BAB 5

7K 292 14
                                    

Jam sudah pun menunjukkan pukul 5 pagi namun Uqasha masih lagi pulang ke rumah. Hati Encik Khusyairi mula gusar memikirkan tentang anak lelakinya itu. Seharian tidak pulang ke rumah. Harap harap tiada apa apa la yang menimpa anaknya itu.

Bunyi pintu rumah ditolak, membuatkan dia mengangkat wajahnya. Bibirnya lantas mengukir senyuman saat melihat kelibat Uqasha melangkah masuk ke dalam rumah.

"Along pergi mana?? Seharian tak balik rumah. Baba risau tau tak?? Kenapa tak inform langsung dekat kitorang??"

Uqasha mendengus perlahan. "Boleh tak jangan buat aku ni macam budak budak?? Aku ni dah besar. Pandai pandai la aku hidup"

"Lagipun dulu kau halau aku, halau adik, kau tak risau pun. Kitorang makan ke tak, ada kau kisah??" sinis Uqasha.

Encik Khusyairi mengeluh kecil. Tidak tahu sampai bila anaknya akan terus melayannya begitu. Tak habis habis mengungkit peristiwa lama.

"Sampai bila along nak hukum baba macam ni??"

Uqasha menjeling. Lantas kakinya melangkah menuju ke dalam bilik tidurnya. Malas mahu bertekak dengan bapanya itu. Buat dosa kering je. Lebih baik dia menunaikan solat subuh.

Sebaik sahaja Uqasha selesai menunaikan solat subuh, matanya tertumpu ke arah gelang kaki yang terletak di atas meja kecilnya. Lantas dia mencapai gelang kakinya itu. Bibirnya mengukir senyuman.

Sementara itu, Elyna merebahkan badannya ke atas tilam. Hampir seharian matanya tidak dapat dilekapkan. Di fikirannya asyik teringatkan Uqasha. Dah macam gila bayang.

Elyna mencebik. Peristiwa petang kelmarin terlintas di fikirannya membuatkan Elyna mendengus kasar. Benci, geram semuanya ada. Apatah lagi Uqasha menolak cintanya dihadapan khalayak ramai.

Telefon pintarnya dicapai. Sengaja mahu membaca hal ehwal semasa. Tiba tiba satu berita mula menarik perhatiannya.

INFLUENCER BUAT HAL LAGI?? KALI INI CINTANYA DITOLAK OLEH SEORANG JEJAKA.

Elyna tercengang. Jelas jelas gambarnya terpampang di skrin telefonnya. Segala komen negatif dibaca satu persatu.

funny89 : marketing je ni

catmalay3_ : aku dah cakap perempuan ni kuat perasan. Muka takde la cantik mana. Mak aku cantik lagi.

sweetcandy__ : perempuan sekarang ni memang tak tau malu ehh??

Elyna mencampak telefon pintarnya itu ke arah katilnya itu. "Aku tak faham la media sekarang ni. Dah takde berita sangat ke?? Sibuk nak jaga tepi kain orang"

"Dah la aku nak kena hadap muka lelaki acah acah kacak tu. Kalau ikutkan hati memang aku ludah je muda lelaki tu. Menyakitkan hati"

Elyna mendengus kasar. "Sabar, Lyn. Aku yakin ini pasti angkara dia. Siapa lagi kan nak buat berita murahan macam ni kalau bukan Kasyaf Uqasha. Takpe sekarang ni kau boleh herdik aku, esok lusa kau dah jadi suami aku, aku akan balas semua perbuatan kau balik. Masa tu kau nak menyesal pun dah tak berguna"

Tiba tiba dia menguap. Sempat dia menggeliat kecil sebelum merebahkan badannya ke katil. "Dari pada aku pening pening fikir pasal dia, baik aku tidur" Bantal peluknya dipeluk erat sebelum matanya terpejam.

•••

Malam itu merupakan hari majlis kesyukuran sempena Thaqif dan Kausar bakal menimang cahaya mata mereka. Patutnya sebulan yang lepas sudah mereka lakukan majlis itu. Tetapi disebabkan Kausar mempunyai masalah kesihatan, terpaksa la mereka tangguh.

Rumah Puan Nawra sudah dipenuhi dengan tetamu yang hadir. Bertambah meriah jadinya dengan suara kanak kanak disitu.

Jabir juga menurut serta mereka bermain bersama sama. Mulutnya tidak berhenti henti ketawa mengekek ngekek. Suka sangat apabila dapat bermain dengan ramai rakan rakannya disitu.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now