HOSPITAL PERMATA MUTIARA
Sejak kejadian seorang gadis memanggil Dato Nazri daddy, sejak itu juga hidup seorang Aulia Sofea tidak tenang. Dia selalu berfikir siapa gadis itu dan mengapa dia memanggil lelaki itu daddy. Adakah lelaki itu telah mempunyai isteri baharu. Dia perlahan-lahan menggelengkan kepalanya apabila perkara negatif berlayar di fikirannya.
"Tak sangka pula yang kak Amanda tu ada kakak kan. Ingat kan dia anak tunggalnya." Kata Nasuha kepada Natasya.
"Haa tu la Tasya pun ingat yang dia tu solo anak tunggal tapi rupa-rupanya.... dia ada kakak. Dah la kakak dia cantik pulak tu" Tambah Natasya lagi
Puan Aulia hanya mendengar apa yang di katakan oleh kedua orang anaknya itu. Dalam dia sibuk berfikir tentang kakak kepada Amanda tiba-tiba pintu bilik ward nya dibuka dan terlihat wajah cantik manis Amanda di hadapan pintu itu
"Assalamualaikum. Selamat pagi" Kata Amanda ceria kepada penghuni ward itu dan dilengkapi dengan senyuman manis.
"Waalaikumussalam. Eh Dr! Awal pagi ni" tegur Puan Aulia. Amanda memandang Puan Aulia dengan lama. Puan Aulia yang sedar dengan renungan itu tersenyum lupa.
"Waalaikumussalam. Awal Amanda pagi ni" Tegur Puan Aulia sekali lagi.
"Hmm awal sikit hari ni sebab hari ni kena balik awal. Ada hal sikit nak kena settle" Kata Amanda lagi.
"Owh by the way hari ni mummy dah boleh balik. Kalau tengok dalam laporan harian keadaan mummy dah stabil dah di benarkan pulang hari ni." Kata Amanda dengan senyuman walaupun hatinya tidak mahu melepaskan mummy nya itu pulang.
Riak wajah Natasya dan Nasuha yang tadi penuh dengan senyuman kini berubah riak menjadi sedih "Alah lepas ni dah tak boleh la nak jumpa akak dah" kata Nasuha dengan perlahan dan terus memeluk Amanda.
Amanda terkejut dengan tindakan pantas Nasuha memeluknya. Kemudian dia menoleh memandang ke arah Natasya yang masih lagi berdiri tegak itu dan mendepa kan tangganya kepada Natasya.
Natasya yang tadi masih kuat kini lemah dan dia pantas berlari memeluk Amanda dan menangis. Amanda terkejut apabila merasa bahagia bahunya basah. Dia kemudian tersenyum dan membalas pelukan Si kembar itu.
"Dah jangan la menangis. Kita kan boleh jumpa lagi. Korang cakap je dekat mana akak datang nanti ok. Dah jangan nagis macam budak-budak la korang nagis ni" Pujuk Amanda kepada mereka berdua. "Betul kita boleh jumpa lagi kan?" Soal Nasuha masih lagi dengan tangisan. Amanda mengangguk kan kepalanya.
"Ye nanti kita jumpa lagi tapi ada satu syarat kalau nak jumpa" Kata Amanda lagi kepada mereka. Mereka memandang antara satu sama lain dan seterusnya memandang ke arah Amanda semula.
"Syarat apa?" Soal Natasya kepada Amanda. Amanda tersenyum dan memasukkan tangannya ke dalam poket bajunya dan mengambil sesuatu untuk diberikan kepada mereka.
"Nah ambil ni" Kata Amanda kepada mereka. Mereka melihat sebuah kotak berwarna biru itu dan mengambil. Kotak itu untuk melihat isi yang terkandung di dalam kotak itu.
Kotak yang berada di tangan Natasya itu di buka perlahan-lahan sebelum dia menjerit terkejut.
"Serius la akak?" tanya Natasya kepada Amanda. Amanda tersenyum manis dan mengangguk kepalanya tanda betul. Nasuha tidak berpuas hati dia juga ingin tahu apa isi yang ada di dalam kotak itu dan dia terus mengambil kotak yang berada di tambah kakak kembarnya itu.
"OMG! Akak dah nak kahwin dengan tak lama lagi!" kata Nasuha kuat dan memeluk Amanda dengan gembira.
Puan Aulia yang tadi berada di dalam tandas kini keluar dan melihat anak-anaknya sedang memeluk Amanda dan di tangan Nasuha ada sebuah kotak berwarna biru.
"Apa yang happy sangat ni sampai berpeluk menjerit bagai ni ha?" Soal Puan Aulia kepada Anak-anak itu. "Mummy! Cuba mummy tengok apa yang ada dalam kotak ni" Pinta Nasuha kepada mummy nya itu. Puan Aulia mengambil kotak itu dan membuka. Dan kemudian dia tersenyum gembira.
"Masyaallah tabarakallah kamu dah nak kahwin dengan Haikal yang hari tu ke?" Soal Puan Aulia gembira kepada Amanda. Amanda tersenyum dan menjawab "Ye dengan Haikal yang tu la sapa lagi. Dia je yang daddy terima buat menantu kalau orang lain lambat lagi la daddy nak terima, tu pun sebab dia anak kawan daddy je." Jawab Amanda kepada Puan Aulia."Dalam kad tu ada nombor telefon Amanda so nanti kalau nak call senang la kan." Tanya Amanda kepada mereka. "Tadi akak cakap nak jumpa ada syarat tu maksudnya kita orang kena datang majlis akak la boleh jumpa kan?"
"Yes pandai pun. So nanti jangan lupa datang tau akak tunggu korang datang tau" Kata Amanda lagi kepada mereka berdua. "Mummy pun nanti datang la boleh Amanda kenal kau mummy kepada daddy dengan kakak Amanda" kata Amanda kepada mummy nya itu.
Puan Aulia hanya tersenyum mendengar dia rasa sebelum dia jumpa dengan daddy gadis itu dia dah kena halau awal dari majlis itu. Tambah-tambah tuan kepada majlis itu sangat membenci akan dirinya.
"Nanti kalau mummy tak buzy mummy datang ok, tapi kalau mummy buzy Suha dengan Tasya akan wakil kan mummy untuk pergi boleh" Tanya Puan Aulia kepada Amanda. Dia sedaya upaya untuk tidak mahu berjumpa dengan suami nya itu. Walaupun mereka tidak bercerai tetapi dengan perpisahan yang lama cukup membuatkan dia takut untuk berjumpa dengan lelaki itu.
Lagi menakutkan ialah kakak kepada Amanda. Dia takut untuk tahu siapa gadis itu yang sebenar. Adakah benar dia merupakan anak kepada lelaki itu atau bukan.
"Mana boleh Amanda nak mummy yang datang. Mummy penting tau untuk majlis ni, sebab Amanda kan tak ada waris lain selain daddy dengan Kak Aimi je so Amanda nak la mummy hadir sebagai Mummy Amanda malam tu." Kata Amanda dengan penuh harapan agar wanita di hadapan nya ini setuju untuk datang ke majlis pernikahan dia dengan Haikal.
"Nanti mummy bagi tahu ok. Sekarang ni apa-apa pun tahniah sebab dah tak lama lagi dah nak jadi isteri orang dah. Walaupun kita baru je kenal tapi mummy sayang sangat dekat Amanda sama macam mana mummy sayang dekat Tasya and Suha." Selepas mendengar itu, Amanda terus memeluk Puan Aulia dengan begitu erat. "Amanda pun sayang sangat dekat mummy" Kata Amanda perlahan.
Amanda melepaskan pelukan itu "Amanda tak boleh lama ni nanti Haikal tunggu pulak dekat bawah tu. Dah janji nak beli barang untuk hantaran tu yang kena pergi jugak tu."
"Ni akak dah nak pergi ke?" Soal Natasya kepada Amanda. "Haa dah nak pergi nanti jangan lupa call akak tau. Jaga mummy elok-elok, kalau ada masalah call je akak bila-bila masa je ok" kata Amanda lagi kepada Si kembar itu.
"Amanda pergi dulu mummy. Lepas ni jaga diri, jaga kesihatan tau Amanda jauh nak rawat mummy kalau apa-apa jadi. Bye mummy Assalamualaikum." Amanda tunduk untuk mencium tangan wanita itu. Berat hatinya untuk melepaskan mereka pergi.
Amanda berpusing melihat Natasya dan Nasuha dan dia mencium perlahan pipi mereka dan dia senyum sendiri. Kemudian dia melangkah keluar dari bilik itu tanpa dia sedar ada air mata yang mengalir jatuh ke pipinya.
'Ya Allah tolong jagakan mereka untuk ku. Sesungguhnya aku sangat sayangkan mereka ya Allah'. Doa Amanda di dalam hatinya dan dia berjalan menuju ke lobi utama untuk menunggu ketibaan Haikal itu.
Setelah beberapa minit dia melihat kereta Audi R8 berwarna putih milik Haikal menuju ke arahnya dan berhenti. Dia kemudian melangkah masuk ke dalam kereta itu untuk menuju ke Happy Mall untuk membeli barangan keperluan untuk majlis itu.
Bersambung
YOU ARE READING
MRS: HAIKAL AIMAN
RomanceAMANDA NAFEISYA Mengisahkan tentang hidup seorang wanita bernama AMANDA NAFEISYA yang tinggal berdua bersama ayahnya setelah ditinggalkan oleh ibunya sendiri dan mesra dengan ramai orang tetapi tidak dengan HAIKAL AIMAN... HAIKAL AIMAN Seorang jeja...