Bab 40

432 13 0
                                    

Setelah beberapa hari Aayan membawa Fiona berubat, emosi wanita itu kian membaik perlahan-lahan. Aayan sangat bersyukur kepada ilahi kerana telah mempermudahkan urusannya.

Wajah mulus Fiona yang sedang tidur itu ditenung lama. Bibir perlahan-lahan mengorak senyuman manis. Fiona perlahan-lahan membuka matanya, pandangannya dihiasi dengan senyuman manis suaminya.

"Dah bangun?" soal Aayan dengan suara serak basah. Fiona menggangguk perlahan. Jarak muka mereka tersangatlah dekat.

Tangan Aayan perlahan-lahan naik untuk mengelus rambut gadis itu.

"Hari ni ada class kan? Jom lah siap," muka Fiona yang berona merah kerana tingkah laku Aayan terus menukar topik. Dia terus bangun daripada pembaringan.

"Tak boleh ponteng ke?" Aayan menarik lembut lengan Fiona.

"Mana boleh!"

"Really?" Aayan mengeluh perlahan. Fiona tersenyum nipis, badan Aayan ditolak lembut.

"Lima minit je, okey?" Aayan turut menarik tubuh Fiona kedalam dakapannya sebelum baring. Tubuh Fiona dipeluk erat.

"Sebelum ni Liya tak ada niat nak susah kan abang, sakit kan hati abang. Liya mintak maaf sangat-sangat," kata Fiona perlahan di dalam dakapan jejaka itu. Aayan tertawa perlahan.

"Gwenchana."

Fiona mendongak memandang Aayan dengan pandangan tajam. Mana dia belajar? Aayan menunduk sebelum mengucup dahi Fiona sekilas.

"Its okey cinta, abang sentiasa bersabar demi sayang, Ill do anything for you."

Ting!

Bunyi notifikasi dari telefon Aayan. Aayan mencapai telefonnya sebelum dibuka.

"Oh, hari ni sayang period kan?" Aayan menunjuk skrin telefonnya kepada Fiona. Dia menunjuk kalender pada telefonnya tertera '1st Day Period'. Aayan ambil tahu?

"Eh? Abang buat kalender ke?" soal Fiona memandang telefon suaminya. Aayan menggangguk laju.

"Malam ni abang jaga sayang okey?"

"I know your period can be uncomfortable, but I want you to know that Im always here for you," tambah Aayan lagi. Dia tahu bahawa Fiona sering mengalami sesungut sehingga wanita itu tidak mampu untuk bangun.

Fiona mengangguk perlahan.


Tyara berasa pelik, biasanya waktu begini Harraz pasti datang mengganggunya. Tetapi hari ini langsung tidak nampak batang hidung jejaka itu.

Destinasi pusat membeli belah dituju, kaki melangkah masuk ke dalam kafe kegemarannya, mahu menyiapkan assingment yang Madam Lee berikan.

Tyara mengeluarkan komputer ribanya, iced latte dipesan kepada pekerja itu sebelum meregangkan sedikit badannya. Cermin mata di pakai, dia hanya memakai cermin matanya sewaktu ingin belajar sahaja.

"Aunty, flowers for you," seorang kanak-kanak perempuan lingkungan 5 tahun menghulur sejambak bunga daisy kepada Tyara yang sedang ligat menekan papan kekunci komputer ribanya.

Tyara membuka cermin matanya menoleh ke arah gadis kecil di sebelahnya.

"From who?" soal Tyara lembut memandang gadis kecil yang sedang tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipit.

"My uncle didn't let me to tell you who gave this," jawab gadis kecil itu dengan pelatnya. Tyara menjungkitkan keningnya sebelum tertawa kecil.

"Who is your uncle?"

Chapter Of Us [COMPLETE]Where stories live. Discover now