BAB 22

5.4K 254 40
                                    

Mata Uqasha meliar mencari kelibat isterinya sebaik sahaja keluar dari bilik tidur mereka. Kelibat isterinya langsung tidak kelihatan selepas mereka bersarapan.

"Sweetie??"

"Ohh sweetie??"

Panggil Uqasha sambil mencari kelibat isterinya itu. Elyna yang berada di laman rumahnya itu mengangkat wajahnya saat terdengar suara Uqasha memanggilnya.

"Iye!!!"

Mendengar sahaja suara Elyna dari laman rumah, terus Uqasha melangkah menuju ke halaman rumahnya. "Laa dekat sini rupanya sweetie. Risau hubby"

Elyna mencebik. "Nak risau apanya?? Bukannya ada orang nak culik pun. Lagipun kawasan perumahan ni kan ada security. Tak payah nak risau"

"Ehh apa pula. Sweetie kan isteri hubby. Kalau hilang depan mata, jantung ni macam nak luruh je. Sekarang ni dah ada depan mata, baru senang hati hubby. Lepas juga rindu hubby pada sweetie" kata Uqasha lalu mencuit hidung isterinya itu.

Elyna sekadar menjeling. "Ehh ehh sweetie pakai tudung yang hubby beli semalam ke?? Cantiknya isteri hubby" puji Uqasha sambil memegang tudung sarung yang dipakai isterinya.

Elyna menyembunyikan senyumannya. "Yeke cantik??" Laju Uqasha mengangguk. Elyna tersenyum lebar. "Alang alang you dah puji ni...pinjam seratus. I nak beli barang"

Uqasha terus menghulurkan kad kreditnya itu pada isterinya. "Nahh ambik la. Nak guna lebih daripada 100 pun boleh"

Mulut Elyna melopong. "Serius la?? Aww baiknya suami I ni. Semoga rezeki you bertambah tambah, boleh la I kikis lagi" kata Elyna sambil tersengih.

"Kalau dengan isteri takde istilah kikis. Pakai je"

"Betul ehh?? Jangan tarik balik pula"

"Yes sweetie" jawab Uqasha sambil mengusap kepala isterinya itu.

Elyna tersenyum lebar. "Okay la kalau macam tu. I nak gerak pergi butik dulu tau?? Takut jalan jem pulak jap lagi" Belum sempat Elyna melangkah, laju Uqasha menahan.

"Ehh kejap sweetie. Hubby lupa pula nak bagitau. Mulai hari ni sweetie akan ada driver yang akan bawa sweetie kemana sahaja"

Mulut Elyna melopong. Pandangan mereka teralih ke arah kelibat seorang lelaki yang menunggu mereka di kereta.

"Ini hubby kenalkan Aish Firash. Tapi orang panggil dia Jerung. Dan dia ada kembar tau. Nama kembar dia pula Aish Firman. Yang itu pula orang gelar, Gagak. Selalunya diorang berdua melekat 24 jam tapi tu la disebabkan si kembar tu outstation so tinggal la dia berseorangan" terang Uqasha.

Jerung mencebik. "Ala bos ni. Jangan la sebut nama betul. Kang tak pasal pasal nanti kitorang lagi famous dari bos"

Uqasha menjeling.

"Wait, wait. Apa nama you tadi?? Jerung?? Sorang lagi gagak?? Kenapa semua nama macam haiwan ni??" hairan Elyna.

Uqasha tersengih. "Sebab perangai dua ekor ni macam binatang" selamba Uqasha menjawab.

"Habistu kalau diorang dua jerung dan gagak, you pula apa?? Cacing??" soal Elyna.

Jerung ketawa terbahak-bahak. "Hmm kena juga nama tu dengan bos. Pandai cik puan pilihkan"

"Ehh apa pula cacing?? Hubbykan pilihan hati Elyna Farisha. Selama lamanya milik Elyna Farisha" ayat Uqasha.

Elyna mencebik. "Apa apa je la. I nak pergi butik dah. Dah lambat" Belum sempat Elyna melangkah, sekali lagi Uqasha menahan.

"Ehh sweetie. Sweetie tak salam hubby lagi"

Elyna menoleh ke arah Uqasha. 'Perlu ke aku salam dia?? Ishh perlu la Elyna. Dia tu suami kau kan' bisik hati Elyna.

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now