Bab 22

454 13 0
                                    

"Thank you!" ucap Fiona dihujung presentationnya bersama Aayan. Semua yang berada di situ menepuk tangan. Aayan yang berada di sebelahnya menundukkan sedikit kepalanya kemudian mencabut wayar-wayar pada komputer ribanya.

"Nice work Fiona, Aayan!" puji Madam Lee ikhlas. Dia menepuk tangan bagi menyokong tugasan pasangan itu. Fiona dan Aayan tersenyum kecil lalu kembali ke tempat duduk.

"Dorang memang dah ada teamwork sejak jadi skating partner kan?"

"Yeah, tapi sayangnya Aayan tarik diri."

Aayan yang mendengar bisikan tentangnya dan Fiona hanya mendiamkan diri. Dia hanya fokus kepada tugasannya sahaja.

"Wow! Hebat jugak eh teamwork korang? Aku speechless gila!" puji Tyara dengan senyuman ikhlas di bibir. Fiona hanya tersenyum hambar kerana dia tidak memberitahu sesiapa lagi tentangnya dan Aayan yang sudah bertunang beberapa hari yang lepas.

Setelah beberapa pasangan membuat presentation, jam tepat pada waktu 11 tengah hari semua yang berada di situ mula bersurai.

"Jom," ajak Aayan kepada Fiona. Jejaka itu tampak tampan apabila beg galas hanya disarungkan pada sebelah bahunya sahaja. Tangan Aayan pantas mengambil beg Fiona kemudian memegangnya.

"Let me hold it for you," kata Aayan lembut.

"Ish tak payah! Nanti orang ingat kita ada something macam mana?" soal Fiona risau.

"Kita memang ada something pun. Let everyone know that I'm yours," Aayan kemudian memulakan langkahnya keluar dari kelas itu. Fiona hanya mengekornya.

"Kenapa tiba-tiba?" soal Fiona serius. Dia menarik hujung kemeja Aayan supaya jejaka itu berhenti daripada berjalan.

"Aku nak sentiasa berada di sisi kau,"

"Dengan cara berkahwin?" soal Fiona lagi. Aayan terus memulakan langkahnya untuk berjalan. Soalan Fiona dibiarkan tanpa jawapan.

Setiba di restoran, Aayan dan Fiona membuat pesanan makanan yang ingin dimakan. Setelah makanan dihidangkan kepada mereka, mereka terus menjamu selera.

"Sedap?" soal Aayan lembut kepada Fiona. Fiona menggangguk laju. Aayan tersenyum nipis melihat gelagat gadis itu.

"Kau pasti ke nak kahwin dengan aku?" soalan Fiona membuatkan Aayan tersedak.

"My career is more important." Ujar Fiona sambil memeluk tubuhnya.

"Not a problem."

"I will never want to have a baby either."

"I don't care bout that. Its up to you."

"Aku tak cantik."

"Nope sayang, you,re always beautiful in my eyes," perlahan lahan bibir merah jambu itu mengukir senyuman manis.

"Hello?" kata Aayan yang sedang berada dalam talian.

"Sekarang ke? Baik. Baik saya faham," kata Aayan lagi. Aayan mematikan panggilannya kemudian memandang lama muka Fiona.

Sorry, got to go. Nanti aku mintak Harraz atau Qalish pickup kau kat sini okey?" kata Aayan lalu lantas bangun dari tempat duduknya. Langkahnya terhenti apabila bahagian hujung bajunya ditarik perlahan dari belakang.

"Kau sebenarnya kerja apa? Penting sangat ke kerja kau tu? Dah lama aku perhati kau asyik tiba-tiba hilang je," kata Fiona mendatar. Dia sudah lama berasa seperti ada sesuatu yang Aayan sembunyikan darinya.

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now