna tersengih. "Ermm kau pergi la dulu. Aku nak solat kejap. Nanti aku datang. Bawa la Kayla dulu"

Kayla menggeleng laju. "Kayla nak solat dengan ibu"

"Girl tak penat ke??" Kayla menggeleng lagi. "Okay la kalau macam tu daddy pergi makan dulu. Daddy tunggu tau"

Elyna hanya memandang kelibat Zakwan yang sudahpun melangkah jauh meninggalkan mereka. Terus Elyna mencapai tangan anaknya itu lalu melangkah menuju ke hadapan Kaabah.

"Ibu nak solat Asar tau. Kayla ingat tak niat solat macam mana??"

Kayla mengangguk laju. Mereka mula menunaikan solat Asar dengan penuh khusyuk dan insaf. Air mata Elyna tidak berhenti mengalir. Pelbagai jenis perasaan mula bercampur.

Sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat fardu, Kayla duduk di atas riba ibunya. "Ibu, kalau Kayla doa dekat Allah supaya Allah kembalikan ayah balik, boleh tak??"

Elyna mengangguk. "Mesti la boleh"

"Yeayy!!!" Kayla menadah tangannya. "Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah, boleh tak kalau Kayla nak ayah balik?? Kayla nak ayah sayang Kayla macam kawan kawan Kayla. Kesian dekat ibu. Ibu pun rindu ayah. Boleh tak Ya Allah??"

Elyna tersenyum kelat. "Insyaallah, nanti ayah balik, ye sayang??"

"Kayla tak sabar nak jumpa ayah. Daddy cakap ayah baik. Ayah sayang ibu sangat sangat. Kayla pun nak ayah sayang Kayla"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now