✨Bab 17✨

23 1 0
                                    

DATO NAZRI POV

Dia berjalan di sekitar kawasan cafe itu malangnya dia masih lagi belum jumpa susuk tubuh anak gadisnya. Lalu dia berjalan menuju ke arah kaunter "Aimi kamu ada nampak Feisya tak? dari tadi daddy cari dia tak jumpa" Soal Dato Nazri kepada Aimi yang merupakan anak angkatnya yang sedang berada di kaunter cafe itu.

"Tadi Aimi nampak dia berjalan dengan lelaki mana tah. Tapi apa yang Aimi dengar  lelaki tu kata dia bakal menantu daddy" Kata Aimi kepada daddy angkatnya itu. "Owh lelaki yang kamu maksudkan tu Haikal. Alah dia abang kepada kawan feisya yang lelaki tu apa nama haz..." Kata Dato Nazri malangnya dia tidak ingat nama kawan kepada anaknya itu.

Aimi yang mendengar daddynya susah untuk mengingat nama kawan adiknya itu ketawa kecil "Haziq la daddy. Amboi nama adik tak ingat tapi nama abang ingat pula" Usik Aimi kepada daddy nya itu.

"Alah daddy ni dah tua bukan nya boleh ingat semua pun" Kata Dato Nazri lagi dengan ketawa. "Tadi kamu kata kamu nampak diaorang kan tapi dekat mana." Soal Dato Nazri pula. "Ada dekat luar tu kot rasanya. Daddy nak cari Feisya ke? kalau nak cari Aimi nak follow daddy boleh" Tanya Aimi sambail merapatkan kedua belah tangannya dan membuat muka comel dia hadapan daddy nya itu.

Dato Nazri hanya mampu menggelengkan kepalanya. Ini kerana dia sudah tahu dengan perangai anak-anaknya itu. Ini baru kakak sorang belum bergabung dengan si adik lagi. Kalau bergabung pecah kepalanya dengan perangai mereka berdua.

"Kalau nak ikit tu jom la, jangan buang masa kerana masa itu emas" Dato Nazri berkata kepada Aimi tetapi ia lebih tepat kepada menyindir gadis itu. Ini kerana gadis itu suka membazir kan masa dengan perkara yang tak berfaedah.

"OK" Jawab Aimi dan berjalan mengikut daddynya itu. Elok dia berjalan alangkah terkejutnya apabila daddy nya menjerit memanggil Amanda.

Dato Nazri yang sebentar tadi OK tetapi sekarang KO apabila melihat anak nya sedang rancak bebual sedangkan dia dari tadi mencari anaknya itu.

Lagi dia bertambah KO apabila melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Amanda. Alangkah terkejutnya apabila melihat susuk tubah seorang wanita yang sedang duduk di atas kerusi roda itu. Dan dia juga melihat ke arah 2 orang gadis yang berada di tepi wanita itu.

Tanpa membuang masa dia menarik tangan milik anak perempuan nya untuk pergi dari meraka yang berada di situ.

END POV

"AUCH daddy tangan Feisya sakit bila daddy tarik" Kata Amanda pada daddynya yang sedang menarik tangan nya menuju ke kawasan parking kereta. Setelah sampai di kereta Vellfire putih milik daddy nya itu dia di suruh untuk masuk ke dalam kereta.

 Setelah sampai di kereta Vellfire putih milik daddy nya itu dia di suruh untuk masuk ke dalam kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dato Nazri melihat Amanda yang sedang diam membisu di dalam kereta itu. "Kita nak tunggu sapa pula dalam kereta ni daddy" Soal Amanda kepada daddy nya itu. "Kita tunggu Aimi kejap" Kata Dato NAzri lagi. Amanda hanya mampu diam sahaja. Setelah 5 minit menungu tiba-tiba pintu kereta di bukak dari luar. Kemudia muncul lah kelibat seeorang yang Amanda cukup rindu.

Perpisahan selama 3 bulan membuatkan hidup Amanda sunyi. Masuk sahaja di dalam kereta dia terus memeluk tubuh kakak Angkatnya itu "Kenapa akak pergi lama sangat? tahu tak yang Amanda rindu sangat dekat akak" Kata Amanda yang sedang nangis kepada Aimi. Aimi hanya tersenyum dengan telatah adik angkatnya itu.

Hanya dia dan daddy nya sahaja yang tahu tentang sikap manja yang dimiliki oleh gadis itu. Di luar Amanda sangat serius tatapi di rumah dia juga lah yang paling manja.

"Mana ada lama 3 bulan je kan" Kata Aimi sambil mengosok atas kepala adik nya yang berlapit tudung itu. "Kenapa akak tak cbagi tahu yang akak nak balik" Kata nya lagi dengan nada yang merajuk. "Akak ada bagi tahu daddy la pagi tadi yang akak ada dalam flight nak balik. lepastu daddy suruh akak datang HPM terus so akak datang la" Jelas Aimi panjang lebar sambil memeluk erat tubuh adik kesayanggan nya itu.

Amanda memandang daddy nya untuk minta perjelasan. Dato Nazri yang melihat itu mengangkatkan kening nya "Apa" Soal Dato Nazri kepada anak nya "Kenapa daddy tak bagi tahu Feisya tadi" Soal Amana tidak berpuas hati.

"Eh sorry sapa suruh hilang kan diri tanpa jejak lepastu nak marah kita pula" Balas Dato Nazri kepada Amanda. Suka hati je cakap kita tak bagi tahu sedangkan dia yang hilang.

"Alah daddy bukan tak tahu Feisya bukan suka tempat yang sesak ni itu la sebab Feisya keluar dari kedai tadi." Amanda memberikan alasan kepada daddynya itu untuk mempertahankan diri.

"YE la tu, entah entah nak pergi dating dengan 'BAKAL SUAMI' dia lepas tu bagi alasan sesak" Usik Aimi kepada adik nya itu. Apabila melihat wajahitu mencuka ia membuat kan Aimi ketewa besar.

"Daddy tengok Kak Aimi ni dia gelakkan Feisya"  Adu Amanda kepada daddynya itu agar daddy nya dapat menolong nya. Tetapi malang nya daddynya ikut sekali ketawa dengan kakak nya itu.

"ISH! geram la macam ni" Rajuk Amanda dengan mereka berdua. Aimi yang melihat adiknya yang ingin merejuk laju-laju memeluk erat tubuh adiknya itu. "Dah jangan la merajuk. Kalau nak merajuk jugak akak tidur hotel je la malam ni tak payah balik rumah." Pujuk Aimi. Dalam memujuk dia juga mengugut adik angkat nya itu.

"Jangan la tidur hotel. Akak tak kesian ke dekat Feisya tidur tanpa akak di sisi." Kata Amanda dengan penuh dramatis. Aimi yang mendengar itu menjeling sekilas ke arah Amanda.

"Kalau tak nak akak tidur hotel jadi Feisya jangan nak merajuk macam budak kecil ok adik"  Kata Aimi lagi kepada adiknya itu. Amanda yang mendengar itu hanya pasrah apabila mendengar kata-kata kakak nya itu.

"Dato boleh kita gerak sekarang takut lambat sampai nanti kalau gerak lambat." Kata driver yang sedang duduk di tempat pemandu itu. "Yes kita gerak sekarang, saya pun dah tak tahan dah ni" Jawab Dato Nazri kepada driver itu. Setelah mendengar arahan dari majikan nya itu dia mula memandu MPV berwarna putih itu ke destinasi yang telah diberi tahu Dato Nazri kepada dirinya pagi tadi.

"Kita nak pergi mana ni daddy?" Soal Amanda kepada daddy nya. "Ada la, mana boleh bagi tahu nanti tak rahsia la" Kata Daro Nazri lagi kepada anak-anak nya. Mereka yang mendengar hanya diam menanti di manakah mereka akan pergi.

Setelah melihat anak-anaknya dia tiba-tiba teringat seseorang yang dia jumpa di hospital tadi. Hati dia kuat mengatakan itu ialah orang pernah menghancurkan perasaan nya pada satu ketika dahulu.

'Kenapa kau perlu muncul semula disaat aku telah mencapai kebahagiaan bersama-sama anak-anakku. Kelukaan yang kau pernah tinggalkan, yang dahulu sembuh kini kembali berdarah" Kata Dato Nazri di dalam hatinya. Dia menatap wajah Amanda yang sedang tertidur di sebelah Aimi itu dengan pandangan sayu.

'Walau apa pun terjadi daddy tak akan sesekali tinggalkan Feisya, macam mana mummy pernah tinggalkan Feisya' Kata Dato Nazri lagi dan dia kembali fokus pada tujuan asal dia membawa mereka berdua keluar.






Bersambung












MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now