BAB 11

5.8K 300 17
                                    

Dengar sahaja bunyi enjin kereta dari luar rumah, lantas Uqasha melangkah menuju ke halaman rumah. Bibirnya turut mengukir senyuman lebar.

"Along!!!" laju Kausar berlari ke arah Uqasha sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta itu. Rindu la katakan walaupun baru bertemu kelmarin.

Thaqif sekadar tersengih. Bukannya dia tidak tahu perangai manja isterinya itu. "Rindunya adik dekat along"

Uqasha menjeling. "Bukan ke kelmarin along tidur rumah adik?? Yang along tidur dengan Iman tu apa?? Lupa??"

Kausar mencebik. "Along ni. Adik baru je nak bermanja manja dengan along"

Kelibat Mak Kiah yang baru sahaja melangkah keluar dari rumah itu kelihatan. Laju Kausar mendekati wanita itu. "Mak Kiah!! Rindunya saya dekat Mak Kiah. Mak Kiah sihat??"

"Sihat. Alhamdulillah. Kausar sihat?? Mari la masuk"

Mata Kausar sempat meliar memandang sekeliling. Rasa seperti ada sesuatu yang hilang. "Baba mana??" soal Kausar sambil matanya meliar.

Mendengar sahaja nama Encik Khusyairi, terus berubah riak wajah Uqasha. Kakinya turut melangkah masuk ke dalam rumah itu. Kausar mencebik. Bukannya dia tidak tahu abangnya masih lagi bersikap dingin dengan bapanya itu. Bila agaknya Uqasha akan memaafkan Encik Khusyairi??

"Encik Khusyairi keluar kejap. Beli barang basah. Nanti balik la tu" jawab Mak Kiah. "Mari masuk"

Kausar mengangguk perlahan. Terus mereka melangkah masuk ke dalam rumah itu. Kausar menoleh ke arah suaminya. "Abang, saya pergi dapur buat air kejap ye. Abang nak air apa??"

"Nak air love you" ucap Thaqif lalu mengerdipkan mata kirinya sambil tersengih.

Kausar ketawa kecil. "Eyy nakal" kata Kausar sebelum melangkah menuju ke dapur.

Uqasha disitu hanya memutarkan bola matanya. Naik kembang tekaknya melihat kemesraan mereka berdua. "Boleh tak jangan tunjuk kemesraan korang depan aku?? Nak muntah pula"

Thaqif tersengih. "Hekeleh kau. Kau dengan Elyna pula macam mana?? Aku dengar dia tengah mengejar cinta kau"

Terus berubah riak wajah Uqasha. Pandangan tajam turut dilemparkan ke arah Thaqif. "Boleh tak jangan sebut nama dia??" dingin Uqasha.

"Jangan benci sangat. Nanti sayang. Tengok macam aku dengan adik kau dulu. Gaduh gaduh tup tup kahwin. Sekarang pun tengah merancang nak tambah anak keempat"

"Kau ni. Adik aku baru habis pantang kot. Tak menyempat betul" Thaqif tersengih. "Tapi aku dengan kau lain. Kau dengan adik aku benci sama benci. Aku dengan perempuan tu lain. Sangat lain. Dia tergila gilakan aku. Aku pula menyampah tengok muka dia"

"Tapi tu la aku pelik juga dengan dia. Bukan ke dulu kau cerita sepupu kau tu tergila gilakan kau?? Tiba tiba je suka aku pula. Baru je terserempak dua tiga kali, dah cakap jodoh. Gila kan??" kata Uqasha.

"Dah nama pun jodoh. Semuanya dah tertulis. Mungkin jodoh kau tertulis macam tu. Macam mana kalau Elyna tu betul betul jodoh kau?? Takkan kau nak tolak lagi??"

Uqasha terdiam. Malas mahu bertekak dengan kawan baiknya itu. "Dan macam mana kalau ada lelaki yang cuba nak goda dia?? Macam mana diorang kahwin?? Kau tak takut ke??" uji Thaqif.

Bukannya dia tidak tahu perasaan Uqasha. Lihat dari mata lelaki itu sahaja pun, dia boleh agak. Maklumlah ego masih terpahat di hati. Macam la dia tidak pernah bersikap begitu.

"Aku tak kisah. Lagi seronok. Aman hidup aku tanpa dia" jawab Uqasha.

Thaqif menggeleng perlahan. Bila agaknya ego lelaki itu akan runtuh?? Harap harap Elyna tidak berputus asa untuk mendapat hati rakan baiknya itu. Sebagai seorang kawan, mestilah dia mahukan yang terbaik untuk mereka berdua. Kan??

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now