✨Bab 1✨

81 4 0
                                    

Setelah beberapa jam berperang didalam bilik pembedahan, seorang doktor muda berjalan keluar menuju ke bilik rehat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah beberapa jam berperang didalam bilik pembedahan, seorang doktor muda berjalan keluar menuju ke bilik rehat. Pintu bilik ditolak dengan perlahan dan duduk di kerusi yang sememangnya ada didalam bilik itu. Bertapa leganya bila dah dapat berehat setelah 5 jam berada di dalam bilik pembedahan itu. Mata yang sememangnya dah penat mula terlelap dan menuju ke alam mimpi tiba-tiba dia disergah oleh seseorang

" baru habis pembedahan ke sis?" Mata yang mula terlelap terbuka luas dengan serta merta"Allahuakbar!" Terkejut bila tiba-tiba disergah begitu "Kau memang tak reti nak bagi salam ke? Ke kau bukan Islam sampai tak boleh bagi salam." Aku mula bengang dah la baru dapat rehat tiba-tiba ada ja yang nak kacau hmm..

"Hahahahah sorry sorry ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DR. Amanda Nafeisya." Salam diberikan olehnya dengan penuh syahdu. Aku menjeling nya dengan perasaan yang geram "WAALAIKUMUSSALAM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DR. Amira Huda." Jawab Amanda dengan penuh kasih sayang kepada sahabatnya itu.

Keadaan antara mereka menjadi sunyi seketika sebelum Amira kembali bersuara"kau ada masalah ka Manda?" Soal Mira kepada Amanda kerana dia melihat sahabatnya yang muram seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Amanda memandang Mira dan perlahan-lahan menggeleng kepalanya sambil tersenyum menandakan dia tidak mempunyai masalah. "Kau jangan nak tipu aku Manda. Aku kenal kau macam mana bila kau ada masalah, kau ada masalah apa pula kali ni hmm?" Soal Mira lagi "Ish betul la aku tak dak masalah kau dah kenapa nak soal banyak kali sangat?"

"Tak la sekarang ni aku tengok muka kau semacam ja selalunya kau la yang paling ceria dengan senyuman kau tu tapi sekarang ni kau macam badmood ja tu yang aku tanya lagi pun muka kau dah macam..." Mira sengaja menggantungkan ayat nya dan memandang ke arah Amanda "macam apa kau jangan macam-macam eh Mira tak pasal-pasal kau keluar dari bilik ni muka kau lebam sebelah kot!" Amanda mula panas hati dengan perangai si Amira ni. Amira mula tersenyum dan menyambung semula ayatnya yang tergantung tadi "macam orang baru mati laki ja Hahahahha" Amira ketawa melihat muka Amanda yang sudah merah itu.

"Kau ni kan memang nak kena ka ha!" Amanda tahan geram dengan sikap sahabatnya itu, namun Amira cuma tersenyum kerana dapat membuatkan Amanda kembali bersuara. "So apa masalah kau sekarang ni ha?" Amanda tersenyum hambar sebelum menjawab "Macam biasa la masalah dengan daddy aku tu. Macam la kau tak kenal perangai dia macam mana?" Jawab Amanda sayu.

Amira mula menggelengkan kepalanya setelah mendengar apa yang di ceritakan oleh sahabatnya itu. "Apa hal pulak kali ni" tanya Mira geram kerana dia tahu sangat perangai daddy Amanda a.k.a. uncle Nazri itu. Dia akan lakukan apa sahaja yang dia nak supaya dia dapat apa yang dia inginkan

Amira tersenyum seketika melihat Amira yang menahan geram itu "Tak ada apa pun cuma daddy aku suruh aku kahwin ja" selamba ja Amanda berkata. "Owh kahwin" jawab Amira sebelum dia tersedar sesuatu "WHAT! KAHWIN!" Amira menjerit kerana terkejut dengan apa yang didengar oleh nya sekarang ni bukan apa dia sendiri tahu yang Amanda paling tak suka kalau berborak pasal lelaki atau kahwin ni

" Daddy kau suruh kahwin dengan sapa pulak dah sekarang ni haa!" Soal Amira lagi "entah la aku pun tak tahu sekarang ni apa yang aku tahu cuma satu ja!" Jawab Amanda "Apa yang kau tahu" Soal Amira yang tidak sabar untuk mendengar apa yang akan dikatakan oleh Amanda. Dia mula tersenyum dan menjawab"Yang aku tahu ialah.... Aku nak balik bye!" Jawab Amanda membuatkan Amira geram dan menjerit "AMANDA NAFEISYA!!" Sebelum Amira menjerit Amanda sempat melarikan diri dari bilik tu. Amanda tersenyum dari luar mendengarkan suara Amira yang begitu nyaring.

~~~~~~~~~~

Amanda meletakkan keretanya pada tempat yang telah sediakan khas kepadanya maklumlah anak perempuan sulung la kata kan.
Amanda melihat jam pada telefonnya "Patut la gelap baru pukul 4:45 pagi. Hai penat la kalau hari-hari macam ni pi kerja pagi balik kerja pun pagi" "Nasib la hari ni cuti bolehlah jugak aku nak tidur sepuasnya" Amanda keluar dari keretanya nya dan mendekati pintu rumah yang besar dan tinggi itu ni kalau tercabut pintu ni mau tak sempat mengucap dah aku rasa hai la daddy apa la yang hebat sangat pintu besar ni dah la barat.

Aku mencari kunci rumah yang bersembunyi di dalam beg aku itu "Mana pulak hang menyorok kunci Oii aku dah la penat hang nak main-main pulak memang pecahkan jugak pintu ni satgi kot" kata Amanda dengan geram "Hai ni la orang kata kalau dah penat tu ada ja yang tak kena ia juga dapat membantu meningkatkan kadar kemarahan" setelah beberapa jam mencari eh bukan-bukan setelah beberapa minit mencari akhirnya aku berjaya menjumpai kunci yang hilang itu. Hahahah ni dah boleh tukar bidang dah ni dari Doktor kepada FBI.

Dengan lafaz Bismillah aku membuka pintu rumah dan melihat di sekeliling yang gelap itu tanpa membuang masa aku terus menuju ke tangga untuk naik ke bilik tidur, tetapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena kerana aku berasa seram sejuk. Aku dapat merasakan ada sesuatu di belakangku, dengan perlahan-lahan aku pusingkan diri dan aku sekali lagi terkejut apa bila melihat sesuatu di belakang aku "Allahuakbar!" Aku terjerit bila melihat apa yang ada di belakang aku sekarang ni. Dan secara tiba-tiba aku merasakan duniaku menjadi gelap dan hitam.

~SORRY KALAU CERITA NI MANGARUT SIKIT BIASA LA BARU NAK BERJINAK DALAM DUNIA PENULIS~


💘 BERSAMBUNG 💘

MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now