Hari demi hari, tibalah hari terakhir Ameer berada di Malaysia. Ameer sudah berjanji dengan Fiona untuk mengambilnya setelah habis class nanti.
"Fiona? Awal kemas barang?" Soal Tyara yang berada di sebelah Fiona.
"Yelah, harini pakwe kita dah janji nak ambik kita," jawab Fiona sambil mula melangkah untuk keluar diekori oleh Tyara.
"Ouch." adu jejaka yang dilanggar Fiona tempoh hari.
Fiona memijak kaki jejaka itu dengan sengaja oleh kerana jejaka itu melunjurkan kakinya kehadapan. Niatnya untuk membuat Fiona terlanggar kakinya lalu terjatuh tetapi lain pula jadinya.
"Oops sorry!" Fiona terus berlari pantas diikuti Tyara meninggalkan jejaka itu.
"Fuh.. nasib aku sempat kejar kau. Kau ni kenapa tiba tiba pijak kaki mamat tu lepastu lari?! Kalau aku tertinggal tak ke naya?" Bebel Tyara. Nafasnya tercungap cungap dek kerana penat berlari begitu juga dengan Fiona.
"Alah, kalau kau kena tinggal nasib kau lah! Haha kau tengok tak muka mamat tu tadi? Lawak gila!" Ujar Fiona sambil mengkekeh ketawa.
"Seronok gelakkan aku?" Soal satu suara yang berada dibelakang Fiona.
Fiona menelan air liurnya kesat. Dia cukup kenal suara itu. Terus badannya memusing memandang jejaka tinggi lampai yang berada di belakangnya. Kepala didongakkan. Mak aii laju betul sampai.
"Ha? Err.." nafas Fiona turun naik dek kerana muka dia dan jejaka itu sungguh rapat.
"Aku tanya, seronok ke gelakkan aku?" Soal jejaka itu buat kali kedua. Kali ini jejaka itu menunduk merapatkan muka lebih dekat. Fiona kini jelas memandang kearah mata berwarna sky blue jejaka itu.
"Whats going on here?" Celah Ameer yang baru keluar dari kereta. Fiona menjarakkan dirinya dengan jejaka itu.
"Babe, aku cau lu," ujar Tyara lalu meninggalkan mereka bertiga.
"Eh? Kau kan yang Fiona terlanggar depan ice rink haritu?" Soal Ameer mula mendekati Fiona dan Ameer.
"Yeah, thats me. Oh! By the way aku nak mintak maaf sebab perangai tunang aku haritu," ujar jejaka itu lembut. Senyuman tipis ditayangkan.
"Its okay, tunang kau pun tak sempat buat apa apa dekat Fiona. By the way, I'm Ameer." Ameer menghulur tangannya untuk berjabat tangan dengan jejaka itu.
"Aayan," jawab jejaka itu seraya menyambut tangan Ameer.
"Nice to meet you," ujar Ameer, Aayan hanya mengangguk.
"You? Jom lah balik I lapar ni," sampuk Fiona sambil menarik lengan baju Ameer.
Ameer senyum tipis ke arah Aayan lalu pergi ke arah keretanya bahagian penumpang lalu membukan pintu untuk Fiona terus menutupnya lalu masuk ke tempat driver.
"How are you?"
"Im fine," jawab Fiona lembut lalu membuka skrin telefonnya. Fiona mengerutkan dahinya apabila unknown number mesejnya.
"Whats wrong?" Soal Ameer lembut apabila melihat kerutan dahi Fiona.
"Nothing."
"Aku ada benda nak cakap dengan kau esok luar class. Dont be late." Mesej itu dibaca Fiona terus skrin telefonnya ditekan.
"Siapa kau?" Soal Fiona namun mesejnya dibiarkan seen. Terus Fiona menutup telefonnya.
"Flight I malam ni," ujar Ameer lembut. Dia begitu sedih kerana perlu meninggalkan Fiona di Malaysia tanpanya. Dia pasti akan merindui Fiona.
"Hah? Yeke? Awalnya hm," perasaan sedih jelas terpapar di wajah Fiona.
"Shit." Ameer menoleh ke cermin sisi kereta.
"Hm? Kena-" kata kata Fiona terhenti apabila Ameer menekan pedal minyak lebih kuat. Kereta kini sangat laju.
"You! You kenapa!" Soal Fiona cemas dia kini memakai seat belt. Ameer memandang tepat kearah mata Fiona lalu senyum terselah gummy smile nya kemudian memandang kehadapan lalu meraup rambut coklatnya kasar.
"Nothing. Trust me," Ameer memutarkan stering ke kiri dan ke kanan berkali kali dengan kelajuan kereta yang sungguh laju.
Fiona memandang ke arah cermin sisi kereta dia dapat melihat ada tiga buah kereta range rover sedang mengikuti mereka.
Bang bang
Salah satu kereta itu melepaskan tembakan ke arah kereta Lamborghini Revuelto milik Ameer.
"God damn," Ameer menekan pedal minyak sekuat hati. Sebelah tangan mengeluarkan telefon dan sebelah tangan lagi memegang stereng. Ameer mendail seseorang melalui telefonnya.
"Hey! I need backup now!" Ameer menekan punat merah selepas memberikan arahan kepada seseorang.
Selepas beberapa minit sesi kejar mengejar itu tibalah dua buah kereta Audi R8 melindungi kereta Lamborghini Revuelto milik Ameer. Kedua dua penumpang di kereta itu mula mengeluarkan pistol lalu menembak tayar range rover itu sehingga kedua dua kereta itu terbabas. Namun sebuah range rover berjaya melarikan diri.
"Siapa dorang ni? You kenal ke? Whats going on? You call siapa tadi? Diorang akan kejar lagi ke?" Berdas das soalan diajukan oleh Fiona. Mukanya kelihatan cemas.
"Hey relax. Tak apa nothing serious, you can count on me," jawab Ameer lembut dia mengusap lembut kepala Fiona.
"I nak balik."
"Hm? Kita kan nak dating? Lagipun malam ni I dah nak gerak," ujar Ameer dengan nada sayu.
"Sorry tapi I memang tak bole nak hadam apa yang tengah jadi. Please hantar I balik Ameer."
"Alright, I faham. You balik and rest ye, take your time," ujar Ameer lembut.
Amsyar sempat menepis tangan Rudy sebelum dia ditumbuk.
"Kau ingat ni sekolah bapak kau ke?" Soal Rudy sambil menyeka darah di mulutnya kerana ditumbuk oleh Amsyar sebentar tadi.
"Kalau aku cakap ni sekolah bapak aku?" Amsyar bersekolah di Aziz's International Highschool merupakan sekolah milik bapanya. Dia merupakan anak pemilik sekolah itu namun tiada sesiapa tahu oleh kerana Amsyar tidak suka mendapat perhatian ramai.
"Ah! Aku tak percaya dekat kau," Rudy dan konco konconya menyerang Amsyar secara serentak. Sempat Amsyar mengelak dan membuat serangan balas. Amsyar bergaduh kerana niatnya hanya untuk menyelamatkan mangsa buli Rudy.
"Cukup cukup lah tu Rudy, kau fikir kau tu bagus sangat ke? Kau fikir orang akan tunduk dekat kau?" Muka Amsyar, Rudy dan konco konconya kini sudah berlumuran darah.
Rudy menarik salah seorang pelajar perempuan yang baru sahaja lalu melepasi mereka. Kini Rudy dan konco konconya memegang pelajar perempuan itu.
"Aku nak kau surrender sekarang, tunduk mintak maaf kat kitorang! Kalau tak perempuan ni aku tumbuk," ugut Rudy kasar.
Amsyar mendengus kasar, pelajar perempuan yang dipegang oleh Rudy pantas ditarik oleh Amsyar, kini pelajar itu berada di belakangnya. Amsyar mengangkat kakinya lalu membuat sidekick sebanyak dua kali iaitu di kaki dan perut Rudy.
"Woy apahal lari!" Jerit Amsyar kepada konco konco Rudy. Hmh bos dah kena tibai baru nak takut.
"Terima kasih!" Ujar pelajar perempuan yang baru diselamatkan oleh Amsyar. Amsyar hanya tersenyum tipis kepadanya.
"Farhan Amsyar!" Amsyar menoleh kebelakang dia melihat bapanya yang berada dibelakangnya. Amsyar jelas kelihatan terkejut kerana jarang sekali bapanya akan melawat sekolah itu. Selalunya bapanya akan sibuk dengan urusan syarikat.
YOU ARE READING
Chapter Of Us [COMPLETE]
RomantikCHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis polos ini berperangai kasar. Walaupun berasal dari keluarga kaya, namun tidak membuatkan dirinya ta...