BAB 17

6.4K 292 31
                                    

Langkah Hui Mei ke arah kaunter khidmat pelanggan resort itu sebaik sahaja dia keluar daripada lift itu. "Manda jangan lupa suruh housekeeping kemas bilik 140 petang ni ye??Terima kasih"

Baru sahaja Hui Mei ingin melangkah, tiba tiba bahunya dilanggar seseorang. "Opss!! Maafkan saya encik" ucap Hui Mei.

Terkesima dibuatnya apabila melihat wajah lelaki dihadapannya itu. "Kasyaf??"

Uqasha turut terkesima melihat gadis cina dihadapannya. Terus bibirnya mengukir senyuman manis. "Kecilnya dunia ni kan. Tak sangka I dapat jumpa you harini dekat sini"

Hui Mei tersenyum. "Ya. I kerja dekat sini. You pula buat apa dekat sini??"

"Bercuti. Tenangkan fikiran" jawab Uqasha.

Hui Mei mengangguk faham. "Ye ke bercuti?? Ataupun you rindukan I?? Hmm??" Pertanyaan Hui Mei hanya dijawab dengan ketawa kecil.

"Ehh jom. Kita minum minum dekat kafe?? You pun mesti banyak cerita nak cerita dekat I kan??" Uqasha sekadar mengangguk. Langkah mereka mula menuju ke arah kafe resort itu.

Sebaik sahaja mereka tiba di kafe itu, pelbagai cerita yang menjadi topik perbualan mereka. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa. Mesti banyak topik yang dibualkan. Senyuman langsung tidak pudar di bibir mereka berdua.

"I cuti baru baru ni. Saja nak ambik angin sikit. Itu yang kita baru terserempak harini" cerita Hui Mei.

Uqasha mengangguk faham. "Ohh. So you bercuti dengan siapa?? Kekasih hati ke??" usik Uqasha sambil mengangkat kedua dua belah keningnya itu.

Hui Mei ketawa kecil. "Kekasih hati?? I mana ada kekasih hati. Maklumlah mana ada lelaki yang sudi jadikan I sebagai kekasih"

Uqasha tersentak. Sedikit terasa dengan kata kata gadis itu. Maklumlah dia pernah menolak cinta gadis cina itu. "Ataupun you yang tolak cinta diorang?? Hm??"

Hui Mei berfikir sejenak. "Hmm mungkin. Entah la Kasyaf. I masih lagi belum jumpa lelaki yang baik. Mungkin ramai lelaki yang baik tapi belum tentu dia faham maksud perkahwinan. Kan??"

Uqasha mengangguk. "Insyaallah. I harap ada lelaki yang betul betul ikhlas dengan you. I nak you tau, apa pun berlaku, I akan sentiasa support you"

Hui Mei tersenyum. "Hmm asyik cakap pasal I je. You pula macam mana?? Masih belum jumpa pilihan hati ke??" korek Hui Mei.

Uqasha tersengih. Kepalanya juga digeleng perlahan. "Pilihan hati?? Ermm mungkin lambat lagi. You pun tau kan, I ada visi hidup I. Selagi umur belum 30 tahun, mungkin macam ni la. Membujang"

Hui Mei menggeleng kepalanya perlahan. "Kahwin tak semestinya you tak boleh capai apa yang you nak capai, Kasyaf. I know tanggungjawab seorang suami tu besar tapi I nampak you macam dah layak pun untuk bergelar suami"

Uqasha terdiam. "I nampak seseorang dimata you, Kasyaf. Siapa perempuan tu??" soal Hui Mei sebelum dagunya ditongkat.

Uqasha tersentak. "Perempuan??" Uqasha ketawa kecil. "Perempuan mana pula?? You jangan nak kenakan I pula ehh Mei" nafi Uqasha.

Hui Mei tersenyum. "I tahu dia cukup istimewa untuk you. Jaga dia dengan baik dan jangan pernah terlintas untuk sakiti dia. Okay??" Uqasha tersenyum kelat.

Sementara itu, Elyna memegang perutnya yang berkeroncong itu. Matanya tertumpu ke arah jam dinding bilik itu. Sudah pukul 8 pagi. Terasa awal pula untuk sarapan pagi. Maklumlah selalunya sarapan pukul 11,12 tengahari.

Bingkas dia turun daripada katilnya lalu mencapai dompetnya sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Destinasi pilihannya adalah 7eleven.

Diet la katakan. Sebab itu malas mahu bersarapan di kafe resort itu. Banyak makanan yang diborong nya.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now