✨Bab 7✨

32 2 0
                                    


Amanda berdiri di hadapan kolam itu sambil mendongak kan kepada nya memandang cahaya bulan pada malam itu. Dia menarik nafas dan menghembuskan nafas perlahan-lahan untuk memenangkan perasaannya sekarang ini.

Dalam tengah menenangkan diri dia disapa oleh seorang dari belakang "Kau ok tak ni Amanda?" Amanda yang kenal dengan suara itu hanya diam sahaja. Dia takut jika menjawab air matanya kembali mengalir jadi dia membuat keputusan untuk diam sahaja.

"Kau ada sorok someting dari aku kan Amanda?" Tanya Haziq lagi "aku mana ada sorok apa pun dari kau" Amanda menjawab tetapi masih tidak memandang ke arahnya. "Jangan tipu Amanda, aku kenal kau dah lama dah Amanda. Bukan 5 hari bukan 5 bulan but 5 TAHUN Amanda so aku tahu bila kau sedih, bila kau ada masalah. Better kau bagi tahu aku sebab apa kau nagis dekat hospital tadi" tanya Haziq dengan nada tertahan.

Melihatkan Amanda masih dalam keadaan begitu membuatkannya geram "Kau bagi tahu aku sebab apa senang. Aku mungkin boleh tolong kau, kalau aku tak boleh Mira kan ada dia boleh tolong kau. Jujur aku cakap aku tak suka tengok kau macam ni. Amanda yang aku kenal selama 5 tahun ni dia kuat and dia la yang paling susah untuk mengalirkan air mata antara kita bertiga." Amanda yang mendengar itu menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Kau tak akan mampu untuk tolong aku kali ni Ziq" "WHY?" Soal Haziq lagi. "Kalau daddy aku sendiri pun tak mampu tolong aku apa tah lagi kau dengan Mira. Ya aku mengaku aku memang menangis dekat hospital tadi kau tahu sebab apa? Kau tahu tak!" Suara Amanda sudah naik meninggi. Haziq hanya mampu menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Amanda tersenyum dan air matanya kembali mengalir "Aku rindu Ziq rindu sangat untuk rasa kasih sayang dari seorang wanita yang bergelar ibu. Jujur aku cemburu dengan kau and Mira. Family korang lengkap, ada ibu ada bapa tapi aku? 25 tahun aku hidup tanpa kasih sayang dari seorang ibu dan aku cuma dapat kasih sayang dari daddy aku ja."

"Tapi sekarang aku rasa aku memang tak penting bagi diaorang. Mummy aku tinggalkan aku dulu and now daddy aku pula buat keputusan tanpa berbincang dengan aku Haziq. Kau tahu tak bertapa sakit aku bila daddy aku buat macam tu." Kata Amanda sambil menangis teresak-esak.

"Hisk....hisk....hisk.... Aku penat Haziq hidup macam ni" kata Amanda sambil terduduk di atas lantai itu. Dengan suara yang perlahan. Disebalik itu mereka yang berada di dalam rumah mendengar apa yang dikatakan oleh Amanda itu. Dato'Nazri terdiam apabila mendengar apa yang Amanda kata kan 'rindu untuk rasa kasih sayang dari seorang wanita yang bergelar ibu' ayat itu bermain di fikirannya.

Dia akui bahawa dia turut merindui isteri dan anak-anaknya yang jauh darinya. Puan Sri Hana mengalirkan air mata apa bila mendengar luahan hati seorang AMANDA NAFEISYA. Dia akui bahawa gadis ini kuat dan tabah untuk menghadapi bermacam-macam dugaan selama 27 tahun dia hidup di muka bumi ini.

Haikal hanya terdiam dia rasa sakit setiap kali melihat air mata gadis itu mengalir. Dia berjanji dengan dirinya sendiri sekiranya ditakdirkan mereka untuk bersama dia akan menjaga gadis itu dengan penuh kasih sayang kerana gadis itu layak bahagia bersama orang yang dia Sayang.

Haziq yang dari tadi mendengar Amanda menangis itu menundukkan kepalanya untuk melihat Amanda yang diam itu. Dia melihat Amanda memeluk erat kedua belah lutut nya dan merehatkan kepalanya di atas lutut itu. Setelah 5 minit Haziq melihat Amanda masih dalam keadaan begitu. Dia mula hairan kerana Amanda tidak mengangkatkan kepalanya lagi. Dia menarik lengan baju Amanda untuk memanggil Amanda "Amanda kau ok tak ni jawab la" Amanda masih diam dia mula risau.

Dia mengambil keputusan untuk tolak Amanda ke tepi alangkah terkejutnya bila melihat muka Amanda yang pucat seperti tidak cukup darah itu "Allah! Amanda! Kau bangun Amanda. Kau jangan macam ni wei" "ABANG!" Haziq menjerit memanggil Haikal untuk keluar.

Mereka di dalam rumah terkejut mendengar suara Haziq yang kuat itu dan mereka berlari ke luar untuk melihat apa yang terjadi. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Haziq sedang memangku kepala Amanda itu. "Allah kenapa ni Haziq?" Soal Dato'Nazri risau akan anak perempuannya yang tidak sedarkan diri itu.

"Tak tahu tadi dia duduk lepastu menangis dalam 5 minit macam tu saya nak panggil dia tapi dia tak jawab lepastu saya tolak la dia untuk tengok tiba-tiba je muka dia puncat teruk dan tak sedarkan diri." Haziq menceritakan kepada Dato'Nazri.

"HAZIQ KITA KENA BAWA AMANDA PERGI HOSPITAL CEPAT!" Haikal menjerit kepada Haziq. Haziq terus masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil kunci keretanya.

PON!
PON!
PON!

"HAIKAL HOSPITAL JOM" Haziq menjerit memanggil abangnya untuk ke hospital.

"Uncle saya nak minta izin untuk sentuh Amanda boleh?" Tanya Haikal kepada Dato'Nazri. Dato'Nazri hanya mengangguk kepala sahaja. Selepas mendapat kebenaran Haikal terus mengangkat Amanda dan meletakkan nya di dalam kereta yang dipandu oleh Haziq.

"Laju sikit Ziq" kata Haikal. Dia tidak senang duduk melihat Amanda yang tidak sedarkan diri itu. Hampir 15 minit memandu kereta mereka terparking betul-betul di hadapan ward kecemasan itu. Haikal terus mengangkat Amanda menuju ke pintu kecemasan.

Jururawat-jururawat yang bertugas itu terkejut melihat Amanda yang tidak sedarkan diri itu dibawa oleh seorang lelaki "Allah kenapa dengan Dr. Amanda ni encik?" Tanya seorang jururawat bernama Nurul itu. Haikal hanya menggelengkan kepalanya. Kemudian mereka meletakkan Amanda ke atas katil dan masuk ke dalam bilik rawatan.

"Encik sila tunggu di luar. Encik tidak dibenarkan masuk ke dalam" Kata jururawat itu. Haikal duduk di kerusi yang disediakan di hadapan bilik itu. Haziq yang baru masuk melihat abang dah macam orang gila je, tu belum kahwin kalau dah kahwin macam mana la hais. "Amanda dekat dalam ke?" Tanya Haziq. Haikal hanya mengangguk kepala sahaja. "Nanti uncle Nazri datang bersama mama dengan papa" kata Haziq kepada abangnya itu

"Owh ok " hanya itu sahaja dibalas. Setelah 10 minit dia mendengar nama nya dipanggil dia terus memusingkan badannya ke belakang "Haikal Amanda macam mana?" Tanya Dato'Nazri risau kepada Haikal. "Haikal pun tak tahu lagi uncle doktor tak keluar lagi uncle sabar ok kita tunggu sama-sama" kata Haikal.

Selepas 5 minit pintu bilik rawatan Amanda dibuka dan keluar seorang Dr perempuan dengan muka yang tiada senyuman yang mampu membuatkan Haziq ketakutan dan ingin lari. Mereka semua terdiam melihat wajah Dr perempuan itu yang memandang Haziq tajam.

"Can you give me an explanation Dr. Haziq Aiman?" Tanya doktor itu dingin. Haziq mengharukan kepalanya walaupun tidak gatal itu. "Err... Entah aku pun tak tahu" selamba Haziq membalas. Terpana dia mendengar jawapan dari Haziq itu. "Dr macam mana keadaan anak saya?" Tanya Dato'Nazri kepada Dr itu. "She fine cuma dia perlukan rehat yang banyak so saya sarankan agar dia tinggal di hospital untuk tempoh beberapa hari." "Oh ok terima kasih Dr" "sama-sama Dato" jawab Dr itu.

"Boleh kami lawat dia" Tanya Puan Sri Hana kepada Dr itu "boleh tapi jangan bising sebab dia kena rehat" kata doktor itu. Mereka semua ingin masuk tetapi terkejut apabila melihat Dr itu menarik kuat baju yang dipakai oleh Haziq.

"Kau dah kenapa tarik aku macam tu" tanya Haziq takut "Kau tanya aku? Aku yang sepatutnya tanya kau kenapa Amanda jadi macam tu aku nampak mata dia bengkak dia nagis kenapa cakap!" Aku melihatnya tajam. "Sorry Mira kalau yang ni aku tak boleh cerita dekat kau kalau kau nak tahu better kau tanya dia sendiri. By the way thanks Dr Amira Huda sebab dah tolong kawan baik kita tu sekali lagi." Kata Haziq sambil tersenyum. Amira hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai Haziq itu tak ubah seperti seorang budak.




Bersambung

MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now