BAB 18

6.8K 300 18
                                    

"Elyna!!"

Puan Puteri bingkas bangun daripada tidurnya. Mimpi ngeri yang muncul daripada mimpinya membuatkan dia terjaga dari tidur. Mulutnya kini terkumat kamit beristighfar.

Dadanya dipegang. Jantungnya kini seakan akan berdegup laju. "Ya Allah, mudah mudahan anak aku berada di dalam keadaan yang selamat" doa Puan Puteri.

Sempat matanya mengerling ke arah telefon pintarnya itu. Langsung tiada panggilan ataupun mesej daripada anaknya itu. Mungkin sudah tidur. Lagipun sekarang jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi.

Puan Puteri merebahkan kepalanya semula. Di dalam fikirannya berharap agar anaknya itu berada di dalam keadaan selamat. Perasaan gusar mula belenggu di hati. Ibu mana yang tidak risau?? Apatah lagi apabila anaknya berada jauh di pangkuan.

•••

Tubuh Elyna hanya dibaluti dengan selimut tebal. Matanya kini sembab akibat seharian menangis. Dia hanya melepaskan tangisannya sambil memeluk kakinya.

Peristiwa kelmarin bagaikan satu mimpi ngerinya. Dalam sekelip mata hidupnya berubah 360°. Apa yang ditakutkan kini adalah mahu berdepan dengan semua orang.

Perasaan malu, jijik semuanya bersatu. Pandangan tajamnya teralih ke arah Uqasha yang masih lagi nyenyak tertidur di atas katil tanpa sebarang pakaian. Perasaan benci mula membuak buak dihatinya apabila memandang wajah lelaki itu.

Uqasha terjaga dari tidurnya saat telinganya terdengar bunyi tangisan halus dari hujung bilik itu. Kepalanya yang berdenyut denyut itu dipicit sebelum matanya dibuka.

Matanya memandang sekeliling bilik itu. Apa yang membuatkan dia sedikit hairan adalah apabila melihat dia sudahpun tidak berpakaian. "What the..."

Uqasha bingkas bangun daripada tempat tidurnya lalu tergamam. Tompok tompok merah di cadar katil itu membuatkan dia mula terpinga pinga. "Shitt!! Apa aku dah buat ni??"

Matanya teralih ke arah seorang gadis yang berselubung dengan selimut tebal. Gadis itu juga sedang menangis teresak esak membuatkan Uqasha menggeleng perlahan.

"Tak....tak mungkin"

Tuala putih berdekatannya dicapai lalu dililitkan di pinggangnya. Kakinya perlahan lahan menghampiri gadis itu. "Cik..."

Elyna mengangkat wajahnya. Terus Uqasha terkesima. "El..Elyna??" Kepalanya laju menggeleng. "Tak...apa dah jadi ni?? Kenapa..."

Pertanyaan Uqasha hanya dijawab dengan tangisan. "Pergi Qasha. Tinggalkan I"

"Nope. I nakkan perjelasan. Apa dah berlaku?? Macam mana you boleh ada dalam bilik I?? Kenapa kita macam ni?? Jujur dengan I Elyna"

"Pergi!!! I taknak tengok muka you, Qasha. Pergi!! Tinggalkan I sorang sorang dalam bilik ni" amuk Elyna.

"No!! I takkan tinggalkan you Elyna. I takkan pergi mana mana selagi you tak jawab pertanyaan I. Jangan buat I tertanya tanya, please"

Elyna mengangguk kecil. "Fine. You nak tau sangat kan?? You dah sentuh I. You dah rogol I!!! You dah ragut kesucian I!!"

Uqasha tergamam. "Tak mungkin..."

"I dah cuba tolak Qasha. Tapi tak boleh. I tak kuat. I hanya perempuan lemah yang hanya mampu biarkan lelaki macam you sentuh I. I sakit, Qasha. I merayu untuk you lepaskan tapi you ignore. You lebih pentingkan nafsu you sahaja"

"I tak sangka you lelaki macam tu, Qash. I ingatkan you lelaki yang baik. Yang lindungi wanita, ternyata tak. You hanya gunakan perempuan untuk nafsu you sahaja!!! I benci lelaki macam you!!!" amuk Elyna. Tubuh Uqasha juga dipukul beberapa kali.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now