✨Bab 28✨

26 2 0
                                    

25 TAHUN LEPAS

"Jemput minum" Pelawa Aulia kepada tetamunya atau lebih dikenali sebagai Rahman. Rahman merupakan kawan baik suaminya iaitu Nazri 

"Buat susah awak je nak buat air bagai" Kata Ramhan mesra kepada isteri kawan baiknya itu. "Alah tak susah apa pun" jawab Aulia pula.

"Hmm Aulia Nazri  dengan Amanda mana? Saya tak nampak dia orang pun" Soal nya apabila kelibat rakannya serta anak perempuan mereka itu tidak kelihatan. "Owh Nazri keluar pergi Cafe kejap. Katanya nak jumpa kawan. Amanda mana lagi ikut daddy dia la. Mana boleh nak berpisah" JAwab Aulia masih lagi dengan senyuman

Rahman yang mendengar itu tersenyum gembira. Akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. 'Padan muka kau Nazri, Kalau aku tak dapat Aulia, kau pun tak kan dapat kan dia.'

 "Jumpa kawan ke jumpa skandal?" Soal Rahman kepada Aulia. Berkerut dahi Aulia yang mendengar itu. "Apa yang awak cakap ni Rahman saya tak faham?" Rahman yang mendengar itu tersenyum. Frist step

"Saya kesian sangat dekat awak Aulia. Lagi pun Awak baru ja bersalin tapi saya terpaksa bagi tahu semua perkara dekat awak. Sebenarnya Nazri......" Rahman sengaja membiarkan ayat nya tergantung kerana dia ingin melihat reaksi wanita idaman nya itu.

"Awak bagi tahu saya Nazri apa Rahman. Jangan buat saya tertunggu macam ni." Desak Aulia kepada RAhman. "Saya tak tahu nak cakap macam man tapi awak tengok la sendiri apa yang saya nak tunjuk" Rahman memberikan sebuah sampul kepada AUlia

Tanpa teragak-agak Aulia mengambil sampul itu dan melihat isi yang terkandung di dalam sampul itu. Terketar-ketar tangan Aulia melihat gambar suaminya bersama seorang perempuan di sebuah butik perkahwinan.

Kedudukan mereka sangat intim dan rapat. Tanpa berkata apa-apa air mata Aulia mengalir melihat gambar itu. "Saya dapat gambar tu pun sebab ada orang bagi tapi...."

Rahman mengeluarkan telefon milik beliau dan menunjuk kan satu lagi gambar yang mampu memusnahkan seorang wanita bernama Aulia Sofea Suhaimi.

"Saya  ternampak dia orang tengah beli cincin dekat mall tadi. Saya ingat dia nak beli untuk awak tapi sangkaan  saya salah sebab saya nampak dia bagi cincin tu dekat perempuan tu."

"Lepas je dia orang keluar dari kedai cincin tu saya terus ikut mana dia orang pergi. Saya nampak dia orang masuk kedai makan dah macam satu keluarga bahagia ada lelaki ada perempuan and ada pulak Amanda. Dah jadi macam anak dia orang saya nampak."

"Awak tengok Gambar ni" Rahman terus menyimbahkan minyak di dalam api apa bila dia menunjuk satu lagi gambar yang Nazri sedang mengelap bibir perempuan itu dengan tisu. Wajah mereka sangat gembira. 

Bukan mereka sahaja malah anak perempuannya iaitu Amanda turut tersenyum gembira. Benar kata Rahman seumpama keluarga bahagia.

"Sampai hati Nazri buat saya macam ni. Apa kurangnya saya sampai dia kena cari perempuan lain." Kata Aulia sambil menagis.

"Dia cakap dekat saya yang dia setia la apa la. Hakikatnya pasang kayu tiga. kononnya pergi jumpa kawan la apa la last-last pergi jumpa skandal rupanya." Kata Aulia lagi dengan suara serak akibat menangis.

"Arh Aulia sebenarnya saya tak boleh lama dekat sini, saya ada urusan lain. Jadi saya minta diri dulu la ye" Setelah berkata begitu beliau terus melangkah keluar dari rumah semi-D

'Kali ni aku pasti akan menang Nazri'

~~~~~~~~~~

"ASSALAMUALAIKUM MUMMY!" Ceria sahaja wajah Anaknya iaitu Amanda Nafeisya memberi salam. "Waalaikumusalam anak mummy dah balik seronok keluar tadi?" Soal nya kepada anak gadisnya itu.

MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now