✨ BAB 27✨

24 2 0
                                    

KRING! KRING! KRING!

Natasya terjaga dari lenanya yang panjang apabila jam di Iphone berbunyi. Dia melihat screen Iphone miliknya dan melepaskan satu keluhan.

Dah pukul 5:30 pagi dia perlu bangun kerana hari ini dia mempunyai kelas pada awal pagi iaitu pada pukul 8 pagi.

Dia bangun dan mencapai tuala yang tergantung di biliknya lalu melangkah ke arah pintu bilik untuk menuju ke bilik mandi.

Sebelum sampai ke bilik mandi dia mengetuk pintu bilik tidur adiknya iaitu Nasuha.

TOK! TOK! TOK!

Setelah mengetuk pintu sebanyak 3 kali tetapi masih tiada respon, dia terus menolak pintu bilik itu dan melihat adiknya masih lagi tidur dan dibaluti selimut tebal tahu la semalam hujan HAISH LA.

Dia berjalan ke arah Nasuha yang masih tidur itu.

"Suha bangun dah pukul berapa ni, karang lambat susah pulak" Kata Natasya sambil menepuk bahu adiknya itu.

"Hmmm dah pukul berapa ni?" Soal Nasuha sambil menggosok matanya untuk menghalau rasa ngantuk.

"Dah pukul 5:30 dah pun. Dah bangun mandi aku nak tengok mummy" Arah Natasya kepada adiknya.

"Ish mengantuknya aku..." Seloroh Nasuha perlahan tetapi masih dapat didengar oleh telinga Natasya.

"Mengantuk sangat gaya kau ni. Kau tidur pukul berapa semalam haa?" Tanya Natasya kepada Nasuha. Bukan dia tidak tahu yang adiknya itu tidur lewat sebab layan K-Drama dia je.

Mendengar soalan si kakak terus Nasuha tersenyum sehingga menampakkan gigi yang tersusun cantik. "Heheheh 3 pagi" Jawab Nasuha lalu tersenyum. Natasya menggelengkan kepalanya melihat si adiknya itu.

"Dah bangun kalau lambat banyak kereta nanti. Dah la aku ada kelas awal pagi hari ni." Arah Natasya kepada Nasuha untuk bangun

"Ye laa aku nak bangun la ni." Jawab Nasuha lalu bangun dari tidur nya.

~~~~~~~~~~~~~~~~

"Mummy" panggil Natasya "mummy ok tak ni hmm?" Soal Natasya apabila melihat ibunya kalut menyimpan sesuatu di dalam almari baju.

"O...okey je. Ni kenapa masuk tak ketuk dulu pintu balik mummy?" Soal Puan Aulia kepada anak gadis nya itu dengan nada sedikit cemas.

"EH SORRY! Tasya dah ketuk kot mummy je yang tak dengar" Kata Natasya kepada mummy nya.

"Mummy simpan apa tadi?" Soal Natasya kepada Puan Aulia. "Tak ada apa lah. Dah mummy nak pergi dapur kejap" Setelah berkata begitu Puan Aulia terus melangkah keluar dari bilik.

Natasya melihat tindak-tinduk mummy nya yang seolah-oleh mahu melarikan diri dari menjawab soalan nya. Dia bangun dan berjalan ke almari baju yang Puan Aulia gunakan tadi.

Dia membuka pintu almari itu dan dia melihat ada sebuah buku yang tidak pernah beliau nampak selama ini. Tanpa berkata-kata dia terus mengambil buku tersebut dan membaca apa isi yang terkandung di dalam buku itu.

Diari!

Itu merupakan diari milik mummy nya. Pada muka surat pertama diari itu ada sekeping gambar yang dilekatkan. Berkerut dahinya apabila melihat gambar itu. Terdapat wajah seorang lelaki yang sedang mendukung seorang bayi perempuan dan seorang wanita.

Masing-masing tersenyum gembira. Lengkap! Seolah-olah sebuah keluarga yang bahagia. Dia kenal wajah wanita itu. Kenal, kenal sangat.

Ia merupakan mummy mereka tetapi siapa lelaki dan bayi perempuan yang ada di dalam gambar itu. Siapa mereka yang sebenar.

Helaian sebelah di baca sebelum perlahan-lahan air mata nya mengalir "Tak...tak mungkin" Natasya menggelengkan kepalanya tanda bahawa beliau tidak percaya apa yang dibacanya.

~~~~~~~~~~~

Natasya berjalan laju menuju ke dapur dengan memegang buku diari milik mummy.

"Ap...apa benda ni mummy?" Soal Natasya dengan suara serak kerana menangis. Puan Aulia terdiam apa bila melihat diari miliknya kini berada di dalam genggaman anak perempuan dia.

"Siapa benarkah kamu sentuh barang mummy tanpa kebenaran mummy Amani Natasya?" Marah Puan Aulia kepada Natasya.

" Tak sekarang ni mummy jawab dulu soalan Tasya apa benda ni mummy?" Puan Aulia terdiam apabila disoal dengan soalan begitu.

"JAWAB LA!" Marah Natasya kepada mummy nya. "Jangan nak jadi biadap dengan mummy Amani Natasya. Sedar sikit dengan sapa kamu tengah cakap sekarang ni. I am your mother!" Kata Puan Aulia dengan nada tertahan.

"Tasya." Panggil Nasuha apabila melihat keadaan kembarnya yang sedang dalam keadaan marah.

"Tasya rasa kalau Tasya tak masuk bilik mummy and baca diari tu, Tasya rasa sampai bila-bila pun mummy tak akan bagitau semua benda ni kan?" Sinis Natasya kepada mummy nya itu.

"Sebab apa?" soalnya dengan penuh sinis. "Sebab kita orang ni tak penting pun bagi mummy kan?" Kata Natasya kepada mummy nya.

"Mummy tak ada niat pun nak rahsiakan semua ni dari kamu berdua tapi..." Terdiam seketika Puan Aulia sebelum beliau menyambung kata-katanya itu. "Mummy perlukan masa yang sesuai untuk bagi tahu korang. Mummy minta maaf sangat-sangat." Pinta Puan Aulia kepada keduan orang anaknya itu.

"Kejap Suha tak faham apa yang jadi ni sebenarnya mummy? Tasya?" Tanya Nasuha. Sumpah dia benar-benar tidak faham dengan apa yang terjadi. Namun hampa kerana soalannya tidak dijawab oleh mereka berdua malah Natasya hanya tersenyum apabila melihat mummy nya diam begitu.

"Nazri Ahmad Bin Kamarulzaman"

"Amanda Nafeisya Binti Nazri Ahmad"

"Amani Natasya Binti Nazri Ahmad"

"Amalin Nasuha Binti Nazri Ahmad"

Satu persatu nama-nama yang terdapat di dalam diari itu disebut oleh Natasya. Manakala Nasuha terdiam apabila mendengar nama yang disebut oleh kembarnya itu. 'Nazri Ahmad Kamarulzaman, Amanda Nafeisya Nazri Ahmad' Nama orang yang dia kenal. Malah tersangat kenal.

"Now mummy bagi tahu kita orang betul ke apa yang Tasya baca ni mummy" Rayu Natasya kepada Puan Aulia. "BAGI TAHU LA MUMMY!" Marah Nasuha. Sekarang dia faham apa yang membuat kan kembarnya marah begini.

"mum...mummy minta maaf sangat-sangat. Mummy tahu mummy salah sebab rahsiakan dari korang tentang hal ni. Ada sebab kenapa mummy tak nak korang tahu." Dengan perlahan Puan Aulia berkata kepada mereka berdua.

"Jadi betul la Dr Amanda tu kakak kita orang and Dato' Nazri tu daddy yang kita orang cari selama ni." Nasuha memandang tepat ke anak mata milik mummy nya itu untuk mencari kebenaran.

Apa bila melihat mata itu berkaca maka tahu lah beliau apa yang dikatakan itu benar. "Why mummy? Why? Kenapa mummy rahsia kan benda ni dari kita orang semua?" Dia benar-benar ingin tahu kenapa mummy nya sanggup berahsia.

"Mummy takut...." Terdiam Nasuha mahu pun Natasya yang mendengar. "Mummy takut kalau kalau korang tahu, korang akan benci mummy juga seperti daddy benci mummy."

"Disebabkan tindakan bodoh mummy dulu, I lost my daughter and my husband" Kata Puan Aulia lagi.

Menyesal?

Yes dia sememangnya menyesal dengan apa yang terjadi.

"Apa yang terjadi 25 tahun lepas mummy? Tolong la bagi tahu kita orang" Soal Natasya

Puan Aulia terdiam sebelum satu senyuman nipis muncul di wajahnya.












Bersambung


MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now