BAB 42

5K 257 27
                                    

Elyna melabuhkan punggungnya ke atas katil sebelum tangannya mencapai telefon pintarnya itu. Nombor Zakwan dihubunginya.

"Hello, Assalamualaikum, Zack. Boleh tak aku nak minta tolong kau??"

Dahi Zakwan berkerut. "Waalaikumussalam, Lyn. Kau nak minta tolong apa?? Kasyaf meracau ke??"

"Ehh tak. Aku sebenarnya dah fikir masak masak. Aku nak rasa aku nak jual la butik mama aku tu"

Mulut Zakwan melopong. Terus Zakwan berhenti daripada mengunyah makanan. "Kenapa?? Kau tak sayang ke butik tu?? Butik yang arwah mama kau susah payah usaha kan. Takkan kau nak jual macam tu je"

"Aku sayang cuma aku sekarang ni perlukan dia. Aku bakal dapat anak Zack. Banyak duit yang aku nak pakai. Susu, pampers lagi. Kos aku nak bersalin lagi nanti. Aku mana ada duit nak bayar semua tu. Tolong aku ehh??"

Zakwan mengangguk faham. "Kalau macam tu, kau guna je la duit aku. Kau jangan risau. Aku tak minta kau bayar balik pun"

"Ehh tak payah la sampai tahap macam tu sekali. Aku taknak susahkan kau. Nanti kalau dah settle tentang butik mama aku tu, bagitau aku tau??"

Zakwan mengeluh kecil. Lupa pula dia dengan sikap degil Elyna itu. Kalau dikata A jawapannya tetap A. Kepalanya digeleng perlahan. "Okay. Nanti apa apa aku bagitau kau"

"Terima kasih Zack. Kau banyak tolong aku" ucap Elyna. "Assalamualaikum" Panggilan itu dimatikan.

Satu keluhan kecil dilepaskan. Bukannya dia tidak sayang pada butik ibunya itu. Tapi disebabkan dia mempunyai masalah kewangan terpaksa la juga dia menjual.

Sejak dia tinggal bersama bapa mertuanya itu, dia sudah pun tidak aktif dalam media sosial. Jadi pendapatannya juga sudah terjejas.

Mahu meminta pada suaminya itu, sudah pasti nanti dia diherdik. Perasaan malu juga terbit dihati. Lagipun suaminya masih lagi bersikap dingin dengannya.

Elyna mula melangkah keluar daripada bilik tidurnya itu. Sempat matanya memandang sekilas ke arah suaminya yang menonton televisyen bersama Sufiyya. Sufiyya masih lagi dengan lagak biasa. Sedikit pun tidak rasa bersalah menyihir Uqasha.

Yang tahu Sufiyya menyihir Uqasha, hanya la kawan kawan Uqasha, Kausar, Ayreen dan juga dia. Agaknya bagaimana reaksi Encik Khusyairi jika tahu siapa sebenarnya dalang yang menyihir anak sulungnya itu??

Elyna mengeluh kecil. Dia melangkah menuju ke dapur. Peti sejuk dibukanya. Matanya tertumpu ke arah daging mentah yang terletak elok di peti sejuk itu. Terlintas satu idea difikirannya itu.

Terus dia membawa daging mentah itu keluar daripada peti sejuk itu. Dia menoleh memandang ke arah Kausar yang kebetulan duduk berdekatan dengannya.

"Kausar..." Meleret Elyna memanggil. "I nak minta tolong boleh??"

Kausar bingkas bangun daripada tempat duduknya itu lalu menghampiri Elyna. "Nak minta tolong apa??"

Elyna tersenyum lebar. "Boleh tak ajarkan I masak daging masak hitam?? I teringin la"

"Teringin nak makan??"

Laju Elyna menggeleng. "Bukan teringin nak makan. Tapi I teringin nak tengok suami I makan masakan I. Dah lama dia tak makan apa yang I masak"

Kausar tersenyum kelat. "Boleh. Saya boleh ajarkan. Jom kita cari bahan" Tangan Kausar mencapai pisau. "Daging ni kena potong macam ni. Tak besar sangat, tak kecik sangat. Baru la puas nak makan"

Elyna mengangguk faham. "Mehh sini I pula buat" Elyna mencapai pisau itu. Sedang asyik Elyna memotong daging itu, tiba tiba jarinya tertoreh pisau.

"Aduhh"

PILIHAN HATI ENCIK MUDA [COMPLETED]Where stories live. Discover now