Amanda membuka perlahan matanya terasa berat sahaja apabila ingin membukanya. Kepalanya juga seakan berpusing-pusing, dia tahu kerana hari ini sahaja dia menangis terlalu lama.
KREAK!
Amanda menoleh melihat susuk tubuh suaminya yang baru sahaja keluar dari tandas. Berkerut dahi Haikal apabila Amanda merenung dirinya dah macam nak telan.
""Why?" Soalnya hairan. Dah la baru bangun tidur lepas tu tenung dia pulak. Sumpah seram isteri sapa la ni. Siapa lagi kalau bukan jejaka handsome iaitu Haikal Aiman.
Amanda tidak menjawab malah secara tiba-tiba Amanda air matanya mengalir. Haikal yang melihat itu terus berlari mandapatkan isterinya.
"Kenapa pulak ni hmmm.?" Risau Haikal di buatnya tiba-tiba sahaja menangis. "Awak la" Amanda menjawab kepada suaminya. Terdiam Haikal sebentar. Apa salahnya pula kali ini.
"Apa saya tak faham." Haikal menggelengkan kepala tanda tidak mengerti apa yang dikata kan oleh Amanda. "Ye la awak yang salah. Dah tahu saya tak sihat boleh pulak tinggalkan saya pergi tandas. Saya ingat buka je mata saya boleh tengok awak tapi....hampeh dinding je yang saya tengok." Beleter Amanda dengan panjang lebar.
Tergamam! Terkedu! Terkejut! Terperenjat! Terkesima! semua TER ada apabila Haikal mendengar apa yang dibebelkan oleh Amanda. Tergeleng Haikal dengan sikit random seorang Amanda Nafeisya ini.
"Dah tak perlu nak bebel bagai sekarang ni kita turun bawah anad makan. Lepas makan kita makan ubat pula. Awak tu antibodi rendah cepat sakit" Tegas Haikal kepada Amanda. Dia masak sangat dengan perangai keras kepala isterinya. Kalau dah kata tak nak tu memang tak nak lah.
"Ye la jangan la nak marah. Orang nak turun la ni" Perlahan sahaja suara Amanda kendengaran di corok telinga Haikal. Namau dia hanya biarkan sebab kalu di balas akhirnya dia juga yang kalah. Maklumlah PEREMPUAN TAK PERNAH SALAH dan juga PEREMPUAN TAK PERNAH KALAH.
"Jom" Haikal berkata lalu dengan pantas dia menyambar tangan isterinya kerana dia tahu yang Amanda serang di serang oleh sakit kepala. "Tangga or lif?" Soalnya. "Tak perlu fikir sebab jawapan dia tetap lif" Belum sempat Amanda ingin menjawab dengan laju Haikal memintas
"Kalau dah tahu jawapan kenapa nak tanya lagi" Rajuk Amanda Haikal hanya ketawa suka dapat mengusik isterinya. "Saja" Semudah ABC Haikal menjawab. Sampai sahaja di hadapan lif mereka terus masuk ke dalam lif itu.
~~~~~~~~~~~~
Suasana meja makan di ruang makan itu sunyi hanya kedengaran bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan dan mangkuk. Terasa janggal sahaja situasi mereka berempat. Masing-masing diam tanpa berbicara. Dato' Nazri yang perasan dengan situasi itu berdehem
"Makan la banyak lagi lauk ni tak habis pun"Kata Dato' Nazri kepada mereka. Natasya yang mendengar terus mengangkat muka memandang ke arah Dato' Nazri Atau lebih tepat ke arah daddy nya.
"Eh tak apa la lagi pun kitaorang memang tak banyak makan." Jawab Natasya gugup. Ye la pertama kali mereka dapat makan bersama. Tetapi itu lah masih tidak cukup satu orang iaitu kakak mereka Amanda.
"Maaf la cuma ada ikan dengan ayam je. Rumah ni tak ada seafood sebab Feisya allergie dengan seafood sebab tu la" Jelas Dato' Nazri
"Owh Dr. Amanda ada allergie seafood sama la macam kitaorang." Kata Nasuha pulak. Dia yang tadi kekok kini boleh la untuk berbual sedikit. "Don't call her Dr because she is your sister okey. By the way tadi kamu kata kamu berdua ada allergies seafood?" Melihat kedua mereka menganggukkan kepala terus matanya melihat ke arah isterinya.
Maksudnya dalam keluarganya hanya dia sahaja yang tidak mempunyai alahan dengan makanan laut. Manakala yang lain mengikut mummy mereka kerana Puan Aulia sememangnya mempunyai alahan dengan makanan laut.
Tidak dinafikan yang Amanda sememangnya mengikut genetik Aulia. Hanya 10% sahaja Amanda mengikut dirinya itu pun kerana raut wajah Amanda tidak tumpah sepertinya. Selebihnya lagi 90% kesemuanya mengikut Aulia.
"Jadi maksudnya kitaorang sama dengan mummy la sebab mummy je yang ada....." Terdiam Nasuha apabila melihat Amanda yang baru sahaja keluar dari lif bersama dengan suaminya. Mereka berdua berjalan ke arah meja makan dan duduk di tempat yang kosong.
Amanda duduk berhadapan dengan Puan Aulia manakala Haikal pulak berhadapan dengan Natasya. Nasuha pula duduk bersebelahan Natasya.
Suasana di meja itu yang tadi bising kini kembali sunyi. Mereka semua memadang ke arah Amanda yang hanya diam dan tanpa secalit senyuman. Amanda yang mereka kenal ialah murah dengan senyuman namun kini hanya raut wajah yang dinggin. Dato' Nazri melepaskan satu keluhan melihat Amanda yang hanya diam.
"Kamu berdua bila masuk kerja. Tak silap daddy cuti kamu berdua seminggu je kan?" Dato' Nazri memulakan bicaranya kerana, baginya suasana ini tersangatlah tidak selesa. "Yes seminggu je so esok dah start masuk office." " Tapi rasanya Feisya lambat sikit kot masuk sebab hari tu dia cuti lambat" Kata Haikal kepada bapa mertuanya.
"Bila kamu masuk kerja Feisya?" Soalnya sekali lagi. Kini tumpuannya tertumpu kepada anak perempuannya itu. "Lusa" Ringkas sahaja jawapan Amanda. Baru sahaja dia ingin menyoal kedengaran bunyi telefon milik Amanda menarik perhatian mereka semua.
MY SISTER AIMI>3
Berkerut dahi Amanda apabila melihat nama si pemanggil itu. Tanpa membuang masa dia terus mengangkat pangilan itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
"Hello kenapa call tetiba je.?"-Soal Amanda hairan
"Waalaikumusalam" -Sinis Aimi di panggilan
"Sorry Assalamualaikum" -Amanda
"Haa pandai ingat kan sapa la tadi tak tau nak bagi salam" -Perli Aimi kepada adiknya
"Lupa la. Ni kenapa call tiba-tiba je ni ada problem ke?" -Jawab Amanda dengan malas
"Feisya ada rumah daddy ke?" -Aimi
"Mana lagi rumah daddy la. Kenapa" -Amanda
"Feisya stay situ jangan pergi mana sampai akak datang ada hal penting yang akak nak bagitahu" -Aimi
"Ok je but... bukan kita orang je dekat sini tapi ada tetamu" -Amanda
"Tetamu? Siapa pulak yang nak datang rumah daddy tu" -Aimi
"Erk Feisya pun tak tahu nak jelas macam mana" -Amanda
"Jangan cakap tetamu daddy tu.... Puan Aulia Sofea ?" -Aimi
"Mana akak tahu yang dia ada" -Berkerut dahi Amanda mendengar tekaan Aimi
"Good jangan bagi diaorang balik sampai akak datang" -Aimi
"Okey nanti Feisya bagi......" -Belum sempat untuk Amanda menghabiskan katanya Aimi terlebih dahulu meletakkan panggilan
TUTTTT
Terpana Amanda seketika
Mak ai dia letak macam tu je tak bagi salam apa terus letak. Hampeh punya kakak. Amanda memandang Telefon yang yang kini sudah hitam tanpa panggilan.
"Sapa call?" Dato' Nazri memandang Amanda untuk meminta jawapan.
"Kak Aimi" Ringkas benar jawapan Amanda hari ini. "Ada apa dia call kamu?" Soalnya lagi. "Tak tahu tapi dia kata ada benda penting yang dia nak bagitahu kita" Jawab Amanda sedikit panajang.
"And dia minta Puan Aulia tunggu sekali" Puan Aulia terkejut apabila namanya turut menjadi bualan mereka berdua sebentar tadi. Dia mula meresakan sesuatu yang tidak kena.
Dalam beberapa minit kemudian bunyi pintu rumah dibuka dan sudah semestinya mereka tahu siapa yang datang.
"Kita bincang dekat depan. Ada perkara penting Aimi nak tahu" Mereka terus berjalan ke ruang hadapan untuk berbincang
Apa yang penting sangat perkara ini.
Bersambung
YOU ARE READING
MRS: HAIKAL AIMAN
RomanceAMANDA NAFEISYA Mengisahkan tentang hidup seorang wanita bernama AMANDA NAFEISYA yang tinggal berdua bersama ayahnya setelah ditinggalkan oleh ibunya sendiri dan mesra dengan ramai orang tetapi tidak dengan HAIKAL AIMAN... HAIKAL AIMAN Seorang jeja...