✨Bab 14✨

28 1 0
                                    

Amanda berjalan menuju ke ward VIP yang menempatkan Puan Aulia Sofea untuk membuat rawatan susulan kerana Puan Aulia Sofea telah sedarkan diri setelah 2 hari ditidurkan untuk merehatkan jantungnya.

TOK!
TOK!
TOK!

Dia menolak pintu bilik itu dan dia melihat pasangan kembar itu sedang berborak dengan mummy mereka.

"Assalamualaikum! Maaf menganggu, saya cuma nak buat laporan harian tentang keadaan puan" Kata Amanda dengan lemah lembut pakej dengan senyuman manis.

"Waalaikumusalam Dr.! Eh masuk la tak ganggu pun" Kata Nasuha kepada Amanda dan memberi laluan kepada Amanda  untuk menuju ke arah mummy mereka.

Puan Aulia memandang ke arah Amanda lama kerana terdapat satu perasaan yang membuatkan dia memandang Amanda. Amanda yang perasan akan pandangan itu mula risau. 'Dia tak suka ke aku nak rawat dia ni? Puan tolong la jangan buat saya takut' Kata Amanda di dalam hatinya.

"Puan! Puan ok ke, Puan tak suka ke saya nak rawat puan ni, Kalau tak suka saya boleh panggilkan Dr. lain untuk ganti?" Soal Amanda risau dengan keadaan itu. Dia melambaikan tangannya untuk menyedarkan Puan Aulia itu dari lamunannya.

"Ma....maaf maaf saya ok jer kalau Dr. nak rawat saya, saya lagi suka" Kata puan Aulia dengan senyuman. Amanda melihat wanita itu lagi dan dia turut tersenyum. Senyuman dia perlahan-lahan pudar apabila melihat wanita itu seakan-akan ingin menangis. Dia memandang mata wanita itu dan tepat sangkaannya apabila melihat mata itu penuh dengan air mata tinggal nak mengalir sahaja.

"Puan puan ok ke? Kenapa saya tengok puan macam nak nangis je ni, ada sakit dekat mana-mana ke?" Soal Amanda risau. Natasya dan Nasuha yang mendegar tutur kata Amanda terus berlari ke arah mummy mereka.

"Mummy! mummy ok ke ni?" Soal Natasya risau apabila melihat ke arah mummy nya yang cuba untuk menahan air mata dari mengalir. "Ok. Mummy ok jer. Maaf la Dr. teremosi pula tak pasal-pasal buat Dr. tunggu lama." Kata Puan Aulia pula apabila keadaan menjadi sunyi.

"Kalau macam tu saya mulakan rawatan la. Ok puan tolong tarik dan hembus nafas perlahan-lahan" Kata Amanda dan dia meneruskan rawatan yang sehingga selesai.

"Keadaan puan dah ok cuma tekanan darah puan je tinggi sikit. So puan kena jaga emosi jangan terlalu stress, kalau tekanan darah puan dah ok insyaallah lusa puan dah dibenarkan pulang" Jelas Amanda kepada mereka bertiga itu.

KRING!!

Amanda memasukkan tangannya ke dalam poket kot putih itu dan mengambil Iphone miliknya untuk melihat nama pemanggil itu. Dia tersenyum bila melihat nama pemanggil itu.

"Waalaikumusalam yes daddy why?"

"_ _ _"

"Feisya ada dekat ward ada patient ni kenapa?"

"_ _ _"

"Owh lagi 15 minit Feisya turun. So daddy tunggu kejap je tau. Kalau daddy tinggal Feisya, Feisya merajuk dengan daddy seminggu"

"_ _ _"

"HAHAHA ok daddy, Feisya letak dulu bye Assalamualaikum"

"_ _ _"

📴📴

"Saya minta diri dulu la sebab ada urusan lain pulak nak kena buat" Amanda meminta diri untuk keluar. Dia mesti turun ke bawah dengan segera untuk berjumpa dengan daddy nya. kerana hari ini merupakan hari pembukaan REST CAFE'S di hospital ini.

"OWH sebelum saya lupa hari ni ada pembukaan cafe baru dekat lobi utama ada potongan harga so boleh la turun kalau nak beli apa-apa. "Saya gerak dulu" Pintu bilik itu tertutup dengan rapat.

Puan Aulia memandang ke arah pintu itu dengan pandangan sayu. 'Mummy tahu itu kamu Feisya. Mummy tahu sebab semua anak mummy ada tanda lahir yang sapa pada tapak tangan kiri' Puan Aulia berkata di dalam hatinya. Dia perasan akan tanda di tangan Amanda itu semasa Amanda melambai ke arahnya tadi.

Natasya dan Nasuha memandang ke arah mummy mereka yang sedang termenung. "Mummy kenapa ni? Dari Dr. Amanda tu masuk mummy termenung je sampai dia keluar pun mummy masih termenung lagi?" Soal Natasya hairan dengan perubahan mummy mereka.

"Tak ada apa la mummy ok je ni. Kamu tahu ke nama penuh Dr tu tadi?" Tanya Puan Aulia kerana dia ingin tahu betul ke gadis muda tadi itu merupakan anaknya.

"Tak silap Suha nama Dr tadi tu Amanda Nafeisya tapi dia suruh panggil dia Amanda je." Kata Nasuha kepada mummy mereka.

"Nama Dr tadi nak macam nama kita je kan Suha?" Tanya Natasya kepada adik kembarnya itu. "Apa yang samanya mummy tak faham?" Soal Puan Aulia kepada Si kembar itu.

"Ye sama la mummy. Cuma mummy tengok nama kita orang Amani Natasya and Amalin Nasuha, nama Dr. tu pulak Amanda Nafeisya. So kan sama huruf depan nama kami 'A' untuk Amanda,Amani,Amalin 'N' pulak untuk Nafeisya, Natasya and Nasuha. Dah macam adik beradik dah sekarang ni." Jelas Natasya kepada mummy mereka sambil tersenyum.

Puan Aulia yang mendengar itu terkedu sebentar maksudnya betul la gadis itu anaknya yang dia pernah halau 25 tahun dulu. Patut la dia rasa dia pernah melihat wajah itu. Jujur dia katakan wajah Amanda tidak berubah dari kecil sehingga besar tetap sama.

"Mummy larat tak sekarang ni?" Soal Nasuha kepada mummy nya itu "Larat je kenapa Suha tanya?" Puan Aulia hairan dengan anaknya itu yang sedang tersenyum.

"Tadi Suha lalu dekat dobi pastu nampak ada kedai baru nak buka. lepastu kan tadi Dr. Amanda ada kata kedai baru buka tu ada potongan harga so Suha ingat nak singgah la. Lagi pun kedai tu terkenal tau." Kata Nasuha dengan gembira.

"Apa nama kedai tu Suha?" Tanya Natasya pula "REST CAFE'S! alah yang under Dato Nazri Ahmad tu. Yang kau selalu stalk pasal Cafe dia tu" Kata Nasuha. Adoi tiba-tiba jadi bengap pulak Si kakak kembar dia ni.

"OWH Dato Nazri tu! Aku ingat but serius la dia bukak dekat sini?" Soal Natasya gembira apabila dapat tahu Idolanya berada di sini.

Nasuha menganggukkan kepalanya tanda betul. "Kalau mcam tu jom la aku tak sabar nak jumpa dia ni" Kata Natasya lagi dengan gembira.

Puan Aulia yang diam itu terkedu buat kali kedua apabila mendengar nama 'Dato Nazri Ahmad' lelaki yang pernah bertahta di hatinya dan mungkin masih bertahta?

"Mummy nak ikut kita orang tak ni? kalau nak jom la." Kata Nasuha kepada wanita itu. "Boleh juga. Bosan la asyik duduk je dalam bilik ni" Kata Puan Aulia. Itu hanya alasan sebenarnya dia ingin melihat betul ke sangkaan nya yang lelaki itu suaminya yang pernah dia tinggal.

"OK JOM! mummy duduk biar Tasya yang tolak." Kata Natasya sambil menolak kerusi roda itu untuk bergerak masuk ke dalam lif.

~~~~~~~~~~

Mereka keluar dari lif itu dan melihat ramai orang yang sedang berkumpul di hadapan kedai itu. Termasuk juga beberapa orang wartawan yang akan menemu bual Dato Nazri selaku pemilik Cafe ini.

"Wei korang nak tahu tak, aku dengar cerita Dato Nazri tu dia ada anak yang kerja dekat sini sebagai Dr." Mereka terdengar bualan jururawat yang berada di belakang mereka.

"Serius la. Bapak arh untung gila anak dia sebab dapat bapa macam tu." Kata seorang lagi jururawat.

"DATO NAZRI AHMAD AKAN TIBA DALAM TEMPOH 15 MINIT LAGI. SO SEMUA DIMINTA TUNGGU SEBENTAR." Kata seorang pengawal keselamatan itu.

Mereka menunggu ketibaan Dato Nazri Ahmad itu dengan pelbagai perasaan. Ada yang gembira dan ada juga yang takut.

Bersambung






MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now