✨Bab 3✨

31 2 0
                                    

Amanda melangkah masuk ke dalam cafe dengan perasaan yang marah. Sapaan dari pekerja-pekerja cafe itu seumpama angin yang berlalu sahaja. Dia melihat ada sorang lelaki dan perempuan  sedang duduk berbual di meja itu, lalu Amanda menghampiri mereka dan mengambil tempat di tepi perempuan itu.

"Kau ni dah kenapa tak reti nak salam ke?" Soal Amira apabila melihat kawannya itu macam ada masalah "Ish Assalamualaikum" jawab Amanda endah tak endah. "Kau apa hal ni Manda macam tak ada mood ja? Kau ok tak" soal lelaki yang berada di hadapan Mira itu "Tak! aku tak ok sekarang ni. Panas je hati aku sekarang ni kau orang tahu tak"

"Sapa yang buat kau panas hati ni cepat bagi tahu aku boleh aku bubuh dia sekali" lelaki itu berkata lagi. Haa betul kata Haziq cepat sapa yang buat kau macam ni" tanya Mira lagi.

Lelaki bernama haziq itu menganggukkan kepalanya setuju dengan kata Mira itu. "Korang tahu tak tadi aku nak masuk cafe lepas tu ada Mat Salleh celup mana tah langgar aku pastu tak reti nak minta maaf dah la berlagak, sombong pulak tu. Ish geram aku!"
Haziq dan Amira saling berpandangan "Haa  Mat Salleh celup mana pulak kau ni" soal Haziq yang kurang faham dengan kata-kata Amanda itu.

"Tah la aku pun tak tahu, dah langgar pastu tak reti nak minta maaf. Pastu lupa daratan pulak tu dah orang Malaysia tu cakap Malay dah la ni nak berlagak dok speaking bagai, dia ingat dia sorang ja kot yang pandai eh aku ni pun pandai la, kan tak pasal-pasal dah dapat gelaran baru MAT SALLEH CELUP." balas Amanda sekali nafas.

"Owh jadi sebab mamat tu la yang buat kau bad mood ni" tanya Mira. Amanda mengangguk kepalanya tanda apa yang Mira katakan itu betul. "Dah la aku nak pergi tandas lepas tu nak pergi tengok budak-budak tu buat kerja" Amanda bangun dari duduknya menuju ke kaunter bayaran untuk melihat pekerja-pekerjanya itu.

Ya cafe ni kepunyaan Dato' Nazri semenjak 30 tahun lepas. Cafe ini mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia.

"Morning cik Amanda! Lama cik Amanda tak datang sini buzy ke" Tanya Kak Aimi kepada Amanda. "Haa buzy sikit sekarang ni kak Aimi, cafe macamana ok ke."

"Cafe ok je sekarang ni. Kalau sell tu biasa la naik turun kadang-kadang. Ni cik Amanda tolong jagakan kaunter kejap boleh tak kak Aimi nak pergi tandas kejap." Tanya Kak Aimi kepada anak  big bos nya itu. "Boleh je tapi jangan lama-lama sangat sebab Amanda pun nak pergi tandas jugak." Jawab Amanda kepada Kak Aimi. "Owh ok kejap je, akak pergi dulu" Amanda tersenyum melihat kerenah kak Aimi itu.

TING!

Amanda menundukkan kepalanya ke bawah sambil bermain dengan telefon pintar nya itu. Tetiba dia mendenga bunyi loceng menandakan ada pelanggan di hadapan kaunter itu. Dia mengangkat kepalanya untuk melihat pelanggan yang baru sampai itu.

"Selamat datang ke REST CAFE'S, Encik nak order apa?" Soal Amanda dengan penuh lemah lembut pakej dengan senyuman manis lagi.

Lelaki itu terpegun melihat senyuman manis itu.

"Ish ingatkan buta ja rupa-rupanya ada pakej dengan pekak pulak" kata Amanda perlahan apabila melihat lelaki yang melanggarnya tadi berada di kaunter ini. Lelaki itu hanya diam dan masih lagi memandang Amanda. 'Cantik' kata lelaki itu dalam hatinya

'mamat ni dah kenapa tengok aku macam tu' kata Amanda dalam hati.

"Selamat datang ke REST CAFE'S, Encik nak order apa?" Soal Amanda lagi sekali dengan nada tertahan.

TING!
TING!
TING!

Amanda menekankan loceng itu beberapa kali kerana geram dengan lelaki itu. Lelaki itu terus tersedar dari lamunan itu. Dia meletakkan tangan kirinya di leher sambil mengusap perlahan malu mungkin.

MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now