Natasya dan Nasuha masing-masing terdiam apabila mendengar apa yang di ceritakan oleh mummy mereka. Kejam. Itu sahaja perkataan yang boleh dikatakan.
"Kenapa.....Kenapa mummy buat macam tu? Mummy tahu tak mummy kejam. Kejap pisahkan kita orang dengan daddy dan kakak kita orang sendiri. Yang lebih kejam mummy sanggup halau suami dan anak sendiri" Kata-kata Nasuha ibarat batu yang menghempap dirinya.
"Apa jadi dengan laki tu lepas mummy dan daddy berpisah?" Soal Nasuha kepada Puan Aulia. Dia ingi tahu adakah lelaki itu masih hidup atau sudah mati. Disebabkan Sifat tidak berpuas hati, keluarganya yang menjadi mangsa.
"Mummy pun tak tahu apa dah jadi dengan Rahman. Lepas kejadian tu dia menghilangkan diri. Mummy ada juga cuba cari dia tapi tak jumpa. " Sayu suara milik Aulia menjawab soalan anaknya itu.
"Mummy cari laki tu but, mummy ada cari daddy?" Sinis Suara Natasya kendengaran di telinga Nasuha mahu pun Puan Aulia. Mendengar itu Puan Aulia hanya mampu mengelengkan kepalanya.
Kedengaran suara ketawa milik Natasya di ruang dapur itu. " Mummy sepatutnya cari daddy dengan kakak bukan cari jantan tak guna tu." Marah Natasya kepada mummy nya.
"Mummy takut untuk jumpa daddy dengan Feisya. Takut dia orang akan bertambah benci dengan mummy. Bukan tu je tapi mummy malu untuk jumpa daddy sebab dulu mummy yang halau daddy and sekarang mummy yang datang cari daddy balik." Benar dia malu untuk berjumpa mereka berdua disebabkan kebodohan yang dia pernah lakukan 25 tahun lepas.
"Mummy lebih pentingkan perasaan malu mummy daripada perasaan suami dan anak-anak mummy sendiri." Jelas nada suara Nasuha berjauh hati dengan tindakan mummy mereka yang seolah jelas tidak matang.
"Dah la ikut mummy la. Apa yang Tasya tahu, Tasya nak pergi jumpa daddy dengan Kakak" Setelah berkata Natasya terus berjalan untuk keluar dari dapur. Dia perlu keluar untuk mencari daddy dan juga kakaknya. Cukup la apa yang dah jadi 25 tahun lepas dah pisahkan dia dengan orang yang dia sayang.
"Suha ikut Tasya nak cari daddy. Mummy kalau nak ikut jom la, tapi kalau mummy tak nak suka hati mummy la." Nasuha terus mengikut langkah kakak nya untuk keluar dari dapur dan meninggalkan Puan Aulia keseorangan
~~~~~~~~~~~~
"Suha jom!" Panggil Natasya
"Kau tak masuk kelas ke hari ni?" Soal Nasuha kepada kembarnya itu. Natasya menggeleng
"Tak. Ada benda lagi penting yang aku nak buat hari ni" Kata Natasya dengan dingin. lalu dia melangkah ke arah kereta miliknya.
Nasuha yang baru sahaja ingin keluar tetapi terhenti apa bila mendengar suara milik mummy nya.
"Mummy ikut." Dengan penuh Yakin Puan Aulia berkata kepada Nasuha. Sekarang ialah masa yang sesuai untuk dia berjumpa dengan anak dan suaminya.
"Betul mummy nak ikut kita orang?" Soal NAsuha lagi untuk mencari kejujuran dalam berkata-kata. "Ye mummy nak ikut sebab mummy rasa sekarang ni masa yang sesuai untuk mummy ubah semula jalan cerita ni. Mummy dah tak nak orang bencikan mummy" Dengan tersenyum Puan Aulia berkata.
"Okey jom nanti lambat." Panggil Natasya. Sebenarnya dia dengar apa yang dikatakan oleh mummy dia sebentar tadi. Dia hanya mampu tersenyum.
Mereka masuk ke dalam kereta milik Natasya lalu dengan perlahan-lahan kereta Ativa berwarna merah itu membelah jalan.
~~~~~~~~~~~~
Sudah seminggu Amanda dan Haikal berkahwin, Kini mereka berada di banglo milik Dato' Nazri kerana masing-masing masih lagi dalam mood bercuti. Kini Amanda dalam perjalanan untuk menuju ke bilik tidurnya bersama suaminya Haikal.
"Awak" Kejut Amanda apabila melihat suaminya yang masih lagi tidur. Habis sahaja solat subuh Amanda telah meminta izin untuk turun ke bawah kerana dia perlu menyediakan sarapan pagi kepada 2 orang lelaki yang dia sayang.
"Haikal bangun la dan pukul berapa ni. Nanti lama pula daddy tunggu dekat bawah tu. Kesian la dekat daddy" Kejut Amanda lagi. Apabila mendengar suara lembut milik isterinya dengan perlahan-lahan matanya terbuka.
Tersenyum Haikal apabila buka sahaja mata dia terus di hidangkan dengan wajah cantik manis milik permaisuri hatinya. "Morning sayang" Kata Haikal lalu dengan pantas satu ciuman hinggap di pipi putih mulus milk Amanda.
CUP
Terkaku sebentar Amanda apa bila terasa ada sesuatu yang baru sahaja mendarat di pipi miliknya. Terasa kini wajah miliknya jelas kemerahan kerana malu.
"Kenapa muka merah-merah ni sayang" Usik Haikal lagi. Dia suka apa bila melihat wajah kemerahan milik isterinya. Wajah kemerahan itu cukup membuatkan Haikal bertambah jatuh cinta kepada Amanda.
"Dah la pergi mandi sana dah la busuk" Halau Amanda sambil kedua jarinya diangkat lalu mengepit hidung tanda busuk.
"Busuk konon sedangkan semalam bukan main lagi peluk sampai tak nak lepas." Sinis Haikal berkata kepada Amanda. Mendengar kata-kata itu wajah Amanda bertambah merah apabila mengingatkan apa yang terjadi semalam. Semalam dia telah menlaksanakan tanggunjawab sebagai seorang isteri kepada suami yang sebenarnya.
"Dah la saya nak turun bawah jumpa daddy lagi bagus" Rajuk Amanda dengan Haikal. Haikal yang mendegar itu ketawa. "Tunggu aku sayang kita turun sekali" Kata Haikal lalu dia terus masuk ke dalam bilik mandi.
Tergeleng kepala Amanda melihat tingkah- laku suaminya itu. Kaki Amanda terus melangkah menuju ruang wardrobe untuk memilih pakaian suaminya.
~~~~~~~~~~
Amanda dan Haikal bersama-sama jalan menurun tangga sambil berpegang tangan. Mereka bersama-sama menuju ke dapur.
"Morning daddy" Sapa Amanda kemudian dia menghadiahkan satu ciuman di pipi Dato'Nazri. "Morning my princess" Sapa Dato'Nazri pula kepada anak perempuannya itu.
"Awal kamu sediakan sarapan sekali dengan hidangkan pula tu?" Hairan Dato' Nazri selalunya jika dia turun semestinya belum siap dihidangkan.
"Memang la cepat sebab Mak Jah yang tolong Hidangkan. Feisya tolong masakan je, selebihnya Mak Jah yang buat." Jelas Amanda. Pagi tadi dia ingin turun untuk siapkan sarapan kemudia dia terserempak dengan Mak Jah. Maklumlah Mak Jah dah lama cuti dan Hari ni baru mula bekerja.
"Daddy tak bagitahu pun yang Mak Jah dah start kerja hari ni." Kata Amanda. Sampai hati tak bagi tahu dia, Dia boleh merajuk tau.
"Daddy lupa nak bagi tahu dah jom kita makan" Pantas Dato' Nazri membalas. Karang kalau lambat merajuk pulak tuan puteri kesayangan nya ini.
TING TONG
TING TONG
TING TONGBaru sahaja mereka ingin makan tetapi tiba-tiba kedengaran loceng rumah banglo itu berbunyi.
"Sapa pula yang datang pagi-pagi ni?" Soal Dato Nazri hairan. Jarang sekali mereka mempunyai tetamu pada awal pagi sebegini. Amanda terus bangun untuk ke pintu utama rumah banglo itu, namun dengan pantas Mak Jah mengalang.
"Eh Tak pe kamu duduk je biar Mak Jah yang tengokkan" Kata Mak Jah kemudian dia terus berjalan ke pintu rumah itu.
Buka sahaja pintu dia terlihat orang yang tidak pernah dia lihat sepanjang bekerja di sini.
"Ye nak cari siapa?"
Bersambung
YOU ARE READING
MRS: HAIKAL AIMAN
RomanceAMANDA NAFEISYA Mengisahkan tentang hidup seorang wanita bernama AMANDA NAFEISYA yang tinggal berdua bersama ayahnya setelah ditinggalkan oleh ibunya sendiri dan mesra dengan ramai orang tetapi tidak dengan HAIKAL AIMAN... HAIKAL AIMAN Seorang jeja...