✨Bab 12✨

26 2 0
                                    

Amanda menolak pintu bilik kerjanya dan masuk ke dalam. Dia membawa mereka berdua untuk duduk di sofa yang di sediakan. Bilik ini besar kerana setiap bilik menempatkan 2 orang Dr jadi ini merupakan biliknya bersama Amira.

"Duduk la dulu sebab saya nak pergi ambil ubat kejap dekat farmasi" Kata Amanda kepada mereka berdua dengan lembut dan dia melangkah keluar dari bilik meniggalkan mereka.

"Suha rasa Suha pernah nampak muka Dr tu tapi suha tak ingat dekat mana" Kata Nasuha kepada kakaknya itu setelah kelibat Amanda keluar dari bilik itu. "La ingat kan Tasya sorang je rasa macam tu. Maksud nya memang kita pernah nampak la kan wajah tu" Kata Natasya kepada adik nya itu.

Natasya bangun dan berjalan ke arah sebuah meja kerana dia ternampak sebuah gambar yang telah menarik perhatiannya. "Suha cuba tengok gambar ni" Natasya menunjukkan sebuah gambar yang terdapat di atas meja Amanda kepada Nasuha. Berkerut dahi Nasuha apabila melihat gambar itu "Lelaki tu bukan ke..." Nasuha cuba berfikir di mana dia pernah melihat lelaki itu "Bukan ke lelaki yang sama mummy pernah tunjuk dekat kita, yang mummy cakap dia daddy kita Sya" Kata Nasuha dengan nada perlahan.

"Kejap" Kata Natasya dan dia mengeluarkan Iphone miliknya dan melihat sekeping gambar keluarganya. Menurut mummy mereka lelaki yang berada dalam gambar itu merupakan daddy mereka dan seorang gadis perempuan itu pula merupakan kakak mereka.

"Kalau betul la lelaki tu orang yang sama maksud nya dia tu daddy kita la kan Suha?" Tanya Natasya dan dia tersedar sesuatu "Kalau betul Dr tadi tu kakak kita makna nya dia pun ada tanda lahir yang sama dengan kita dekat tapak tangan belah kiri." Katanya lagi kepada Nasuha.

"Sekarang kita kena pastikan dulu Dr tadi tu ada tanda lahir dekat tangan kira. Kalau dia ada maksudnya betul dia kakak kita." Kata Nasuha kepada kakak nya."Dah jom duduk" Mereka terus berjalan kembali ke arah sofa dan menunggu Amanda.

~~~~~~~~~~

"Nah ni ubat yang kau minta" Kata seorang Dr lelaki itu. "Thanks aku gerak dulu" Lelaki itu hanya tersenyum melihat Amanda yang berjalan itu. Dalam diam di mengeluh perlahan "Sampai bila kau nak pendam semua ni Paan, dia tak pandang kau pun" Kata lelaki yang bernama Farhan itu. Dia mempunyai perasaan suka terhadap Amanda tetapi Amanda langsung tidak memandang ke arahnya. Selepas bayang Amanda Hilang di terus melangkah ke kaunter ubat.

Amanda berjalan dengan laju ke bilik kerjanya itu. Setelah sampai di depan biliknya dia terus menolak pintu bilik itu. "Maaf saya lambat tadi sebab dekat farmasi ramai orang" Kata Amanda kepada 2 orang gadis itu. Mereka tersenyum "Eh tak apa la Dr" Kata gadis yang cerdera itu.

"Sini tangan yang luka tu saya nak sapukan ubat" Nasuha menghulurkan tangannya yang luka itu kepada Amanda. "Boleh saya tahu nama awak berdua? Bukan apa saya tengok muka awak berdua sama tu yang saya tanya" Soal Amanda kepada mereka.

"Nama saya Amani Natasya Dr boleh panggil Natasya dan sebelah ni adik saya Amalin Nasuha boleh panggil dia Nasuha" Natasya memperkenalkan diri dan adiknya kepada Amanda. "Awak berdua kembar ke sebab muka sama saya tengok?" Soal Amanda lagi. Sebenarnya dia tidak berpuas hati dengan mereka berdua sebab mereka berdua comel. Lagi bertambah comel kerana mereka memakai baju yang sama.

"Yes kita orang kembar tu yang muka kita orang sama. By the way Boleh kita orang tahu nama Dr?" Soal Nasuha. Dia ingin mengenali Amanda lebih dalam untuk memastikan bahawa oarang yang berada di depannya ini ialah kakak mereka.

"Saya Amanda Nafeisya, awak boleh panggil saya Amanda je." Kata Amanda kepada Natasya dan Nasuha "Tahan sikit saya nak sapu ubat and saya nak balut dulu tangan Nasuha ni" Dengan perlahan-lahan Amanda menyapu ubat di tangan Nasuha.

Berkerut dahi Nasuha menahan kesakitan yang teramat itu. "Siap dah" Amanda berkata dengan gembira. "Thanks Dr sebab tolong. Dr Boleh Suha tanya sesuatu?" Soal Nasuha

"Nasuha nak tanya apa?" Tanya Amanda dengan lembut dan memandang ke arah kembar itu. "Kenapa Dr masukkan mummy kita orang dekat ward VIP kenapa tak masukkan ke ward bisa je" Soal Nasuha dengan perlahan. Amanda yang mendengar itu sedikit terkejut. Sejujurnya di sendiri tidak tahu mengapa dia berbuat begitu.

"Err sebenarnya....." Ingin sahaja dia menjawab pintu bilik nya terbuka dari luar dan kemudia melihat Amira yang masuk dan diiringi oleh haziq. Amanda menarik nafas dalam-dalam 'Selamat aku' Kata Amanda di dalam hati.

"Eh ada orang ke maaf kita orang tak perasan" Kata Amira serba salah. "Kau orang ni memang tak reti nak bagi salam dulu ke sebelum masuk?" Tanya Amanda geram dengan peragai tak semegah kawan-kawan nya itu.

Mereka tersenyum malu "Mana la kita orang tahu ada tetamu dalam bilik ni tu yang kami masuk gitu je" Jawab Haziq pulak. Perangai tak pernah nak ubah sama je dua orang ni"Memang aku kahwin kan jugak korang dua ni baru tahu" Bebel Amanda.

Betul la orang kata Jodoh ni cerminan diri!

"AMBOI Kau! Kau yang kahwin dulu baru kita orang tau. INGAT TU!!" Jawab Haziq pula. Amira yang melihat mereka berdua sedang berperang mulut menggelengkan kepalanya. TAk malu depan tetamu pun nak gaduh. Kata orang dia pun sama.

"Dah dah la tu gaduhnya tak malu ke orang tengok" Tanya Amira kepada mereka berdua. Mendenggarkan apa yang dikata itu mereka terus duduk diam seumpama tiada apa yang berlaku. "HAAA boleh pun diam."

Amira memandang ke arah dua orang gadis yang berada di dalam bilik itu. "Kenalkan ni Amani Natasya and his twins Amalin Nasuha"  Amanda memperkenalkan mereka berdua kepada Amira dan Haqiz.

"Diaorang bukan waris mangsa kemalangan yang kau rawat tadi kan beb?" Soal Amira. Amanda menjatuhkan kepalanya tanda betul. "Errr Dr kami minta diri dulu la sebab nak pergi melawat mummy kita orang dekat ward." Kata Natasya kepada Amanda dan dia terus menarik lengan adiknya untuk keluar dengan segera.

Haziq memandang dua orang gadis yang keluar itu dengan pendangan yang sukar ditafsirkan "Kau tak rasa dia orang dua tu pelik ke Manda?"

"Haaa aku pun rasa pelik juga. Aku tengok muka si Nasuha dengan si Natasya tu dah macam muka daddy kau je, tapi versi perempuan la" Tambah Amira pula. Dia setuju dengan apa yang dikatakan oleh Haziq itu.

Amanda memandang wajah mereka yang sedang serius itu. Dia hanya diam. Benar dia turut rasa benda yang sama apa yang diaorang rasa itu. Dia berasa tenang apabila bersama dengan Si kembar itu. Ia merepakan perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

'Sapa sebenarnya diaorang ni? kenapa aku rasa tenang bila bersama diaorang? Dan siapa pula Aulia Sofea Suhaimi, kenapa wajah dia seakan-akan aku pernah lihat.' Kata Amanda di dalam hatinya.

'YA ALLAH TOLONG LA HAMBA MU INI AGAR AKU DAPAT TAHU SIAPA MEREKA YANG SEBENARNYA' Doa Amanda di dalam hati.








Bersambung

























MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now