BAB 3

7.6K 329 25
                                    

Pagi hari lagi Elyna sudah berkunjung ke kandang kuda Zakwan. Sengaja dia mahu mengacau lelaki itu. Lagipun hari ini butiknya tutup. Disebabkan terlalu bosan, jadi dia membuat keputusan untuk menganggu lelaki itu.

Elyna mula tersenyum saat melihat kelibat Zakwan sedang memberi kudanya makan. Perlahan lahan kakinya melangkah menghampiri lelaki itu.

"BAAA!!!"

Elyna terkejut lantas tangannya menampar pipi Zakwan. "Aduhh sakit la gila" adu Zakwan. Pipinya yang pedih itu digosok. Tak pasal pasal dapat penampar percuma dari gadis itu.

Elyna tersengih. "Sorry. Kau la. Sergah aku macam tu kenapa?? Terkejut aku. Aku baru nak sergah kau"

"Sebab aku tau kau nak sergah aku la aku sergah kau dulu. Haa ni. Dah okay ke ribut taufan kau semalam??" sinis Zakwan.

"Aku masih sakit hati lagi okay. Perempuan tu seolah olah menghina aku tau. Tak cukup dengan mamat poyo tu sakitkan hati aku, ustazah celup tu pula menyakitkan hati aku. Menyirap je darah aku ni" dingin Elyna.

Zakwan tersengih. Kepalanya juga digeleng perlahan. Elyna memang seorang yang tidak boleh ditegur. Ada sahaja bende yang dia mahu melenting nanti.

"Ni kau buat apa dekat sini?? Bukan ke kau tak suka tempat tempat macam ni?? Busuk la panas la. Maklum la diva" kutuk Zakwan.

Elyna menjeling. "Aku bosan la. Jom keluar" Kedua dua belah matanya dikerdip berkali kali.

Zakwan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Sempat tangannya mengusap lembut kudanya itu. "Aku bukannya taknak keluar. Tapi hari ni sibuk la. Lepasni aku kena keluar jumpa bos aku kejap"

Dahi Elyna berkerut. "Bos?? Bukan ke kandang kuda ni kau punya??" hairan Elyna.

"Kan aku cakap aku buat banyak kerja"

Elyna mengangguk faham. "Kalau macam tu, aku nak ikut la"

"Tak boleh"

"Ala kenapa?? Aku nak ikut. Janji, aku tak kacau korang. Aku bosan la. Boleh la Zack" pujuk Elyna.

Zakwan mengeluh kecil. "Tak boleh la Lyn. Aku tak nak sidai kau lama lama. Nanti nanti la kita keluar"

Elyna memuncungkan bibirnya. "Takpe la kalau macam tu. Jangan cakap dengan aku dah" Elyna berpura pura merajuk. Nak tengok juga cara Zakwan memujuknya.

Lehernya digosok. Rasa bersalah pula melihat gadis itu. "Iye la iye la tapi kau jangan buat kacau. Janji??"

Terus Elyna tersenyum lebar. Laju kepalanya mengangguk. "Thank you Zack. Sebab tu aku sayang kau sangat sangat" ucap Elyna sambil tangannya mencuit kedua dua belah pipi lelaki itu.

Zakwan tersengih. 'Aku pun sayang kau Elyna' bisik hati Zakwan.

"Tapi kan sebelum kita pergi jumpa bos kau, boleh tak kalau aku nak naik kuda kau?? Teringin la nak tunggang" pinta Elyna sambil kedua dua belah matanya dikerdip berkali kali.

Laju Zakwan mengangguk. "Pilih la nak kuda yang mana satu"

Elyna menjerit kecil. "Thank you, Zack. Muahh muah muahhhh" Kuda berhampirannya dikucup berkali kali.

Zakwan hanya ketawa kecil. Comel. "Daripada kau cium kuda tu, baik kau cium aku. Baru segar otak aku nak jumpa bos kejap lagi"

Satu mata sedang memerhati ke arah mereka yang sedang bertengkar lalu tersenyum lebar. "Cute" puji lelaki itu dalam diam sebelum menuju ke arah motosikal berkuasa tingginya semula.

•••

Motosikal berkuasa tinggi Uqasha meluncur masuk ke resort itu. Motosikalnya diparkir sebelum dia melangkah menuju ke lobi.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now