BAB 23

4.7K 257 23
                                    

"Thanks Kausar sebab tolong masakkan bubur untuk abang you. I tak boleh bayangkan kalau you takde"

Kausar menoleh lalu tersengih. "Ala bende kecik je ni. Setakat masakkan bubur untuk abang saya sendiri apa la sangat"

Elyna tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Segan pula I. Dah jadi isteri orang pun tak pandai masak lagi"

"Ala takpe. Masih pengantin baru. Nanti lama lama pandai la masak. Kalau awak nak belajar masak, awak boleh je datang rumah ni. Lagipun bukannya jauh rumah ni, depan rumah je"

Elyna tersenyum lebar. Laju kakinya berlari menghampiri Kausar. "Betul ke ni??" Kausar mengangguk laju. "Aww thanks adik ipar. Okay macam ni, tengahari nanti I datang belajar masak dengan you. Boleh??"

"Mesti la boleh. Tapi awak kena la bagitau dulu awak nak belajar masak apa. Takut nanti bahan bahan takde pula dekat rumah"

Elyna mengangguk laju. "Okay. Bubur dah siap??"

"Dah. Ini buburnya. Kalau along taknak makan, paksa je dia makan. Along tu degil sikit" kata Kausar lalu menyerahkan bekas makanan pada Elyna.

"Baik, Puan Kausar. I balik dulu ye?? Kesian suami I sorang sorang je dekat rumah. Assalamualaikum" ucap Elyna sebelum berlari lari menuju ke arah rumahnya itu.

Sebaik sahaja Elyna melangkah masuk ke dalam rumah itu, bubur yang dimasak oleh Kausar dimasukkan ke dalam mangkuk sebelum dia menuju ke bilik tidur mereka.

Pintu bilik itu ditolak. Matanya tertumpu ke arah Uqasha yang masih lagi nyenyak tertidur. Selepas sahaja solat Subuh, suaminya terus rehatkan diri di bilik tidur mereka. Itu pun dipaksa. Nasib baik waktu subuh tadi dia terjaga dari tidur.  Kalau tidak, tidur di bilik solat la jawabnya.

Elyna mula mendekati Uqasha itu. Tapak tangannya mula menyentuh dahi suaminya itu. "Panas lagi ni"

Tangannya mula menepuk bahu Uqasha. "You ohh you" kejut Elyna.

Uqasha yang terasa tidurnya diganggu, terus membuka matanya. Matanya dipisat pisat sebelum pandangannya teralih ke arah isterinya itu. "Yes sweetie??"

"Ermm you okay ke??" soal Elyna. 'Haihh apasal aku ni bodoh sangat tanya soalan tak munasabah macam tu?? Dah terang terang kot dia demam. Banyak tanya lagi' bisik hati Elyna.

Uqasha sekadar tersenyum. "Demam hubby rasa macam dah kebah bila tengok senyuman sweetie. Manis je"

Elyna mencebik. "Tak payah nak jiwang sangat. Kalau dah demam tu buat je cara demam. Nah ni I ada bawakkan you bubur. Lepas makan bubur ni, terus makan ubat, okay??"

"You masak ke??"

Elyna ketawa kecil. "Takde maknanya I masak. Ini kalau I masak, terbakar terus rumah ni. Daripada you tengah demam terus rentung" kata Elyna lalu ketawa kecil.

"Kausar yang masak bubur ni. Pagi pagi hari lagi I dah menapak pergi rumah dia" cerita Elyna.

Uqasha mengangguk faham. "Sweetie dah makan ke belum??"

"Belum. Nanti I makan. I tunggu you makan dulu"

"Kalau macam tu, kita makan sama sama la. Sini I suapkan you makan" pelawa Uqasha. Sudu yang berisi bubur itu dihalakan ke arah bibir Elyna.

Teragak agak Elyna untuk menikmati bubur itu. "You makan la. Ini kan makanan orang sakit. I tak sakit"

Uqasha ketawa kecil. "Memang la sweetie tak sakit tapi kalau sweetie biarkan perut sweetie kosong pun boleh menyebabkan sweetie sakit" bidas Uqasha.

Elyna mencebik. "Banyak pula cakap. Macam cepat. Jangan sampai I jadi mak tiri you, I sumbat mangkuk ni terus dalam mulut you. Bebel macam mak nenek. Tak padan dengan tak sihat" bebel Elyna.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now