BAB 49

8.3K 277 20
                                    

Berulang alik Uqasha menunggu doktor yang merawat Elyna keluar daripada bilik rawatan itu. Hatinya mula gelisah. Kayla yang menangis teresak esak itu, cuba dipujuk nya.

"Ayah, ibu takkan mati kan??"

Uqasha tersentak. Kepalanya digeleng perlahan. "Tak. Ibu kan strong girl" kata Uqasha.

"Tapi nanti doktor cucuk ibu. Sakit. Mesti nanti ibu nangis" rengek Kayla.

Uqasha menggeleng lagi. "Tak sayang. Ibu kuat. Kayla jangan nangis okay?? Ibu pasti kuat untuk kita" pujuk Uqasha lagi. Sebak didada nya cuba dikawal. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan anaknya itu.

Zakwan berlari mencari kelibat Uqasha di hospital itu. Sebaik sahaja matanya tertumpu ke arah Uqasha yang berada tidak jauh darinya, Zakwan mengeluh.

Pinggangnya juga dicekak sambil mencari nafas. Termengah mengah dia dibuatnya. Kakinya mula melangkah menghampiri Uqasha semula.

"Qash.."

Uqasha mengangkat wajahnya. "Macam mana keadaan Elyna??" Uqasha tersenyum kelat. Kepalanya juga digeleng perlahan. "Aku harap kau sabar dan tabah dengan ujian ni"

Uqasha mengangguk kecil.

Doktor mula melangkah keluar dari bilik rawatan itu lalu mencari kelibat seseorang. "Waris Puan Elyna Farisha??"

Uqasha bingkas bangun daripada tempat duduknya itu. "Ye saya suami dia"

Doktor itu tersenyum kelat. "Saya minta maaf pada encik sekeluarga. Puan Elyna tidak dapat diselamatkan disebabkan bakteria sudah merebak ke seluruh organ dia termasuk la otak. Saya harap encik sekeluarga tabah dengan ujian ni. Saya minta diri dulu"

Uqasha tersentak. "Tak...tak mungkin. Ya Allah, sweetie. Hubby tak kuat..."

Sebuah katil yang ditolak keluar dari bilik rawatan itu dipandang. Sekujur tubuh yang dibaluti dengan kain putih itu dipandang. Lambat lambat tangan Uqasha membuka kain putih itu.

Wajah pucat lesu Elyna dilihat dengan lebih dekat. Wajah isterinya diusap lembut. Terasa rindu dengan senyuman yang terukir di bibir isterinya itu. Cantik seperti patung. Namun kini semuanya tinggal kenangan.

"Sweetie...hubby datang ni sweetie" Deras air matanya mengalir.

"Zack, isteri aku betul betul dah tinggalkan aku dengan Kayla. Macam mana kehidupan kami tanpa dia nanti?? Aku perlukan dia. Kayla perlukan dia"

Zakwan hanya terdiam. Dalam hatinya kini sudahpun menangis melihat tubuh Elyna yang terbaring kaku. Kayla disisinya menangis cuba dipujuk.

"Kenapa cepat sangat sweetie tinggalkan hubby??" Tangan sejuk Elyna dipegang.

"Hubby tak marahkan sweetie bila sweetie rahsiakan penyakit ni pada hubby. Cuma hubby terkilan sebab hubby gagal jaga sweetie. Maafkan hubby, sweetie. Maafkan hubby"

"Hubby redha dengan pemergian sweetie. Terima kasih sweetie sebab dah jadi isteri yang baik untuk hubby walaupun sekejap. Hubby izinkan sweetie pergi. Semoga tenang di alam sana" ucap Uqasha lalu mengucup lembut dahi isterinya itu.

Dia menoleh memandang ke arah Kayla. "Little sweetie, mari cium ibu. Ibu dah nak kena pergi ni"

Kayla memeluk erat tubuh bapanya itu. "Ayah, ibu nak pergi mana?? Kenapa ibu tidur?? Ibu dah mati ke??" tangis Kayla.

"Tak, little sweetie. Ibu kena pergi jauh sebab Allah dah jemput ibu. Ayah janji ayah akan bawa little sweetie jumpa ibu nanti ye?? Sekarang ni little sweetie cium ibu dulu"

Kayla hanya menurut. "Ibu tunggu little sweetie tau" Uqasha tersenyum kelat. Selimut putih itu ditarik sehingga menutup kepala Elyna. Tubuh Elyna dipandang lama sebelum katil itu ditolak jauh meninggalkan kawasan itu.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now