BAB 45

6K 283 24
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN,

Pandangan Elyna meliar memandang sekeliling kawasan hotel berdekatan dengan Masjid Nabawi. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman lebar.

'Akhirnya terpacai juga impian aku selama ini. Solat berjemaah bersama sama para jemaah haji dari pelbagai negara. Tak semua orang dapat peluang macam ni. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang yang indah' bisik hati Elyna.

"Ibu, kita dah boleh pergi masjid ke?? Kayla tak sabar nak pergi masjid"

Elyna tersentak.

Kayla Eryna. Anaknya bersama Kasyaf Uqasha. Kayla kini sudahpun berusia 5 tahun. Mata Kayla berwarna hijau itu persis ayahnya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan wajah anaknya itu persis Uqasha. Terubat juga la rindu Elyna pada suaminya itu.

"Kita kena pergi check in hotel dulu. Lepas mandi wangi wangi, baru kita pergi masjid?? Okay girl??" sampuk Zakwan.

"Okay daddy. Tak sabarnya Kayla nak solat. Jom la cepat ibu"

Elyna tersenyum. "Yes, Kayla. Nanti kita pergi ye. Sabar kejap. Bagi daddy pergi check in bilik untuk kita. Kalau tak check in nanti kita nak tidur mana??"

"Yeayyy!!!" sorak Kayla lalu berlari ke arah jemaah yang lain. Kayla memang seorang yang mudah mesra dengan orang.

Baru sahaja Zakwan mahu melangkah, laju Elyna menghalang. "Zack!!"

Zakwan menoleh. "Kenapa?? Kau nak apa apa ke??"

Elyna menggeleng. "Terima kasih sebab kau dah banyak tolong aku. 5 tahun kau tolong aku jagakan Kayla dekat Tokyo. Tak terbalas budi kau. Ini kau bawa kitorang datang sini pula. Aku tak tau nak cakap apa" 

Zakwan tersenyum. "No hal la. Lagipun Kayla pun anak aku kan??" Zakwan ketawa kecil lalu melangkah menuju ke kaunter.

Elyna merenung lama kelibat rakan baiknya itu. Terlalu banyak jasa Zakwan sepanjang mereka tinggal di Tokyo. Bukan dari segi kewangan sahaja dibantunya, kasih sayang seorang bapa juga dicurahkan pada anaknya itu.

Sebaik sahaja mereka sudah mendapat bilik penginapan, Elyna dan Kayla mula membersihkan diri sebelum ke Masjid Nabawi.

Sepanjang mereka melangkah ke Masjid Nabawi, tangan Kayla tidak terlepas daripada genggaman tangan Elyna. Takut takut juga jika anaknya itu terlepas dari genggaman.

Mata Elyna meliar memandang sekeliling masjid itu. Keindahan masjid itu membuatkan Elyna sedikit sebak. "Elyna, kau okay??" Elyna sekadar mengangguk.

"Kayla, jom kita solat"

Tangan Kayla ditarik menuju ke ruang solat. Sepanjang Elyna menunaikan solat sunat di masjid itu, air mata Elyna langsung mengalir deras. Teringat dosa dosa lampaunya dahulu.

'Ketenangan ini la yang aku impikan selama ini. Sukar untuk aku ungkapkan rasa ini. Panas terik di kawasan ini langsung tidak memberi kesan untuk aku terus beribadah. Angin sepoi sepoi bahasa menyapa tubuhku menambah lagi rasa tenang di hati' bisik hati Elyna.

Selesai sahaja Elyna menunaikan solat sunat, sempat dia berbual kosong dengan para jemaah dari Malaysia. Sudah lama dia meninggalkan Malaysia, terasa rindu pula dia pada negara kelahirannya itu.

Pelbagai cerita yang menjadi topik mereka. Kayla pula seronok bermain dengan rakan sebayanya. Maklumlah Kayla tidak mempunyai kawan yang ramai di Tokyo. Disini sahaja la Kayla dapat bermain sepuas puasnya.

Destinasi seterusnya adalah ke Jabal Rahmah. Nama lain untuk Jabal Rahmah ialah bukit pengasihan. Dinamakan selepas ini, nama Jabal Rahmah diambil daripada perkataan rahmah yang bermaksud belas kasihan. Sehingga kini, Jabal Rahmah menjadi tempat legenda yang tidak pernah sepi kunjungan jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now