BAB 32

4.6K 235 23
                                    

Langkah Uqasha melangkah keluar dari bilik salinan. Tali lehernya dibetulkan sebelum pandangan Uqasha teralih ke arah Elyna yang masih nyenyak tertidur.

Selepas sahaja solat Subuh, Elyna terus merebahkan badannya di atas katil. Katanya kepalanya pening. Bila diajak ke hospital, langsung Elyna menolak.

Terdetik rasa curiga pada isterinya itu. Minggu ini sahaja sudah berapa kali Elyna mengadu sakit kepala. Tapi bila diajak ke hospital, pasti ada sahaja alasan.

Dia mula mendekati isterinya itu. "Sweetie" kejut Uqasha.

Elyna terasa tidurnya diganggu, terus membuka matanya. Matanya juga dipisat pisat sebelum pandangannya teralih ke arah suaminya itu. "Ye hubby"

"Sweetie okay ke?? Hubby tengok kerap sangat sweetie sakit kepala. Kita pergi hospital ehh?? Buat checkup" cadang Uqasha.

Laju Elyna menggeleng. "Takde apa la. Sakit kepala biasa je ni. Lagipun sweetie dah makan ubat tadi" tolak Elyna.

"Hubby bukannya apa sweetie. Sweetie tahu kan hubby sayangkan sweetie. Kalau boleh hubby nak buat yang terbaik untuk sweetie. Hubby takut hubby gagal jadi suami yang terbaik untuk sweetie"

Elyna ketawa. "Hubby mengarut apa ni?? Hmm?? Sweetie okay je la. Don't worry. Lagipun kan lepas je tidur tadi, kepala sweetie dah tak sakit sangat dah"

Uqasha terdiam sejenak. "Entah entah sweetie mengandung??"

Dahi Elyna berkerut. "Mengandung?? Hubby pun nak jadi macam adik hubby ke?? Kita ni kahwin baru nak masuk 3 bulan tau. Mengandung apanya?? Lagipun sweetie takde pun simptom simptom orang mengandung. So jangan nak berharap sangat"

"Tapi kalau betul macam mana?? Ala sekurang kurangnya kita cuba checkup. Kalau tak mengandung, mungkin belum rezeki kita. Betul tak??"

"Tapi jawapan dia tak. Sweetie langsung tak mengandung. Hubby tak payah nak merepek lagi boleh tak?? Pening kepala sweetie nak melayan" nafi Elyna lagi.

'Mengandung?? Ahh tak mungkin. Aku mana ada loya loya. Setakat sakit kepala. Orang tak mengandung pun sakit kepala juga. Normal la kan??" bisik hati Elyna.

"Sweetie..." Meleret Uqasha memanggil. Kepalanya turut direbahkan ke atas paha isterinya itu. "Best kan kalau kita ada anak?? Kalau hubby kan, hubby nak anak ramai ramai. Kalau boleh nak satu kontena"

Elyna mencebik. "Hubby ingat sweetie ni mesin ke?? Suka suka je minta anak macam tu" dingin Elyna.

Uqasha tersengih. "Hubby siap dah fikir nama anak anak kita tau. Kalau anak lelaki hubby nak letak nama Khalish Eiman. Kalau perempuan pula hubby nak nama Kayla Eryna. Sedap kan??"

Elyna tersenyum kelat. "Tapi kan I kan tak mengandung. Hubby jangan la terlalu berharap. Nanti sakit. Lagipun sweetie belum sedia nak jadi seorang ibu. Masak pun masih terkial kial, apatah lagi nak jaga anak"

"Insyaallah. Hubby tahu sweetie mampu jadi ibu yang baik. Tapi kan kalau betul sweetie belum mengandung, apa kata kalau kita buat sekarang?? Misi kita nak dapatkan 20 orang anak"

Laju Elyna memukul tubuh suaminya itu. "Eyyy!!!! Hubby ni gatal la!!" Uqasha sekadar ketawa terbahak bahak.

Ketukan pintu bilik itu menarik perhatian mereka berdua. Laju Elyna melangkah lalu membuka pintu bilik itu. Terus berubah riak wajahnya apabila melihat Sufiyya berada di hadapan bilik mereka.

"Hmm nak apa??"

"Elyna, along. Sarapan dah siap. Jom kita sarapan sama sama" lembut Sufiyya mempelawa.

Elyna merenung tajam ke arah Sufiyya lalu tersenyum sinis. "Aww baiknya Sufiyya ni. Ada ciri ciri isteri yang baik. Takpe. Nanti kami keluar makan ehh??"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now