BAB 2

8.2K 319 61
                                    

Enjin motosikalnya dimatikan sebelum kakinya terhincut hincut melangkah masuk ke dalam rumah. Kausar yang enak menikmati mangga, terus terkesima melihat balutan di lutut Uqasha.

"Along?? Kenapa ni??"

Punggung Uqasha direbahkan ke sofa. Dia tersengih ke arah adik bongsunya itu. "Takde apa la. Jatuh motor tadi. Entah macam mana tah perempuan tu bawa kereta, tup tup along juga dia langgar"

Mulut Kausar melopong. "Perempuan yang langgar??" Uqasha mengangguk kecil. "Ha!!! Cantik tak??" Kedua dua belah matanya dikerdip berkali kali.

Uqasha terkedu. Matanya turut menjeling ke arah adiknya itu. Bukannya nak risau dengan keadaannya. Boleh pula dia tanya tentang gadis yang melanggarnya sebentar tadi.

"Along!! Cantik tak??"

Uqasha mengeluh kecil. "Tak. Macam nenek kebayan je tengok. Muka penuh dengan kedut. Rambut putih macam nenek nenek. Rasanya umur dia sekarang mungkin 70 an??" bohong Uqasha.

Ini kalau Elyna dengar kutukan Uqasha, memang makan kasut la jawabnya.

Kausar mencebik. "Ye ke tak cantik?? Entah entah waktu along bertentangan mata dengan dia, jantung along bagaikan jatuh ke lantai. Fikiran along teringat ingatkan dia" usik Kausar.

Uqasha menjeling. "Memang tak la along suka dekat nenek kebayan tu. Gigi dia pun tinggal dua batang. Lain la kalau seksi, putih, gebu. Itu baru taste along" kata Uqasha sambil tersengih.

Kausar menjeling. "Ala apa salahnya?? Manusia juga kan?? Mana la tau dia pun mencari suami. Haa!! Entah entah jodoh along ke" usik Kausar lagi.

Uqasha ketawa besar. "Belum along rasmi lagi dia dah masuk underground nanti. Dah la tak payah nak merepek sangat. Suami adik mana??" Uqasha cuba menukar topik.

"Keluar dengan Jabir. Ada la tu nanti Jabir umpan daddy dia apa apa. Along macam la tak kenal perangai anak buah along tu"

Uqasha ketawa kecil. "Along..." Meleret Kausar memanggil abangnya itu.

"Ye adik??"

"Along tak rasa nak berumah tangga?? Ye la umur along sekarang kan dah 27 tahun. Takkan la masih nak membujang??"

Uqasha tersenyum lebar. "Adik. 27 tahun kan masih muda. Banyak lagi bende yang along kena capai sebelum bergelar suami. Lagipun resort kita baru je nak naik dik. Banyak lagi bende yang along kena buat"

"Ala macam la waktu kahwin nanti along tak boleh buat" Uqasha sekadar mendiamkan diri. Dia pun masih belum ada jawapan untuk soalan itu.

"Ataupun along takut nak kahwin?? Mungkin sebab baba??"

Uqasha tersentak. "Kenapa pula??" Uqasha terus bertukar dingin. Sebut sahaja tentang Encik Khusyairi, terus dirinya terasa menyampah.

"Mungkin along takut along bakal dikhianati atau along mengkhianati??"

Uqasha tersenyum. "Jujur along cakap along lebih takut mengkhianati. Sama sama bina mahligai, pelbagai janji manis yang along lemparkan, akhir sekali along sendiri memilih untuk mengkhianatnya. Along tau sakit. Dan along takkan sesekali sakitkan hati bakal isteri along"

"Sebab tu along masih belum bersedia untuk pikul tanggungjawab tu. Masih banyak bende yang along kena belajar. Jadi seorang suami tanggungjawab dia besar. Tambah lagi nak bimbing isteri"

Kausar mencebik. "Tapi kan umur along dah 27 tahun. Adik yang 22 tahun pun dah nak masuk anak tiga tau"

"Itu sebab adik gatal" usik Uqasha sambil kedua dua belah pipi adiknya dicubit.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now