"Hubby..."
Elyna mendekati suaminya yang baru sahaja keluar daripada bilik air. Bibirnya juga mengukir senyuman lebar. Setiap inci wajah suaminya direnung. Jujur dia merindui suaminya yang dahulu.
"Hubby boleh tak masakkan sweetie spaghetti sardin?? Sweetie teringin la. Hubby ingat tak masa hubby demam lepastu hubby sanggup masak spaghetti sardin tu. Sedap hubby. Sweetie suka. Boleh tak hubby masakkan untuk sweetie sekali lagi??"
"Aku sibuk. Makan je apa yang ada dalam rumah ni. Kalau rasa nak jadi permaisuri, pergi kahwin dengan raja. Bukan dengan aku. Kau ingat aku ni hamba kau?? Nak arah aku itu ini??" sinis Uqasha.
Elyna tersentak. "Hubby ni. Sweetie tak pandai masak. Sebab tu sweetie minta hubby buatkan. Boleh la hubby" pujuk Elyna lagi.
Uqasha mendengus. Matanya langsung tidak memandang ke arah isterinya yang tidak lekang merenung wajahnya itu.
"Hubby ni kan. Sweetie nak nasi lemak, hubby tak buat. Sweetie minta hubby masak nasi goreng pun, hubby tak layan. Tapi kalau buah hati hubby tu, hubby sanggup pula masakkan dia nasi goreng kampung. Sweetie ni isteri hubby tau"
"Isteri apa?? Isteri atas kad nikah?? Macam tu?? Dah la aku penat nak bergaduh dengan kau" bidas Uqasha.
"Sweetie taknak gaduh dengan hubby pun tapi masalahnya sekarang ni hubby tu yang nak cari pasal dengan sweetie. Sweetie cakap elok elok tapi hubby tu nak melenting"
Uqasha memandang wajah isterinya itu. "Macam ni la kau cakap apa tadi?? Tak pandai masak?? Nak spaghetti sardin?? Apa kata kau google resepi lepastu kau masak sendiri. Boleh??"
"Tapi sweetie nak makan masakan hubby. Sweetie rindu nak makan masakan hubby. Boleh kan??" pujuk Elyna lagi.
Uqasha mendengus. "Ehh boleh tak jangan nak mengada ngada sangat?? Kau tengok Sufiyya tu, dia kalau teringin apa apa tak pernah menyusahkan aku. Dia masak sendiri. Dan yang paling penting dia tak banyak songeh macam kau. Sebab tu aku sayang dia daripada aku sayang kau"
Elyna tersentak. "Maafkan sweetie sebab selalu menyusahkan hubby. Maafkan sweetie" sayu Elyna.
"Pergi mampus la dengan kau punya maaf tu. Sikit sikit minta maaf, sikit sikit nak minta maaf tapi perangai masih belum berubah. Fikir la. Umur kau tu dah 30 tahun. Cuba jadi matang sikit" kata Uqasha lalu melangkah keluar dari bilik tidurnya itu.
Elyna melabuhkan punggungnya di atas katil. Laju air matanya mengalir. Isteri mana yang tidak terasa kalau suami lebihkan orang lain daripada isteri sendiri?? Sakit memang sakit.
Perutnya dipegang. "Sayang, kenapa ayah benci ibu?? Jahat sangat ke ibu ni??" Perutnya diusap. "Sekurang kurangnya ibu masih ada anak ibu. Ibu sayang anak ibu sangat sangat. Ibu sayang...ayah sangat sangat"
Jabir menolak pintu bilik yang terbuka sedikit untuk mengintai Elyna. Terus dia berlari mendekati Elyna. "Aunty tantek"
Elyna mengesat air matanya lalu tersenyum kelat. "Ye Jabir"
"Hurmm aunty tantek cry ke?? Siapa mayah aunty?? Daddy mayah aunty ke??"
Elyna ketawa kecil. "Kenapa daddy??"
"Cebab daddy lalu mayah abir. Lalu abir ena mayah dengan daddy, abir cry. Ashtu esti mama ujuk. Peluk acam ni" Jabir memeluk erat tubuh Elyna.
"Meh cini abir pujuk aunty. Aunty jangan la cry. Nanti abir mayah daddy. Okay??" pujuk Jabir.
Elyna ketawa kecil. Tubuh Jabir turut dipeluk erat lalu dia menangis. "Macam mana la kalau nanti aunty nak berpisah dengan Jabir?? Jabir always dengan aunty. Selalu faham aunty. Aunty sayang Jabir tau"
YOU ARE READING
PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]
Romance𝐊𝐀𝐒𝐘𝐀𝐅 𝐔𝐐𝐀𝐒𝐇𝐀 𝐗 𝐄𝐋𝐘𝐍𝐀 𝐅𝐀𝐑𝐈𝐒𝐇𝐀 "Hello, sweetie!!!" SAMBUNGAN KEPADA PEMILIK HATI ENCIK DUDA‼️ Seusia 23 tahun , Kasyaf Uqasha dihalau keluar daripada rumahnya sehelai sepinggang. Hidupnya ditentukan dengan nasib sahaja. Perte...