Haikal berjalan dengan penuh bergaya menuju ke arah Amanda yang baru sahaja bergelar isterinya sebentar tadi. Setelah sampai dia mengambil tempat di atas pelamin bersebelahan dengan Amanda untuk menyarungkan cincin. "HAA! tunggu apa lagi cepat la sarungkan cincin tu. Lambat la kamu ni Haikal" Kata Puan Sri Hana kepada Haikal. Haikal menjeling ke arah mama nya itu.
"Sorry i'm late" Bisik Haikal perlahan kepada Amanda. Amanda yang mendengar itu hanya diam kerana dia nervous duduk dengan jarak yang dekat bersama lelaki. Sebelum ni dia cuma dengan daddy nya sahaja kini dengan orang yang baru sahaja bergelar suami nya itu. Dia dengan perlahan-lahan menghulurkan tangannya kepada Haikal untuk acara pembatalan air sembahyang.
Melihat huluran itu Haikal terus mengambil cincin dan meyarungkan ke jari manis milik isterinya itu. Dia tersenyum apabila gadis itu sedikit bergetar dan juga sejuk. Seterusnya giliran Amanda pula untuk menyarungkan cincin kepada Haikal. Tak pernah dalam hidup seorang Amanda Nafeisya menyentuh lelaki selain Dato NAzri.
Setelah selesai menyarungkan cincin seterusnya dia menarik perlahan kepala Amanda dan mendekatkan bibirnya ke dahi milik isterinya lalu melabuhkan satu ciuman ke atas dahi itu. Badan Amanda terus mengeras apabila Haikal mencium dahi nya. "You are mine now baby" Kata Haikal lalu mengelipkan sebelah matanya kepada Amanda. Merah wajah Amanda keerana malu dengan sikap Haikal.
"Dah jom kita ambil gambar ramai-ramai" Kata Haziq apabila melihat wajah merah milik Amanda itu. Dia tahu mesti abangnya ada kata kan sesuatu kepada Amanda itu sebab dia nak habiskan cepat majlis agar dia dapat apa yang dia nak iaitu mengorek rahsia Amanda. "Pengantin perempuan boleh rapat sikit dengan pengantin lelaki" Arah photographer itu. Haikal terus manarik piggang milik Amanda agar dekat dengannya. Amanda terkejut lalu menjeling ke arah Haikal.
Yang lain hanya tersenyum melihat mereka berdua. Setelah selesai bergambar beramai-ramai, kini photographer meminta pulak agar Haikal dan Amanda kekal di atas pelamin untuk mengambir gambar mereka berdua. Bermacam macam gaya yang di ambil oleh photographer itu. Setelah selesai mereka turun bersama sambil berpeganggan tangan menuju ke arah family mereka. "Daddy" panggil Amanda.
Dato Nazri yang mendengar nama nya di panggil terus memusingkan badannya ke belakang lalu melihat wajah manis milik anaknya itu. Lalu dia memeluk erat badan anak nya itu sambil mengukurkan senyuman paling bahagia. "Besar dah sekarang anak daddy. DAh jadi isteri orang dah pun. Ingat lepas ni Feisya bukan lagi tanggunjawab daddy, tapi tanggungjawab Haikal suami kamu" Nasihat Dato Nazri kepada Amanda. Amanda menganggukkan kepalanya apabila mendengar kata-kata itu.
Kemudia dia pergi pulak ke arah menantunya itu. "Daddy amanahkan kepada kamu untuk jaga dan sayangkan Feisya macam mana kamu jaga dan sayangkan diri kamu Haikal. Andai kata suatu hari nanti kamu dah tak boleh jaga dia, daddy merayu kepada kamu untuk pulangkan dia dengan cara baik. Macam mana daddy serah kan dia macam itu juga nanti kamu serah kan kepada daddy semula." Mengalir air mata seorang ayah apabila menyerah anak perempuan yang dia jaga dari kecil sehingga besar kepada seorang lelaki yang baru sahaja bergelar suami itu.
Haikal tersenyum apabila mendengar apa yang disampaikan oleh bapa mertuanya itu. "Insyaallah Kal janji dengan daddy untuk jaga Feisya dan sayang kan dia macam Haikal jaga dan sayang kan diri Haikal sendiri." Jawab Haikal lalu dia memeluk erat tubuh lelaki itu. Amanda tersenyum memandang ke arah mereka berdua yang sedang berpelukkan itu.
Dari jauh terlihat seorang wanita yang memandang ke arah mereka dengan senyuman.
~~~~~~~~~~
Selesai sahaja majlis akad nikah pagi kini berlansung pula majlis resepsi untuk Haikal dan Amanda. Mereka berdua kini sedang berjalan di atas karpet merah yang membawa mereka menuju ke atas pelamin. Mereka berdua berjalan sambil berpegangan tangan sambil mengukirkan senyuman yang manis kepada semua tetamu yang hadir. Semua tetamu terpegun melihat kecantikan Amanda yang mengenakan baju pengantin berwarna putih yang labuhdan cantik manakala Haikal pula mengenakan Tuxedo berwarna hitam.
Amanda
Haikal
Setelah sampai di pelamin yang terhias cantik mereka berdua duduk di atas dan menjadi perhatian semua orang yang memandang mereka. Majlis ini diadakan bbertujuan meraikan mereka berdua yang baru sahaja bernikah tetamu yang hadir semua dari rakan-rakan kerja Haikal dan Amanda. Ada juga dari kenalan rapat Dato NAzri, Tan Sri Azlan dan Puan Sri Hana. Dalam ramai-ramai yang hadir tumpuan mata Amanda tertumpu kepada meja hujung yang berdekatan dengan pintu keluar dewan itu. Dia tersenyum melihat ke arah mereka.
"Senyum tengok apa tu" Bisik Haikal perlahan kepada Amanda. "Cuba awak tengok meja hujung yang dekat dengan pintu keluar tu" Tunjuk Amanda kepada Haikal. "Itu bukan Puan Aulia tu ke?" Soal Haikal pula apabila melihat mereka. "HAA saya jemput dia orang. By the way bukan Puan Aulia but mummy." Tegas Amanda. Haikal hanya diam memandang ke arah mereka.
~~~~~~~~~~
Amanda berjalan ke arah meja yang di duduk oleh Puan Aulia dan Si kembar itu. "Congratulations! Selamat Pengantin Baru akak" Amanda tersenyum mendengar ucapan itu. "Thanks Nasuha! and thanks juga sebab sudi datang hari ni" Kata Amanda kepada mereka bertiga. "Mesti lah kena datang bukan senang nak dapat jemputan majlis orang-orang kaya ni" Natasya menjawab apa yang di katakan oleh Amanda. "Betul kata Tasya! kita orang rasa macam beruntung sebab dapat jumpa dengan akak. Sekurang-kurangnya kita orang dapat la merasa duduk dalam majlis orang kaya macam ni" Kata Nasuha setuju dengan kata-kata kakak kembarnya itu.
"Apa kata macam tu!" Marah Amanda kepada Natasya dan Nasuha. Mereka berdua tersenyum "Betul la apa yang kami cakap." Amanda menggeleng kepala melihat mereka berdua. Matanya mencari kelibat seseorang tetapi tidak jumpa. "Akak cari mummy ke" Soal Natasya kepada Amanda. Dia perasan akan Amanda yang seakan-akan mencari seseorang.
"Hmm mana mummy akak tak nampak pun?" Amanda memandang ke arah mereka berdua. "Owh! mummy pergi tandas tadi tu yang tak ada tu" Kata Nasuha kepada Amanda. Amanda hanya menganggukkan kepala. "NI akak Abang Haikal mana? kita orang tak nampak pun" Soal Nasuha sambil matanya ligat mencari kelibat penganti lelaki itu. "Haikal dia pergi jumpa kawan-kawan dia tu. Biasa la banyak kawan tu yang buzy sangat tu" Kata Amanda lagi dengan wajah yang malas.
"NI korang ok ke akak dah nak kena pergi deakat sana nak jumpa kawan jap" Amanda berkata kepada mereka. Dia perlu jumpa dengan Amira karana ada hal yang perlu di bincang kan bersama dengan sahabat nya itu. "Kita orang ok je" Mendengar balasan itu Amanda terus berjalan meninggalkan mereka berdua.
"BEB kau ada daddy aku tak? dari tadi lagi tak nampak" Tanya Amanda kepada Amira yang sedang makan d meja itu. "Tak tahu la tapi rasanya pergi tandas kot" Kata Amira kemudian dia menyambung semula aktiviti yang tergendala itu. Kacau la orang nak makan!
Amanda memandang sekeliling mancari daddynya itu.
Bersambung
YOU ARE READING
MRS: HAIKAL AIMAN
RomantikAMANDA NAFEISYA Mengisahkan tentang hidup seorang wanita bernama AMANDA NAFEISYA yang tinggal berdua bersama ayahnya setelah ditinggalkan oleh ibunya sendiri dan mesra dengan ramai orang tetapi tidak dengan HAIKAL AIMAN... HAIKAL AIMAN Seorang jeja...