BAB 12

5K 245 13
                                    

Uqasha membetulkan kedudukan baringannya itu. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Entah mengapa malam itu sukar untuk dia melelapkan matanya itu. Perasaan resah juga belenggu di hati.

Bingkas dia bangun daripada baringannya itu. Kakinya melangkah menuju ke balkoni biliknya itu. Pandangan teralih ke arah langit hitam itu. Air hujan mengalir deras membasahi bumi. Kilat juga memancar mancar bersama guruh yang berdentum detum.

Difikirannya kini hanyalah Elyna Farisha. Bagaimana keadaan gadis itu di dalam bilik tetamu?? Adakah baik baik sahaja?? Ataupun sebaliknya??

Tiba tiba tekaknya terasa kering pula. Lantas dia menuju ke dapur.

Saat kakinya melangkah ke dapur, matanya tiba tiba tertumpu ke arah pintu bilik tetamu itu. Terdetik hatinya untuk menuju ke bilik itu. Kepalanya digeleng perlahan.

Kakinya mula melangkah menuju ke dapur. Pintu peti sejuk itu dibuka. Matanya juga meliar mencari sesuatu. "Aduu takde la pula"

Kakinya melangkah menuju ke bilik tetamu itu. Perlahan lahan tangannya membuka pintu bilik itu. Terkejut dibuatnya apabila dia melihat Elyna menangis teresak esak sambil memeluk kakinya. Kedua dua belah tangannya juga menutup kedua dua belah telinganya.

Lantas Uqasha mendekati gadis itu. "Elyna, are you okay??" sapa Uqasha. Tangannya cuba menyentuh bahu Elyna.

Dengan pantas Elyna memeluk erat tubuh Uqasha sambil menangis teresak esak. Uqasha terkesima. Bahang panas tubuh Elyna itu dapat dirasainya. Tubuh Elyna turut mengigil gigil ketakutan.

Mendengar dentuman guruh itu membuatkan Elyna menjerit lalu memeluk Uqasha dengan lebih erat. Perasaan takut mula membuak buak. Apatah lagi mendengar guruh berdentum kuat.

Teragak agak Uqasha mengusap kepala gadis itu. "Shuttt!! It's okay. Nothing happened. I ada. Jangan takut" pujuk Uqasha.

Beberapa minit mereka berpelukan, akhirnya Elyna tidur dipelukan Uqasha. Mendengar sahaja dengkuran halus Elyna itu, Uqasha terus tersenyum. Tubuh Elyna dibaringkan di atas katil sebelum dia melangkah menuju ke bilik air.

Dia kembali bersama semangkuk air bersih serta kain kecil di tangannya. Sapu kain itu dibasahkan sebelum diletakkan di atas dahi Elyna. Selimut yang dia ambil dari biliknya turut diselimutkan di tubuh kecil Elyna.

Wajah Elyna direnungnya. Elyna sudah kelihatan tenang. Tidak merengek seperti tadi. Syukur. Bibirnya mengukir senyuman.

"Sweet dreams" ucap Uqasha sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Sempat matanya memandang sekilas ke arah Elyna sebelum pintu bilik itu ditutup.

•••

Elyna terjaga dari tidurnya saat terdengar bunyi pintu dibuka. Sapu tangan yang berada di dahinya disentuh. Matanya turut meliar memandang sekeliling. Dimanakah dia berada sekarang?? Yang pasti ini bukan bilik tidurnya.

"Cik Lyn" sapa Mak Kiah. "Cik Lyn dah bangun??"

Dahi Elyna berkerut. Dia masih lagi terpinga pinga melihat Mak Kiah berada di dalam bilik itu. Tangan Mak Kiah mula menyentuh dahi Elyna.

"Panas lagi ni badan Cik Lyn. Nanti Mak Kiah sediakan bubur lepastu Cik Lyn makan ubat ye??"

Elyna mengangguk. "Ahh ni. Baju salin Cik Lyn. Kausar takde baju tebal untuk Cik Lyn pakai. Jadi Cik Lyn pakai la baju Encik Kasyaf dulu. Lagipun baju ni memang Encik Kasyaf yang kasi. Suruh Cik Lyn pakai"

Elyna tercengang. "Baju Qasha??" Laju Mak Kiah mengangguk. Lantas bibirnya mengukir senyuman. "Kalau macam tu I pergi mandi kejap ye"

Mak Kiah mengangguk. Matanya sekadar memandang ke arah Elyna yang sudahpun melangkah masuk ke dalam bilik air. Kakinya turut melangkah keluar dari bilik itu.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now