BAB 8

6.3K 302 21
                                    

"QASHA!!!"

Jeritan Elyna itu membuatkan Uqasha menoleh. Bukan sahaja Uqasha, para pelawat juga memandang ke arah Elyna. Elyna hanya mengendahkan. Yang penting dia dapat bertemu dengan lelaki itu.

Lantas kakinya berlari mendekati Uqasha. "Hi atok kebayan" ucap Elyna sambil tersengih.

"You dah kenapa?? Terjerit jerit. Macam nenek kebayan hilang cucu. Nak apa??"

Elyna tersengih. "Boleh I cakap dengan you kejap??"

"Cakap apa??"

Elyna tersenyum manis. Wajah Uqasha juga ditenung. Dalam hatinya tidak berhenti henti memuji kekacakan lelaki itu. "I sebenarnya nak minta maaf"

Dahi Uqasha berkerut. "Minta maaf?? Nak minta maaf yang mana satu?? You tu banyak dosa dengan I"

Elyna mencebik. "Ermm semuanya. Pasal I dah langgar you dulu, pasal motor you yang calar tu and baju you yang kotor tu"

"Okay" Uqasha mula melangkah meninggalkan Elyna berseorangan.

"Okay je??" Laju Elyna berlari mendekati Uqasha. "You!!! You!!" tempik Elyna. Sedikit pun dia tidak kisah jika orang memandang ke arahnya.

Langkah Uqasha terhenti. "Nak apa lagi??" dingin Uqasha.

"You maafkan I ke tak??"

Uqasha mendengus. "Yes!! I maafkan you. Jangan kacau I boleh?? I nak balik"

Elyna bersorak gembira. Baru sahaja Uqasha mahu melangkah, laju tangan Elyna menarik lengan Uqasha. "Kejap kejap kejap. 5 minit"

"Apa lagi?? Dah takde bende pun kita nak bincang ataupun nak dibualkan. Betul tak?? Sekarang ni tolong jangan kacau I. Dan mulai saat ni jangan sesekali you tunjukkan muka you depan muka I" dingin Uqasha.

Lengan Uqasha ditarik kembali. "Sabar. Okay kejap je. I cuma nak luahkan perasaan I dekat you"

"Perasaan apa?? I tak dah taknak dengar la you mengarut macam orang gila dekat sini. Tolong hormat keputusan I. Jangan ganggu I lagi!!" dingin Uqasha.

Lengannya juga direntap kasar sebelum melangkah meninggalkan kawasan itu.

"I cintakan you, Kasyaf Uqasha!!!"

Langkah Uqasha terhenti. Semua pelawat juga memandang ke arah mereka berdua. Ada yang siap berbisik bisik lagi.

Elyna mengigit bibirnya. Biar la apa pun orang nak mengutuk dirinya. Asalkan dia dapat luahkan perasaannya pada lelaki itu. Dengan selamba dia mengukir senyuman sinis. Puas hatinya kini.

Uqasha menoleh dan mendekati Elyna. Kedudukan mereka kini betul betul rapat membuatkan Elyna terkaku. Jantungnya kini sudah berdengup laju.

"You know what, I selalu berdoa agar Allah jauhkan diri I daripada dijodohkan dengan perempuan macam you. Harap you faham. Dan jangan ganggu I lagi. Faham??!!!" dingin Uqasha. Lantas kakinya melangkah meninggalkan kawasan itu. Elyna pula sudah tersenyum puas.

"Whatever. I tetap akan ganggu you, Qasha" kata Elyna sebelum melangkah masuk ke dalam hospital itu.

Langkah Uqasha terhenti saat matanya tertumpu ke arah motosikal berkuasa tingginya itu. Penuh dengan sticker note. Lantas dia mendekati motosikalnya itu.

Boleh dikatakan semua sticker note itu dipenuhi dengan tulisan "I love you, my atok kebayan". Dia dapat agak siapa punya kerja. Siapa lagi kalau bukan Elyna Farisha.

Matanya tertumpu ke satu sticker note. Lantas dia mencapai sticker note itu.

Usah kau fikir aku akan terus mengalah saat kau terus menolak cintaku,
Akan ku jadikan kata katamu itu sebagai kata semangat untuk aku dapatkanmu.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now