✨Bab 2✨

43 2 0
                                    

Amanda tersedar apabila terasa seperti ada sesuatu yang menitis di atas mukanya, perlahan-lahan mata yang terpejam itu terbuka luas "MAKK!" Amanda terkejut menjerit Amanda sebelum terasa mukanya basah

SPLASH!

"Kamu dah kenapa ni Feisya menjerit macam orang nampak hantu je dengan muka pucat macam orang tak cukup darah dah?" soalnya hairan. Amanda memandangnya tajam sebelum menjerit "Mak Jah!!" "Apanya kamu ni rindu sangat ka sampai nak menjerit bila nampak Mak Jah" jawab Mak Jah. "Ish! Tak la Mak Jah dah kenapa pakai macam ni" soal Amanda bila melihat pakaian yang ada di badan Mak Jah itu.

"Apa salah ka Mak Jah pakai macam ni!" jawab nya sambil menunjukkan pakai yang dipakainya itu. "GERAM JE AKU DENGAN BUDAK NI" kata Mak Jah di dalam hatinya.
"Memang lah salah Mak Jah tengok Mak Jah pakai apa sekarang ni! Mak Jah dah kenapa pakai telekung putih waktu-waktu macam ni? Nak kata subuh awal lagi baru pukul 5:05 minit pagi nasib Feisya ni tak ada penyakit jantung tau kalau ada la tadi rasanya dah rebah depan Mak Jah tau" soal Amanda geram. Mak Jah hanya tersenyum "Alah kalau kamu rebah tadi Mak Jah bawa la kamu pergi hospital kan senang" jawabnya. Tergamam Amanda mendengar kata-kata Mak Jah itu.

"Tak now Mak Jah cakap kenapa Mak Jah pakai macam ni?" Soal Amanda lagi. "Ish kamu ni Mak Jah solat la tadi." Terangkat kening Amanda "Hah solat apa pulak? "

"Solat hajat" jawab Mak Jah mudah. "Hajat apa Mak Jah?" Mak Jah sudah tersenyum "Hajat nak kahwin la" terbeliak mata Amanda dengar kata Mak Jah itu "WHAT Mak Jah jangan macam-macam, habis tu Pak Mat Mak Jah nak letak kat mana" "Ish kamu ni bukan Mak Jah nak kahwin tapi kamu."

"Haa kenapa Feisya pulak kena ni" Amanda menggelengkan kepalanya. Mak Jah melihat sahaja perangai Amanda itu.

Dia telah anggap Amanda itu seperti anaknya sendiri. Mak Jah berkerja di banglo mewah milik Dato' Nazri Ahmad iaitu daddy kepada Amanda Nafeisya. Mak Jah mula berkerja sejak Amanda berusia 3 tahun iaitu 24 tahun lepas. Kini Amanda telah pun berusia 27 tahun. Dia sendiri tidak tahu mengapa Amanda hanya tinggal hanya tinggal bersama daddy nya. Bila di tanya dia hanya tersenyum dan diam.

BACK TO STORY

" Ye lah dengan usia kamu ni memang dah sesuai sangat dah untuk mendirikan rumahtangga dan hidup berkeluarga. Tinggal dengan suami ada anak semua tu." Amanda hanya mendengar kata itu sambil menundukkan kepalanya. "Hish Mak Jah dengan daddy sama ja. Tak habis-habis pasal kahwin kahwin kahwin! Malas la macam ni. Baik Feisya naik bilik mandi tidoq lagi bagus. Dah bye assalamualaikum Mak Jah!" Amanda berjalan ke tangga untuk menuju ke kamar beradunya itu sambil mulut nya tak habis-habis berleter "Kahwin kahwin kahwin malas aku, kalau nak sangat kahwin la sendiri".

~~~~~~~~~~

"Morning daddy!" Sapa Amanda ceria bila melihat daddy kesayangan nya itu sedang enak menikmati mee goreng yang digoreng oleh Mak Jah tadi.

"Morning to my princess. Ni princess daddy cantik-cantik ni nak pergi mana hah?" Soal Dato'Nazri apabila melihat anak nya itu bersiap seolah-olah mahu keluar. "Fiesya nak keluar jap jumpa kawan dekat Rest Cafe's " balas Amanda apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut daddy nya itu. "Boleh kan daddy?" Tanya Amanda sambil mengelipkan matanya beberapa kali dan membuat muka comel kot dapat keluar lepas tu extra dapat ampau sikit ja kan best. Amanda tersenyum sendiri.

"Ye la daddy izinkan tapi bawa kereta tu elok-elok sikit. Ingat kamu tu bawak atas jalan raya bukan atas litar" pesan Dato' Nazri kepada anaknya itu, maklumlah si Amanda ni bawak kereta kalah pelumba nombor 1 dunia.
Kalau mereka laju menuju ke penamat tapi si Amanda ni menuju ke alam barzakh.

MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now