Amanda terjaga dari lena nya apabila hari sudah cerah. Dia ingin bangun dari baringnya tetapi dia merasakan ada sesuatu benda yang berat kini berada di atas perutnya yang terlindung di sebalik comfoter itu.
Apabila dia menyelak comfoter itu terbeliak biji matanya ketika melihat ada tangan lelaki yang sedang memeluknya. Kemudia dia melihat pulak wajah milik lelaki yang sedang memeluknya itu.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah Haikal yang sedang tidur dengan rambut serabai itu. Tidak dinafikan lagi bahawa sememang nya lelaki itu mempunyai riak wajah yang agak tampan.
Jika di bandingkan dengan adik lelaki itu Haziq, wajah Haikal jauh lebih matang berbanding dengan adiknya itu. "Morning wife" sapa Haikal masih lagi dengan mamai nya itu.
Amanda terkejut apabila mendengar suara serak basah milik Haikal itu. Adoii seksi bethoal! Suami siapa la ni? "Finished looking at my face dear" Soal HAikal masih lagi dengan suara serak masah miliknya.
Merah wajah Amanda apabila disoal begitu. Alamak kantoi! Amanda berdehem untuk menghilangkan malu nya itu. "Ehem a...awak buat apa dekat sini haa?" Soal Amanda dengan gagap. Haikal tersenyum melihat telatah comel isterinya itu.
"Buat apa lagi tidur la" Jawab Haikal selamba. "Me...memang la tidur. Tapi kenapa awak tidur dalam bilik saya and sekatil dengan saya? Awak nak buat apa dekat saya haa?" Soal Amanda dengan garang.
Haikal ketawa besar apabila mendengar kata Amanda itu. Sah Amanda lupa yang mereka baru sahaja menikah semalam. Melihat jejaka itu ketawa membuatkan Amanda berasa sesuatu dan dia terus menangis.
"A...awak jahat Haikal ke..kenapa awak buat saya macam ni? A...apa salah saya de...dekat awak sampai awak sanggup buat benda terkutuk ni?" Soal Amanda lagi dengan tangisan yang semakin kuat.
Haikal yang melihat itu menggarukan kepala yang tidak gatal. "Saya buat apa pula dekat awak ni Amanda?" Haikal pening dengan Si isterinya itu. "Kan kita dah nikah semalam adoi laaaa" rungut Haikal kepada Amanda.
Terbeliak mata Amanda mendengar kata itu. Dia. Nikah. Semalam. Dengan. Haikal. "Awak jangan main-main tak lawak tau tak?" Marah Amanda kepada Haikal.
Haikal menampar dahinya "Adoi la Ya Allah kenapa la aku dapat isteri macam ni" Rugut Haikal. Hampir menangis dia apabila keadaan begini. Ni belum sampai 24 jam dah macam ni.
Haikal menarik nafas dalam-dalam lalu memusingkan badannya betul-betul berhadapan dengan Amanda. "Listen kita dah nikah semalam la sayang~ Ni tengok tangan ni" Kata HAikal dengan selembut-lembut nya kepasa Si isterinya dan mengangkat tangan itu untuk ditunjuk kan kepada Amanda.
Amanda terus melihat ke arah tangan milik nya. Dia melihat ada sebentuk cincin yang sangat cantik elok tersarung di jari manis milik nya dan ada juga inai berwarna merah di tangan miliknya.
"Dah percaya ke sekarang ni hmm sayang?" tanya Haikal perlahan yang betul betul dekat dengan telinga yang tidak berlapit itu. Mendengar itu membuatkan wajah Amanda terus bertukar merah akibat malu dengan diri sendiri dan juga malu apabila mendedahkan rambut lebat dan lurus itu kepada lelaki.
"Are you blushing dear?" Tanya Haikal lagi kepada Amanda. Namun Gadis itu mengambil keputusan untukn diam dan terus bangun dari katil itu dan bergerak ke arah bilik mandi. Lebih baik dia mandi dari melayan perangai Si Haikal itu.
"Cepat sikit mandi sayang saya pun nak mandi jugak, Kalau lambat saya masuk terus la mandi." Usik Haikal kepada isterinya itu. "DIAM LA HAIKAL!" Jerit Amanda dari dalam bilik mandi itu. HAikal di luar hanya ketawa.
~~~~~~~~~~~
Setelah beberapa minit berada di dalam bilik mandi itu Amanda keluar dengan memakai bathrobe bewarna putih yang memang telah di sediakan di dalam bilik mandi. Dia melihat Haikal yang tekun bermain bersama IPHONE miliknya itu tanpa sedar yang Amanda kini berada di hadapan nya.
"Ehem tadi kata nak mandi kan pergi la" Perli Amanda kepada Haikal. "Owh sorry tadi mama text suruh pergi breakfast rumah mama nanti sebelum balik rumah daddy" Kata Haikal Kepada Isterinya itu.
"Owh ok. Awak mandi la dulu saya nak bersiap kejap nanti lambat kesian mama tunggu lama pula" HAlau Amanda agar Haikal cepat masuk ke dalam bilik mandi untuk mandi.
Tanpa melenggahkan masa, Haikal terus berlalu ke bilik mandi untuk membersih kan badannya. Amanda pulak menuju ke penjuru bilik yang terletaknya beg pakaian mereka. Kemudian dia mengambil pakaian milik nya dah juga pakaian milik suaminya itu.
Dia mengambil pakaian milik Haikal dan meletakkan di atas tilam hotel itu. Kemudian dia menuju ke cermin untuk melihat pakaian yang dia pakai itu. Tiba-tiba pintu tandas di buka dan melihat Haikal keluar dari bilik itu.
KREAK
Terkejut Amanda apabila melihat jejaka itu hanya memakai tuala yang menutup pusat sehingga lutut sahaja. Tidak dinafikan lagi bahawa suami nya itu memang seorang yang sanggat sempurna. Dari wajah yang tampan itu kemudian tubuh suaminya yang tegap dan berotot itu. Dan jelas terbentuk sixpack milik jejaka itu.
Ditambah lagi dengan rambut yang basah dan terjuntai turun menambahkan lagi ketampanan Haikal and plus Hot! Haikal perasan bahawa Amanda sedang memandang ke arah nya tanpa berkelip. Namun dia hanya buat tak tau sahaja.
"Saya tak nak baju ni" Rugut Haikal manja kepada isterinya. "Kenapa pulak tak nak?" Tanya Amanda pula. Aih lain macam perangai Si Haikal ni sejak bila pulak jadi manja ni adoiii!
"Saya nak pakai baju sama warna dengan awak baru la sweet sikit orang tengok?" Kata HAikal manja kepada Amanda. Terkejut Amanda mendegar kata kata itu Sweet! macam macam la dia ni.
"Macam-macam la mamat ni" Rugut Amanda perlahan. Kemudian dia pergi ke beg pakaian Haikal dan mencari baju yang sama warna dengan dress yang di pakainya itu.
Kemudian dia mengeluarkan sehelai kemeja berwarna putih dan seluar slack berwarna hitam untuk jejaka itu. "Nah Pakai ni. Yang ni je ada, kalau tak nak pakai juga pandai-pandai la malas nak ambik tahu" Arah Amanda kepada Haikal. Haikal tersenyum kearah isterinya "Thanks Dear" ucap Haikal dan mencium dahi milik isterinya itu.
Terkejut Amanda dengan tindakan lelaki itu. Serta merta wajahnya merah akibat malu. Suka hati je cium orang tahu la dah halal tapi malau tau tak ish geram je.
Amanda mengenakan dress labuh bewarna putih dan dipadankan dengan shawl berwarna drak nude mana kala Haikal pula memakai kemeja putih bersama seluar slack berwarna hitam untuk ke rumah Tan Sri Azlan dan Puan Sri Hana.
Mereka berdua keluar dari hotel dan menuju ke arah kereta Audi R8 yang berwarna putih milik Haikal yang kini sudah berada di hadapan lobi Hotel ini.
Kemudian mereka bergerak menuju ke destinasi yang dituju iaitu rumah MAMA.
Bersambung
YOU ARE READING
MRS: HAIKAL AIMAN
RomanceAMANDA NAFEISYA Mengisahkan tentang hidup seorang wanita bernama AMANDA NAFEISYA yang tinggal berdua bersama ayahnya setelah ditinggalkan oleh ibunya sendiri dan mesra dengan ramai orang tetapi tidak dengan HAIKAL AIMAN... HAIKAL AIMAN Seorang jeja...