BAB 13

5.4K 260 20
                                    

Sebaik sahaja Elyna membersihkan dirinya, kakinya mula melangkah keluar dari bilik tetamu itu. Terasa segan pula dengan keluarga itu. Sudahlah kelmarin seharian dia tidur. Takkan hari ini pun sama. Lagipun badannya kini sudah segar. Tidak seperti kelmarin. Demamnya juga sudah kebah.

Telinganya sudah mendengar suara riuh rendah dari ruang makan. Pasti mereka berada di kawasan meja makan itu. Lantas dia menghampiri mereka sekeluarga.

Encik Khusyairi tersenyum saat melihat kelibat Elyna dari jauh. "Elyna, dah sihat??"

Mendengar sahaja nama Elyna disebut, lantas Uqasha mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Elyna.

Elyna sekadar mengangguk. Pandangan teralih ke arah Uqasha. Lehernya turut digosok. Mana taknya, hanya kerusi disebelah Uqasha sahaja yang kosong. Nak taknak terpaksa la dia duduk disebelah Uqasha.

'Haihh kenapa la aku kena duduk sebelah mamat ni?? Dah la kuat perasan. Kang tak pasal pasal nanti dia cakap aku yang gedik nak duduk sebelah dia' omel Elyna.

"Kalau rasa diri tu masih tak sihat, jangan paksa diri tu. Rehat je dekat bilik. Kang tak pasal pasal nanti pengsan. Siapa yang susah??" Uqasha mula bersuara lalu menghirup air teh.

Elyna tersenyum lebar. "Ohh yaa?? Takpe. Kalau I pengsan, you tolong la angkat. Boleh kan??" usik Elyna sambil mengerdipkan matanya berkali kali.

Uqasha ketawa sinis. "Angkat you?? Memang tak la. Dah la berat macam gajah. Dasar budak debab" kutuk Uqasha.

Elyna terus menjeling. Sensitif betul dia jika seseorang menyentuh hal berat badannya itu. Memang minta kaki.

Kausar memandang pergaduhan mereka, menggeleng perlahan. "Eleh along ni. Masa Lyn jatuh kolam tu, bukan ke along dukung dia sampai ke bilik tetamu?? Okay je adik tengok" sampuk Kausar.

Uqasha dan Elyna tersentak. "Haa?? Yeke?? Aww so sweet, Qasha. Thanks tau sebab dukung I sampai ke bilik" Dengan selamba Elyna mencubit pipi Uqasha.

Uqasha terus terdiam. Pandangan tajam turut dilemparkan ke arah adiknya itu. Memang tak boleh simpan rahsia.

Mata Elyna mula meliar melihat pelbagai jenis makanan yang terhidang di atas meja itu. "Wow sedapnya nasi lemak. Dah lama rasanya I tak makan makanan macam ni"

"Haa jadi rezeki awak la harini dapat makan nasi lemak buatan along saya" kata Kausar.

Mulut Elyna melopong. "Qasha yang masak?? Wow!! Mesti sedapkan??" Tanpa banyak bicara, Elyna terus menyuapkan nasi lemak itu ke dalam mulutnya.

Terus terkedu dibuatnya. "Sedap??" soal Uqasha.

Laju Elyna mengangguk. "Sedapnya. I tak pernah rasa nasi lemak sesedap ni" Elyna menyambung menikmati nasi lemak itu lagi.

Pandangannya teralih ke arah telur dadar dihadapannya. "Telur dadar ni pun you buat ke??"

"Ini saya yang buat. Along kalau makan nasi wajib kena ada telur dadar. Favourite dia la katakan" terang Kausar. "Haa nanti kalau awak kahwin dengan along saya, tak payah fikir nak masak apa. Hari hari goreng telur dadar je. Itu pun dah cukup untuk dia. Kan along..." sambung Kausar lagi.

"Yeke?? Untungnya I dapat bakal suami macam you ni" kata Elyna. Dalam hatinya sudah mengutuk dirinya sendiri. 'Goreng telur dadar?? Aku ni masak maggie pun belum tentu pandai. Kalau pandai pun maggie cup je. Haihh memang malang la nasib kau Qasha kalau kau kahwin dengan aku' bisik hati Elyna.

'Ala buat apa aku nak pening kepala nak fikir pasal masakan ni?? Bukannya aku kahwin dengan dia untuk jadi isteri mithali. Aku nak balas dendam je. Dah terbalas semua dendam aku, aku tuntut la fasakh' bisik hatinya lagi.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now