"Tasya nampak ada salinan surat lahir." Terang Natasya kepada mereka yang memandang nya.
"Tapi bukan nama Tasya dan Suha but nama yang ada dalam surat tu AIMI NADHIRAH BINTI ABDULLAH." Kata-kata yang dilontarkan oleh Natasya mampu membuatkan dunia Puan Aulia mahupun Dato' Nazri berhenti.
Serius sahaj raut wajah Amanda sekarang ini. Dia memandang semula ke arah Aimi yang masih lagi mengalirkan air mata kecewa.
"Why? Why daddy sangup buat macam ni. Kalau Aimi tak siasat sendiri benda ni rasanya sampai mati pun daddy tak akan bagi tahu perkara sebenar kan?" Dengan penuh kecewa Aimi menyoal kepada Dato' Nazri
"Daddy tak tahu apa-apa. Lepas je malam kejadian tu daddy terus lari dari semua orang. Jujur daddy cakap daddy tak tahu apa-apa pun." Jujur Dato' Nazri seketika kemudian dia terus memusingkan kepalanya kepada Puan Aulia.
Natasya yang perasan itu memandang tepat kearah mummy nya" So maksudnya hanya mummy je yang tahu apa yang berlaku selama ini." Nasuha yang hanya diam dari tadi kini bersuara. Amanda tersenyum mendengar kata Nasuha. Bijak. Benar hanya Puan Aulia yang tahu kebenarannya.
bukan sahaja Amanda tetapi Natasya turut tersenyum dengan kata-kata Nasuha. Adik sapa la yang pandai sangat ni.
"Right, Now tell us apa yang pernah terjadi dahulu because only you know the truth." Desak Amanda. Kini dia berdiri benar-benar di hadapan Puan Aulia. Haikal yang melihat isterinya sudah berada di hadapan Puan Aulia terus dengan pantas menarik tangan isterinya untuk duduk semula.
Dah la isterinya sekarang bukan sihat sepenuhnya. Baru sahaja isterinya demam kerana kejadian pagi tadi.
Puan Aulia yang hanya berdiam mula bersuara "30 tahun lepas." Mereka hanya berdiam untuk membiarkan Puan Aulia kembali bersuara.
"Kitaorang kena perangkap dengan kawan kitaorang sendiri. Malam tu ada party semua happy sebab dah habis belajar dekat U" "Tanpa semua orang sedar ada seorang yang ada niat tak baik pada malam tu"
"Mummy tak ingat apa yang terjadi malam tu and mummy hanya ingat, mummy sedar terus ada dalam bilik hotel. Dan yang paling mummy terkejut your daddy ada sekali sebelah mummy yang masih lagi tertidur." Jatuh air matanya apabila terkenang semula apa yang terjadi.
"Mummy takut sangat masa tu. Lagi menakutkan bila perasan yang keadaan kami yang hanya dilindungi dengan comforter." Cerita Puan Aulia kepada mereka semua.
"So apa terjadi lepas tu?" Soal Natasya. Kini hanya dia dan juga Amanda sahaja yang bersuara. Haikal dan Nasuha hanya diam tidak berkata apa. Dia faham mengapa Haikal tidak meyampuk ini kerana masih baru dalam keluar ini dan memberikan ruang kepada mereka untuk selesaikan masalah family mereka.
Manakala Nasuha pula memang jenis spesis pendiam dan takut. Tetapi bila dia dah mai dengan mood gila dia rasa macam nak campak je keluar planet.
"Mummy keluar je dari tandas, mummy tengok katil dah kosong" Sayu Puan Aulia berkata. Jujur dia katakan bahawa dia benar-benar terkilan dengan sikap Dato' Nazri ketika itu.
"Hilang?" Amanda memandang semula Dato' Nazri untuk menantikan jawapan dari mulut daddynya sendiri. Namun hampa kerana dia hanya berdiam tanpa menjawab.
"Hilang? Lari dari tanggunjawab. Sedap-sedap buat and lepastu blah macam tu je! Daddy sedar tak disebabkan tindakan yang bodoh daddy tu, daddy dah menyusahkan hidup seorang perempuan untuk tanggung malu sendiri sedangkan benda ni terjadi sebab daddy!And disebabkan tidakan bodoh tu juga daddy tak sedar dengan kewujudan anak dari hasil malam tu!" Dengan penuh lantang Natasya bersuara. Amanda memandang penuh kagum dengan adiknya itu. ADIK! Tergeleng Amanda tiba-tiba ada adik pula.
"Why? kenapa daddy lari dari semua ni? Daddy sedar tak dengan tindakan lari ni seolah-oleh daddy dah mempurjudikan hidup seorang AIMI NADHIRAH. Orang lain lahir je jumpa ibu pada diaorang but bukan bagi kak Aimi. Di besarkan dekat rumah anak yatim sedangkan parents hidup lagi. Bukan itu je tapi dia juga kena cari sendiri maklumat tentang hidup dia."
"Now Feisya tak minta banyak cuma satu je. Kenapa daddy lari masa tu?" Kini tiba pula giliran Amanda untuk mendesak Dato' Nazri untuk mendedahkan kebenaran. Hanya dia dan Tasya je mampu bersuara. Manakala Aimi hanya diam dan melihat semua yang dilakukan oleh adik-adiknya.
"Dad....daddy ter....paksa lari masa tu. Sebab.....Sebab kalau orang luar tahu malu keluarga sebab arwah atok dulu kan orang yang berpengaruh. Daddy tinggal dekat UK lebih kurang dua tahun and daddy balik semula ke Malaysia untuk cari mummy. Lepas je jumpa kami terus kahwin." Jelas Dato' Nazri kepada semua. Amanda dan Natasya terdiam apabila mendengar.
"Dalam kes dia....dua-dua orang salah hiks" Aimi yang sudah lama diam kini bersuara. Namun suaranya seakan menagis.
"Daddy lari dari tanggunjawab sebab malu orang pandang serong dekat your family ....hisk ...hisk...and you my mummy sanggup hantar....anak yang dikandung selama 9 bulan ke rumah anak yatim...hisk...hisk " Sudah tidak mampu untuk menahan air mata akhirnya empangan yang dijaga kini sudah roboh.
"Apa dosa Aimi dakat mummy dengan daddy sampai mummy dengan daddy SANGGUP BUAT AIMI MACAM NI!!! KALAU KEHADIRAN AIMI NI SATU MASALAH KENAPA TAK GUGURKAN JE AKU MASA MENGANDUNG DULU!!" Jerit Aimi dengan kuat. Kesabaran yang cuba dipupuk akhirnya roboh di hadapan Ibu Bapa kandungnya sendiri.
"Aimi minta maaf kalau kehadiran Aimi ini dah jadi satu masalah dalam keluarga ni. Hiks... hiks... Jangan risau sebab..... Hari ni Aimi akan keluar sendiri dari rumah ni. Daddy tak perlu susah-susah nak suruh Aimi keluar sebab Aimi akan keluar sendiri." Kata-Kata yang keluar dari mulut Aimi membuatkan dia menjadi takut.
Sudah lama mereka berpecah dan sekarang sepatutnya mereka happy tetapi lain pula yang terjadi apabila satu kejadian terbongkar.
"No no no Aimi tak boleh keluar dari sini. Tak boleh tinggalkan daddy. Tak boleh tinggalkan Feisya" Rayu Dato' NAzri kerana dia tidak sanggup untuk kehilangan lagi seorang anaknya. Cukup la apa yang berlaku 25 tahun lepas dia sudah terpisan dengan 2 orang anaknya.
"Aimi tolonglah mummy merayu jangan macam ni" Kini Puan Aulia pula merayu kepada Aimi.
"Aimi minta maaf"seusai berkata dia terus memusingkan badan untuk keluar dari rumah ini namun hanya beberapa tapak dia dengar suara daddy yang memanggilnya namun semakin lama suara itu semakin perlahan sebelum kedengaran suara Amanda pula menjerit.
"Aimi stop... Ai..ai...mi...stop" Panggil Dato' Nazri sebelum
BUK!
Tubuh itu rebah di atas lantai dengan sebelah tangan memegang dadanya.
"DADDY!" panggil Amanda, Natasya dan Nasuha serentak namun hampa apabila tiada sebarang respon. Amanda memandang ke arah pintu yang baru sahaja Aimi melangkah untuk keluar.
"Daddy bangun la jangan buat Feisya macam ni" Nangis Amanda.
"KIta bawa daddy pergi hospital" Terus Haikal mengangkat tubuh ayah mertuanya untuk masuk ke dalam kereta Audi R8 miliknya.
"Jom" Apabila melihat suaminya sudah masuk ke dalam kereta kemudian dia mengajak mummy dan adik-adiknya untuk naik kereta bersamanya. Masuk sahaja ke dalam terus kereta Mercedes-Benz AMG A45 milik nya membelah jalan untuk ke hospital.
Bersambung
YOU ARE READING
MRS: HAIKAL AIMAN
RomanceAMANDA NAFEISYA Mengisahkan tentang hidup seorang wanita bernama AMANDA NAFEISYA yang tinggal berdua bersama ayahnya setelah ditinggalkan oleh ibunya sendiri dan mesra dengan ramai orang tetapi tidak dengan HAIKAL AIMAN... HAIKAL AIMAN Seorang jeja...