BAB 30

5.3K 217 14
                                    

"Kita nak pergi mana ni??" soal Elyna sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari rumah itu. Terpinga pinga dibuatnya apabila suaminya menyuruhnya bersiap.

Uqasha sekadar tersenyum lebar lalu menghulurkan helmet ke arah isterinya itu. "Rahsia"

Dahi Elyna berkerut. "Hmm macam musykil je. Tiba tiba je ajak sweetie keluar. Naik motor kesayangan hubby pula tu" hairan Elyna. Mana taknya selalunya mereka akan menaiki kereta tak pun Gagak yang akan menghantarnya.

Langsung tidak pernah Elyna menaiki motosikal berkuasa tinggi suaminya itu selepas dia bergelar isteri Uqasha.

Uqasha tersenyum lebar. "Sini hubby pakaikan helmet" Belum sempat Elyna mahu bersuara, Uqasha terlebih dahulu menyarungkan helmet itu pada kepala Elyna.

Sebaik sahaja helmet tersarung di kepala Elyna, Elyna masih lagi memeluk tubuh tanda tidak berpuas hati. "Hubby cakap la. Kita nak pergi mana??"

"Ada la. Tak surprise la kalau bagitau sweetie. Dah cepat naik"

Elyna terus tersenyum lebar. Bingkas dia menaiki motosikal itu lalu tubuh suaminya dipeluk erat. "Peluk kuat kuat" kata Uqasha sebelum meluncur laju meninggalkan kawasan perumahannya.

Tiba sahaja mereka di sebuah rumah kecil, dahi Elyna berkerut. Helmet dikepalanya ditanggalkan sebelum menghampiri rumah itu. Bertambah hairannya apabila melihat Zakwan turut berdiri terpacak di hadapan rumah itu.

"Zack??"

Zakwan mengangkat wajahnya lalu tersengih. "Heyy bestie. Lama doo tak nampak kau. Maklumlah dah bahagia la katakan. Terus lupa aku"

Elyna mencebik. "Kau buat apa dekat sini??"

Uqasha mendekati Elyna. "Dia security dekat tempat ni" sampuk Uqasha. "So Am, macam mana tempat ni??" soal Uqasha pada Zakwan.

"Boek sangat. Jangan risau, takde langau dekat sini"

Mulut Elyna masih lagi melopong. "Ehh kejap kejap. Kau security??" Elyna seakan akan tidak percaya. Mana mungkin lelaki sekacak Zakwan menjadi pengawal keselamatan.

"Kenapa?? Muka handsome macam aku ni tak layak jadi security ke?? Kan aku dah cakap, aku buat banyak kerja" kata Zakwan.

Lambat lambat Elyna menggeleng. Masih tidak percaya yang Zakwan bekerja dengan Uqasha sebagai pengawal keselamatan.

Zakwan menyiku Elyna. "By the way, nampak romantik pulak kau dengan Kasyaf naik motor sama sama. Macam pengantin baru" bisik Zakwan. "Haiihh aku pula rasa macam tak sabar nak kahwin"

Elyna mencebik. "Kau nak kahwin?? Nak romantik macam aku dengan suami aku ni?? Lambat lagi. Bawa motor kapcai pun terkial kial. Ada hati nak romantik" kutuk Elyna.

"Ehh siapa cakap aku nak naik motor dengan bakal isteri aku?? Aku nak naik basikal la. Lagi romantik" kata Zakwan sambil tersengih.

Elyna menjeling. "Macam taik ada la. Tiuhhh!!"

Uqasha yang memerhati kemesraan mereka, berdeham kuat. "Boleh kita masuk??" soal Uqasha dengan lembut.

Elyna tersenyum nakal. 'Cemburu la tu aku borak dengan Zack. Eleh. Cakap je tak cemburu tapi dalam hati tu ada taman. Menyampah' bisik hati Elyna.

Elyna tersenyum lebar sebelum menyambut tangan Uqasha. "Sebelum sweetie masuk, apa kata sweetie pejam mata dulu"

Dahi Elyna berkerut. "Pejam mata??" Uqasha mengangguk laju. Elyna mengeluh kecil sebelum menurut arahan Uqasha. Langkahnya juga dikawal oleh Uqasha.

"Okay dah boleh bukak sekarang"

Perlahan lahan Elyna membuka matanya. Terus melopong mulut Elyna saat melihat sekeliling rumah kecil itu. "Selamat datang ke Qash Gallery"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now