DATIN AULIA POV
Kini sudah seminggu sejak kejadian Dato' Nazri ditahan di ward. Keadaannya jugak sudah semakin membaik dan diberi kebenaran untuk pulang. Bukan Itu sahaja malah hubungan kekeluargaan mereka turut membaik kecuali hanya Aimi yang masih lagi belum dijumpai.
Apabila teringat akan kejadian yang pernah berlaku berpuluh tahun lepas ia akan membuatkan jiwa seorang Aulia Sofea tidak tenang.
Masih lagi dia ingat dengan perbualannya bersama Puan Sri Hana di Hospital.
FLASHBACK
"Assalamualaikum maaf lambat" Sapa seorang wanita yang baru sahaja sampai. Suara itu! Aku kenal suara wanita itu. Aku menundukkan kepala ke bawah.
Setelah beberapa minit aku menunduk, Aku mengangkat kepala lalu mata kami bertembung. Terkedu aku apabila melihat wajah itu.
"Au...Aulia. Kau Aulia kan?" Soal puan Sri Hana dengan terkejut. Namun aku masih diam tidak bersuara. Jujur aku sangat rindukan susuk tubuh kawan baikku ini.
Dengan tiba-tiba tubuh ku dipeluk erat olehnya. Dengan perlahan-lahan aku membalas pelukkannya. "Mana kau pergi selama ni? Kau tahu tak merata aku cari kau." Soalnya lagi bersama tanggisan.
"Aku minta maaf" Itu sahaja yang dapat aku katakan sekarang ini. "Kau bagitahu aku kau pergi mana selama ni. Kenapa kau tinggalkan kita orang" Aku hanya tersenyum kepadanya.
"Kita sembang dekat luar boleh?" Pinta ku kepada nya. Aku hanya ingin berdua untuk memberitahu segalanya kepada kawan baik ku ini.
Dia hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
~~~~~~~~~~
Kini Kami berdua berada di taman yang terdapat hospital itu. Masing-masing hanya diam tidak bersuara.
"Aku minta maaf" Akhirnya setelah beberapa lama berdiam aku kembali bersuara. "Sebab?" Soal nya pula.
"Kau minta maaf sebab apa Aulia?" Aku memandangnya lalu dengan perlahan-lahan air mata ku mengalir.
"Terlalu banyak salah aku Hana." Belum sempat dia ingin berkata namun dia terus di cantas.
"kau tak perlu minta maaf dekat aku tetapi dekat anak dan suami kau. Kau bagi tahu aku sebab apa kau tinggal kan diaorang" Tanpa berlengah Hana terus menayakan sebab mengapa dia menunggalkan mereka semua.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum memberitahu kisah sebenar. "Satu hari tu ada sorang lelaki datang rumah kita orang and dia bagi tahu yang dia ni kawan Nazri."
"Aku pun jemput dia masuk. Lepastu dia ada bagi aku satu sampul and dalam sampul tu ada gambar" Jelas Aulia kepada Hana. Berkerut dahi Hana apabila mendengar. "Gambar apa?"
"Gambar Nazri dengan perempuan lain. Masa tu aku marah gila dekat dia. Ye la aku baru je bersalin and dapat tahu pulak yang dia ada perempuan lain. Jujur aku kata aku jijik gila dengan dia sebab dia ada perempuan lain. Bukan dia je sekali dengan Feisya aku jijik sebab perempuan tu dah sentuh anak aku" Dengan air mata yang mengalir cukup membuatkan Hana rasa serba salah.
"Kau dah salah faham ni Aulia." Aku memandang Hana untuk memintakan penjelasa. "Apa maksud kau? Aku tak faham?" SOal ku lagi dengan serius.
"Perempuan dalam gambar tu aku Lia." Terkejut aku apabila Hana berkata begitu. Tak Akan la. "Apa.....Kau perempuan tu" Soal ku tidak percaya. melihat anggukan itu cukup aku rasa menyesal.
"Aku keluar dengan dia masa tu sebab aku nak minta tolong dia untuk belikan cincin nikah aku. Masa tu tunang aku ada dekat luar negara. Sebabkan jari diaorang sama aku minta tolong dia. Aku tak tahu pulak ada benda lain yang terjadi" Jelas Hana kepada ku. Jujur Aku rasa menyesal gila disebabkan tindakan bodoh ku dulu.
"Kenapa kau tak bagitahu aku Hana?" Soalku lagi. Kini Air mataku sudah tidak dapat berhenti dari mengalir. "Kau tahu tak sebabkan benda tu, aku dah pisahkan anak-anak aku dari daddy diaorang sendiri. Bukan tu je sekali dengan Feisya pun aku halau dia" Kataku kepada Hana.
"Aku pun tak tahu benda ni jadi sampai teruk macam ni. Aku minta maaf sangat dekat kau. Aku harap kau dapat bahagiakan Nazri balik. Dah cukup lama dia terseksa sebabkan semua ni Lia. Hargailah orang yang masih setia di sisi kita sebelum dia pergi selamanya. Aku tahu kau sayangkan dia." Luah Hana dengan panjang.
"Aku janji dengan kau untuk tebus segala salah aku dekat dia dan anak-anak kami." Tersenyum Hana apabila mendengar tutur kata Aulia. "Aku pegang janji kau" Kata Hana sambil tersenyum kepada sahabat baiknya itu.
END FLASHBACK
END POV
"Apa yang di tenung tu? Jauh betul." Sapa satu suara yang sedang berdiri di belakang Datin Aulia. Dia memusingkan kepalanya untuk melihat pemilik suara itu.
"Eh apa abang ni terkejut saya! Lain kali cuba bagi salam dulu, ni tak terus terjah je" Marah Datin Aulia kepada suaminya. Tergelak Dato' Nazri dengan sikap isterinya yang tidak pernah berubah. Suka membebel je kerja dia.
"Apa gelak-gelak ingat lawak ke?" Marah Datin Aulia lagi. "Tak ada apa la. Ni yang awak duduk kat sini malam-malam ni dah kenapa. Demam nanti dah jom masuk" Arah Dato' Nazri. Ada pula malam-malam begini duduk di luar.
"Ye lah dah jom masuk. Saya nak tidur dah mengantuk" Datin Aulia menarik tangan suaminya untuk bangun lalu berjalan ke katil yang berada di dalam bilik tidur mereka.
Setelah berada di atas katil mereka yang sememangnya penat itu dengan perlahan-lahan mata kedua pasangan suami isteri itu memberat lalu mereka tertidur dengan kedudukan berhadapan antara satu sama lain.
Dato'Nazri membuka matanya sedikit memandang isterinya yang sedang tidur. 'Terima kasih Ya Allah kau dah pertemukan kami semula. Aku harap kebahagian ini dapat berkekalan sehingga akhir hayat ku.' Doa Dato' Nazri di dalam hatinya. Tersenyum dia melihat isterinya lalu dia menghadiahkan sebuah cuiman di dahi wanita itu.
Bahagia! YA dia sangat bahagia setelah dapat bersama semula dengan isterinya. Malah Keluarganya yang dulu berpecah belah juga kini sudah membaik. Kini dia hanya mempuyai satu sahaja masalah iaitu Anak Kandungnya yang masih lagi hilang tanpa khabar berita.
Dia hanya mampu berdoa agar semua urusan anaknya dipermudahkan.
HARGAILAH SESEORANG YANG MASIH ADA BERSAMA KITA SEBELUM DIA PERGI UNTUK SELAMANYA
Bersambung
YOU ARE READING
MRS: HAIKAL AIMAN
Storie d'amoreAMANDA NAFEISYA Mengisahkan tentang hidup seorang wanita bernama AMANDA NAFEISYA yang tinggal berdua bersama ayahnya setelah ditinggalkan oleh ibunya sendiri dan mesra dengan ramai orang tetapi tidak dengan HAIKAL AIMAN... HAIKAL AIMAN Seorang jeja...